Ini pula simple signage tempahan my friend, Kak Zaida utk dihadiahkan kepada guru anaknya yg akan bersara..
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Lesson. Show all posts
Showing posts with label Lesson. Show all posts
Wednesday, February 29, 2012
Roses painting on shelf
Assalam buat kengkawan.. Ptg ni saya upload hasil painting dgn Pn. Aniza Khir. Saya sangat suka dpt blajar bunga ni walaupun agak rumit juga.. Cadangnya nak letak topiari atas shelf ni tapi raknya pun belum bergantung lagi hu hu.. Lepas ni kena bodek Mr Hubby ha ha ha..


Ini pula simple signage tempahan my friend, Kak Zaida utk dihadiahkan kepada guru anaknya yg akan bersara..
Ini pula simple signage tempahan my friend, Kak Zaida utk dihadiahkan kepada guru anaknya yg akan bersara..
Wednesday, November 16, 2011
Roses painting - Lesson with Pn. Aniza Khir
Salam sejahtera buat semua kengkawan.. Hari ni salah satu hari yang paling teruk saya alami hu hu.. Td customer dr Sabah mesej thru fb bgtau saya dah tersilap pos signage.. Mak oi.. terkejut besar saya. Rupa2nya signage ke Puchong dah sampai Sabah, yang Sabah dah sampai Puchong :( . Ini la first time selama saya ambik tempahan, saya tersilap pos tuannya.. Alhamdulillah, customer dr Sabah tu baik hati nak pos signage tu direct pd tuannya d Puchong dan saya akan ambik signage dia d Puchong dan pos ke Sabah semula. So, disebabkan kesilapan saya, saya akan tanggung semua kos pos.. Sebenarnya, 2,3 hari ni hati risau semacam je sebab anak sulung saya sedang menduduki SPM, semua jadi serba tak kena hu hu.. Ok la, berbalik kepada n3 hari ni, ini la hasil painting lesson saya dengan Puan Aniza. Rasa seronok sangat (sekurang2nya hilang la skit risau hi hi) sebab dpt blajar bunga ros jenis ni dgn Pn. Aniza. My next project is painting scenery atas tingkap lama. Dah buat 2 kali kelas tapi stop jap sebab blajar bunga ni. Dah siap nanti, saya akan share dgn kengkawan ya..
Wednesday, October 12, 2011
Welcome signage
Assalam buat semua.. Pagi ni saya upload welcome signage kepunyaan Nadli. Actually Nadli merupakan salah seorang peserta bengkel painting saya di Parit Buntar. Dia merupakan peserta pertama yg membuat bayaran penuh so ini la hadiah cenderahati yg saya berikan pada beliau. Pada awalnya saya melukis signage pink tetapi memandangkan beliau jejaka dalam kumpulan bengkel kami, rasa tak sesuai la pulak so saya lukis satu signage hitam yang baru utk beliau.
Ini pula student painting dr Presint 9, Putrajaya iaitu Nur Zyan
Ini pula regular student iaitu Shazura yg melukis strawberry selepas project daisy dan hydrangeas. Dia tak mau mulakan dgn ros lagi sbb nak lembut dan biasakan diri dengan berus dulu hi hi..
Monday, September 26, 2011
Tarikh baru Bengkel Di Parit Buntar
Assalam buat semua.. Kali ni saya upload beberapa item yang akan saya hadiahkan kepada penganjur dan 3 peserta terawal di sana, InsyaAllah.. Oh ya.. ingin saya maklumkan bahawa tarikh bengkel pada 1 Oktober telah ditunda ke 8 Oktober 2011 (InsyaAllah, ini adalah final date) atas permintaan penganjur, saudari Anita Omar disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. So, penyertaan masih dibuka dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 4hb Oktober. Kepada peserta yang dah confirm hadir, kita jumpa di sana ya.. ;)
Thursday, September 8, 2011
Bengkel Deco Painting Roses di Parit Buntar, Perak
Tarikh : 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5 petang
Tempat : Rumah PUSPANITA Kerian
Boleh contact saya utk pertanyaan 019-4120749 (Gee) atau penganjur Anita Omar (Face book)
Thursday, August 18, 2011
Bengkel Decoupage anjuran Puspanita Kem. Alam Sekitar
Salam buat semua.. N3 saya kali ini bukan berkaitan hasil painting saya tetapi saya ingin share bersama kengkawan beberapa gambar sepanjang Bengkel Decoupage anjuran Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang berlangsung tengahari tadi. Peserta bengkel ini seramai 56 orang. Pada awalnya saya agak risau untu mengendalikan bengkel ini seorang diri since participants nya agak ramai tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Para peserta pun seronok dgn hasil mereka. Walaupun first time buat decoupage tapi hasilnya cantik2 belaka. Terima kasih kepada Emmy Farhany dan rakan2nya yang banyak membantu sepanjang bengkel. Dan tak lupa juga terima kasih kepada Pengerusi Puspanita Cawangan NRE, Datin Shahriah bt. Md. Khalid kerana sudi mengundang saya sebagai tenaga pengajar.
Datin Shahriah (kanan) dengan hasil decoupage nya..
Friday, July 29, 2011
Folk art roses - hasil painting lesson dgn Pn. Zaitun
Salam Jumaat utk semua.. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.. kejap aje masa berlalu, usia pun makin meningkat hi hi.. Saya mengambil kesempatan di sini utk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan bloggers dan semua customer. Hari ni saya upload hasil painting dgn Puan Zaitun iaitu folk art roses. Saya yang request utk belajar folk art ros ini utk belajar teknik melukis ros dgn menggunakan berus selain angular. Sepatutnya saya kena guna round brush since saya tak ada berus tu, Pn. Zaitun kata guna filbert pun ok.. Pn. Zaitun juga mengajar saya teknik slip slap dan mopping utk effect warna kat bahagian tepi.
Saya suka sangat dgn hasil tulip ni..
Ini pula rolling pin tempahan Amy..
Tuesday, June 7, 2011
Decoupage lesson for children
Salam buat semua.. Dah seronok bercuti ni, nak buat n3 pun dah terlupa hi hi.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan gambar decoupage lesson dgn anak rakan-rakan saya. Diorang enjoy sangat dan sangat berminat. Ini lah dia hasil kerja tangan diorang, not so bad kan..
Aisyah (anak saya), Aida, Huda dan Aimi
Monday, April 18, 2011
Art lesson dengan Pn. Zaitun
Salam ceria buat semua.. Kali ni n3 saya ialah hasil lesson saya yang ke 3 dengan Pn. Zaitun iaitu painting fruits pada kendi. Saya yang request dgn Pn. Zaitun utk lukis pelbagai buah2an iaitu anggur, kiwi, ceri, beri dan epal. Saya juga belajar cara buat daun ivy (daun buah anggur), bentuknya agak berbeza dengan daun biasa. Pn. Zaitun juga mengajar saya teknik splattering iaitu menggunakan berus gigi dan cat utk effect colour coklat bertaburan pada kendi. Next project, ialah melukis rose design baru yang banyak kelopak - tak tahu la jadi ke tak hu hu..
Nampak tak, titik2 halus warna coklat pada kendi - teknik splattering..
Daun ivy (anggur)..
Ini fisrt painting student saya iaitu Mas dr Putrajaya jugak (pakej daisy).. Kelas deco painting kini dibuka..
Tuesday, April 12, 2011
Kelas Decoupage bersama Rusni dan suami
Salam sejahtera semua.. Pagi ni saya nak share dgn kengkawan sesi kelas decoupage saya bersama dgn Pn. Rusni dan suaminya.. Pn. Rusni dtg dgn penuh bersemangat utk belajar decoupage dan folk art/deco painting. Tapi sayangnya saya cuma membuat kelas decoupage sahaja. InsyaAllah, mulai 1 Mei akan datang, kelas deco painting/folk art akan dibuka. Sesapa yang nak tau butiran lanjut, email saya ya..Kalau tengokkan signage kerja tangan mereka berdua, signage En. Marzuki (suami Pn. Rusni) lebih menyerlah sbb beliau sbenarnya guru Pendidikan Seni. Segan juga saya sebab guru bahasa yang mengajar guru seni, terbalik la pulak hu hu..
Ini signage En. Marzuki, no rumah tu beliau tulis sendiri tanpa di print.. Kalah cikgu hu hu..
Ini signage Pn. Rusni. Saya ajar cara buat shading kat keliling bunga..
Saturday, February 5, 2011
Decoupage class dgn Kak Maziah dan Ros, Decoupage plus FA signage utk Kak Farah
Selamat malam buat semua rakan bloggers.. Hari ni saya didatangi dua orang tetamu iaitu Kak Maziah dan rakannya, Ros. Kak Maziah tinggal di Putrajaya dan ada juga menghantar beberapa barangan utk saya lukis. Dia minta sgt2 saya mengajarnya cara2 membuat decoupage so tak nak menghampakan permintaan beliau, saya luangkan sedikit masa utk menunjukkan cara2nya. Asalnya signage diorang ni nak letakkan wording welcome tetapi takut nanti makan masa plak so Kak Maziah dan Ros minta ajar cara menampal bunganya aje..
Selepas 2 jam setengah, ini la rupa decoupage hasil kerja mereka. Cantikkan..
Ini pula dah alang2 mengecat basecoat papan mereka berdua, saya pun buat extra papan. Memang saya rancang nak buat signage welcome sebagai hadiah sempena pembukaan kedai piza kawan saya, Kak Farah di Ipoh (My Roma Pizza di Station 18, pengkalan). Kak Farah tak nak signage roses dan tema kedainya hijau, kuning dan merah. So saya gabungkan teknik decoupage (buah anggur dan border kat bawah) dengan FA daisy kuning oren..
Wednesday, January 5, 2011
Kelas FA dengan Pn. Zaitun
Assalamualaikum wrt.. Kali ni n3 saya ialah kelas saya yang pertama 2 minggu lepas dengan Pn. Zaitun, seorang folk art painter yang terkenal yang juga merupakan kawan Pn. Norana. Blog Pn. Zaitun ialah http://olivefolkart.blogspot.com/ . Sebenarnya rumah Pn. Zaitun tak la jauh sangat dr Putrajaya. Beliau tinggal kat USJ3. Tapi jenuh la gak tersesat ntah ke mana2 masa cari rumahnya tapi nasib baik ada GPS, sampai la juga akhirnya he he.. Saya request untuk lukis roses plus hydrangeas kat bird house yang saiz besar. Dah praktis lukis bunga dan daun atas kertas, baru la lukis atas bird house. Bunga ros dan daun Pn. Zaitun agak berbeza dgn Pn. Norana. Pn. Zaitun juga mengajar saya triple loading colour (dgn angular brush). Sebelum ni saya belajar double loading saja dgn Pn. Norana. Sesi pertama baru dapat lukis daun kat atas rumah ni.. Minggu ni cadangnya nak sambung lagi.Nanti saya tunjukkan hasil yang seterusnya.
Tuesday, October 5, 2010
FA scenery - Leson dengan En. Zahir
Salam buat rakan2 bloggers. Hujung minggu yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri scenery lesson dengan En. Zahir di Amcorp Mall. Dah lama saya mencari masa untuk belajar lukis scenery dgn En. Zahir. Kalau kengkawan masih ingat, sebelum ni saya pernah mengikuti scenery lesson dengan Pn. Norana juga cuma bila dah balik rumah, idea tak ada utk saya menyambung story yang saya lukis dgn Pn. Norana tu.. Saya melukis scenery yang saya belajar dengan En. Zahir pada talam atau dulang kenangan kepunyaan arwah mak mertua saya yang tersimpan di rumahnya di Kuala Kangsar. Talam ni dah berkarat, so seperti biasa la saya cat dulu dengan warna krim keseluruhannya. Belajar lukis scenery dengan En Zahir berbeza darp Pn. Norana dari segi tekniknya iaitu En. Zahir langsung tidak menggunakan sea sponge sama ada untuk basenya atau pun utk daun pokok. Berbeza dgn Pn. Norana yang banyak menggunakan sea sponge. So, ini lah hasilnya..
Masih ingat tak lagi pada gambar yang tak habis ni he he.. Ini la lesson saya dengan Pn. Norana. Apabila saya ikut lesson dengan En. Zahir, dapat la skit idea dan saya gabungkan kedua2 teknik pada sifu2 tu dalam gambar di bawah..
Monday, August 2, 2010
FA lesson dengan Pn. Norana - Lukis epal!
Salam Isnin semua.. Permulaan hari yang sibuk he he.. N3 saya hari ni ialah FA lesson dengan Pn. Norana pagi semalam. Cadangnya semalam nak belajar lukis buah-buahan. Banyak juga la jenis buah-buahan yang saya berangan nak belajar kali ni. Bila saya beritahu Pn. Norana, dia macam terkejut je.. Pelik la jugak saya.. Rupa2nya, Pn. Norana kata kalau nak belajar lukis epal saja, paling kurang dua sesi! Mak oi.. susah bebeno ke nak lukis buah nih.. So sesi lukis epal bermula. Bila dah lukis 3,4 biji baru la tau.. nak lukis mudah tapi nak bagi real bentuknya amat amat susah he he.. So lepas ni, di rumah kena praktis lukis epal satu bakul aduhai..,
Ini lakaran dan ep.l yang Kak Nora lukis..
Ini empat biji epal yang saya lukis, Kak Nora kata masih belum betul2 real hu hu..
Subscribe to:
Posts (Atom)