Selamat pagi Sabtu buat rakan bloggers.. Pagi2 ni saya luangkan sedikit masa berblog hi hi hi.. Kali ni saya upload signage tempahan Yana dari Puchong (customer tetap saya). Saya sangat suka berurusan dengan Yana yang sangat memberikan kepercayaan kpd saya melukis apa2 saja design tempahan beliau. Tapi yang bestnya.. kami tak pernah berjumpa satu sama lain walaupun Puchong dan Putrajaya cuma bersebelahan je hi hi.. InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak juga saya bersua dgn customer saya ni... :-)
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Hydrangeas. Show all posts
Showing posts with label Hydrangeas. Show all posts
Saturday, January 26, 2013
Wednesday, May 23, 2012
Teapot hydrangeas..
Salam sejahtera buat semua.. Kali ni saya upload hydrangeas painting pada papan teapot khas saya lukis untuk Cikgu Wan, ibu kpd rakan baik anak sulung saya. Saya sentiasa mengenang jasa baik Cikgu Wan yang membantu saya sewaktu anak saya menghidapi denggi semasa menduduki peperiksaan SPM tahun lepas. Jasamu akan sentiasa dikenang.. :)
Ini pula kelas painting pertama Ida bersama saya..
Wednesday, January 11, 2012
Hydrangeas hand washer
Monday, January 2, 2012
Hydrangeas..
Monday, December 26, 2011
Hydrangeas tissue box tempahan Eda
Monday, November 14, 2011
Hydrangeas watering can
Assalam.. Hari ni permulaan anak sulung saya menduduki SPM, risau pun ada hi hi.. Semoga Luqman Fahmi, anak saya dpt menjawab dengan tenang dan dipermudahkan Allah.. Hari ni saya upload watering can yang saya lukis hydrangeas utk Ana.
Bahagian belakang saya lukis simple aje..
Monday, April 25, 2011
Jewellery box kepunyaan Kak Habibah
Assalamualaikum wrt wbt buat semua kengkawan. Dalam dok sibuk dgn pelbagai aktiviti di skolah, saya cuba juga meluangkan sedikit masa utk melukis tempahan customer. Dah janji, kena la siap ikut time.. tapi kadang-kadang terlewat siap gak hi hi..Jangan marah ye sebab tak dapat dielakkan. So, today saya nak share dgn kengkawan deco painting hydrangeas jewellery box kepunyaan Kak Habibah. Kak Bib minta saya lukis di bahagian luar dan dalam kotak. Ni saya belum varnish lagi..
Sunday, January 30, 2011
My bird house..
Salam semua.. Seperti yang saya sebutkan dlm n3 sebelum ni, sy telah mengikuti beberapa lesson dgn Pn. Zaitun utk melukis roses plus hydrangeas pada bird house yg agak besar ni. Dan ini lah dia resultnya selepas 3 sesi kelas dgn Pn. Zaitun. Saya suka melukis dgn menggunakan barang2 yg besar supaya saya mahir dgn teknik yg diajar oleh guru2 saya. Ramai juga bertanya pd saya contact no. Pn. Zaitun dan dgn izinnya saya paparkan di sini nombornya : 017-3144532. So sesiapa yang berminat utk hadir kelas FA dgn Pn. Zaitun, sila lah contact Kak Zaitun ya.. Seperti juga Pn. Norana, Pn. Zaitun amat murah hati utk mencurahkan ilmu FA pd studentsnya. Saya rasa amat bertuah kerana dpt menuntut ilmu dengannya.. Projek saya selepas ini ialah melukis teacups dan lace pada tea/coffee sachet box. InsyaAllah dah siap nanti, saya akan upload..
Sunday, November 14, 2010
FA bekas tin dan bekas kayu
Selamat malam semua rakan bloggers. Dah banyak hari tak buat n3.. Minggu ni kena pegi kursus pulak Sabtu dan Ahad di Selesa Hillhomes Bukit Tinggi. Dah hampir nak cuti, makin banyak la pulak aktiviti kat skolah. Tak pe la, buat stakat yang mampu kan.. Berbalik kpd n3 saya malam ni, ada dua barang yang di make over. Pertama, bekas tin yang saya lukis hdrangeas. Gelap skit gambar ni sbb snap di luar waktu malam. Tin ni sebenarnya tin perencah tom yam yang saya ambik di kantin skolah he he.. Saya berkenan kat tin ni sebab ada tangkai pemegang so dapat la percuma 2 biji tin drp Kak Nor, tauke kantin. Ini sebagai kenang-kenangan since next year, tauke kantin nya orang lain plak. So, saya letakkan tin ni sebagai hiasan almari di luar rumah saya.
Ini pula bekas kayu hiasan yang saya make over untuk kawan saya, Jill. Skali pandang macam bekas seramik selepas bertukar wajah tapi sebenarnya ini adalah bekas kayu berukir..
Ini rupa wajah asal bekas kayu ni, dah buruk sangat..
Monday, October 25, 2010
FA lesson dgn En. Zahir dan FA tissue box kepunyaan Karimah (make over)
Salam pagi Isnin buat semua rakan blogger. Hari Sabtu beberapa minggu yang lepas, sekali lagi saya berpeluang utk mengikuti FA lesson dgn En. Zahir. Saya request nak belajar lukis hydrangeas mengikut teknik En. Zahir pula walaupun saya dah ada blajar dgn Pn. Norana sebelum ni. Ini la dia signage yang saya dapat siapkan tetapi wordingnya belum tulis2 lagi. Cadangnya nak tulis 'Life is a gift', wording kesukaan Kak Norana he he..
Ini pula tissue box yang telah saya make over kepunyaan Karimah. Hari tu saya dah lukis ros pd tissue box yang pertama (base coat putih). Kali ni Karimah request warna hitam bunga hydrangeas pulak.. Memandangkan tissue box ni berkerawang so saya boleh lukis di tempat2 tertentu sahaja.
Ini pula tissue box yang telah saya make over kepunyaan Karimah. Hari tu saya dah lukis ros pd tissue box yang pertama (base coat putih). Kali ni Karimah request warna hitam bunga hydrangeas pulak.. Memandangkan tissue box ni berkerawang so saya boleh lukis di tempat2 tertentu sahaja.
Bahagian tepinya saya lukis bunga lavender sebab ruangnya terhad..
Saturday, September 25, 2010
FA hydrangeas labu sayung tempahan Khairunnisa
Alhamdulillah, semalam dapat saya siapkan FA hydrangeas labu sayung kepunyaan Khairunnisa. Labu sayung ni diberi oleh Nisa kepada saya sebelum puasa lalu. Memang dia tak kisah kalau lambat skit pun, so tak de la saya terkejar2 nak siapkannya. Kalau sesiapa yang berminat nak tempah labu sayung ni utk FA rose atau hydrangeas boleh la contact sy sebab kebetulan cousin suami memang ada kilang labu sayung ni di Kuala Kangsar, so senang nak dapat dan boleh dpt harga murah skit. Tinggi labu sayung ni lebih kurang 20".
Thursday, July 8, 2010
Hydrangeas oh hydrangeas..
Kali ni saya nak share dengan kengkawan dua tempahan hydrangeas. Gambar pertama dan kedua merupakan tempahan drp Susan. Dia suruh lukis hydrangeas yang berwarna terang sahaja, no wording. Senang sikit kerja saya he he..
Ini pula tempahan drp Pn. Siti atas alas buluh untuk digantung di depan bilik. Saya cuba guna warna yang terang utk bunganya supaya nampak menyerlah sebab alas buluh tu Pn. Siti nak warna natural. Ada satu lagi alas buluh wording yang sama, Pn Siti suruh lukis ros pulak, tunggu ya..
Ini pula tempahan drp Pn. Siti atas alas buluh untuk digantung di depan bilik. Saya cuba guna warna yang terang utk bunganya supaya nampak menyerlah sebab alas buluh tu Pn. Siti nak warna natural. Ada satu lagi alas buluh wording yang sama, Pn Siti suruh lukis ros pulak, tunggu ya..
Monday, June 21, 2010
FA hydrangeas bekas tisu bulat
Salam kawan2.. Hari ni saya dapat menyiapkan FA hydrangeas bekas tisu bulat. Dalam dok siap tempahan orang, sendiri punya pun kena buat juga he he.. Saya sebenarnya tak nak lupa dengan ilmu yang saya belajar ngan Kak Norana lukis bunga hydrangeas ni so saya 'paksa' juga diri saya untuk lukis pada bekas tisu ni walaupun pada mulanya saya cadang nak lukis ros. Sesiapa yang berminat dengan hydrangeas saya yang tak seberapa ni, boleh sms untuk tempahan dan harga..
Subscribe to:
Posts (Atom)