Assalamualaikum wrt. Malam ni ber n3 sy dr Ipoh. Dah berada di sini sejak sabtu lepas. Saja bercuti di homestay saya he he.. Esok nak ke Terengganu pulak, ikut suami outstation di sana. Dapat la balik ke kampung halaman saya sampai Jumaat ni. Saya ada mendpt sms dan email drp Pn Norana bertanya kan sama ada saya nak ikut art course beliau pada hari Sabtu ni. Tu la.. memikirkan sampai dr Terengganu Jumaat malam, so tak dpt la ikut course Kak Nora keesokkan hari nya sebab takut letih since course tu dr pagi sampai petang. Kalau kengkawan berminat nak ikut course tu, contact Kak Nora sendiri ya..(No. hdsetnya 017 2517512). Berbalik kpd n3 saya mlm ni, cermin ni dah lama saya beli dgn Kak Norana tp tak terlukis la pulak.. Last2 bila krew TV1 nak dtg, cepat pulak dpt siapnya sebab nak penuhkan dinding he he.. Background colournya saya gunakan warna Jo Sonja yang terbaru..
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Cermin. Show all posts
Showing posts with label Cermin. Show all posts
Monday, March 14, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Deco painting frame cermin
Salam semua.. Hari ni saya upload deco painting cermin berbingkai yang dibeli di Ikea. Cermin sepasang ini ditempah oleh anak saudara saya. Katanya hadiah untuk seseorang yang istimewa hmm... sapa lah yang bertuah tu ya he he.. So, saya telah melukis setiap satu dengan painting ros dan hydrangeas. Anyway, gambar tak berapa jelas sebab pantulan cahaya lampu.. Saya cat frame ni dengan warna mild green.
Friday, November 19, 2010
FA cermin (make over) kepunyaan Nisa
Selamat malam semua kengkawan.. Sronoknya rasa hari ni dah selesaikan semua urusan d skolah. Lega sungguh bila dah mula cuti ni he he.. Walaupun hati saya agak kecewa kerana permohonan tukar saya ke Putrajaya tak dapat tapi tak pe lah.. tak de rezeki lagi la tu (memujuk hati sendiri he he..) Ok la.. n3 saya malam ni ialah makeover cermin matahari kepunyaan Khairunnisa. Asalnya cermin ni berwarna coklat. Nisa nak warna mild pink so saya spray cat putih plus pink skit2. Dia pun nak bunga kecil2 je so saya lukis ros yang agak keci saiznyal..
Monday, November 1, 2010
FA Bismillah dan frame cermin tempahan Farah
Assalamualaikum wrt buat semua rakan blogger. Lega sangat bila dah habis Program Hari Graduasi di skolah.. Tapi ini bukan bermakna dah boleh relax.. Rutin mengajar terus berjalan, exam students pun baru nak mula hu hu.. Hari ni saya nak share dengan kengkawan FA signage Bismillah dan frame cermin tempahan Farah dari Bukit Jalil (tak jauh la dari Putrajaya). Mula2 Farah nak tempah FA Bismillah dan Allah,Muhammad aje. Next weeknya, dia hantar pulak 2 pasang frame yang dah bercermin. Sayangnya, saya tak dapat nak siapkan signage Allah,Muhammad memandangkan mastercopy kertas surih wording Allah,Muhammad dah hilang. Penatnya saya mencari. Finally, saya agak maid saya dah 'terambik' dan 'terbuang' dalam tong sampah. Sedihnya..Kena buat baru pulak. Of course, penat kena cari dlm internet dan resize balik, trace balik.. Saya harap minggu ni saya akan settlekan tempahan Farah, InsyaAllah..
Ini asalnya frame cermin yang belum dicat..
Sepasang saya cat putih pink bunga maroon..
Sepasang lagi warna putih bunga pink..
Sunday, September 5, 2010
Make over frame cermin kepunyaan Azura, Sabak Bernam
Salam hujung minggu buat kawan2 semua. Dah banyak hari saya tak buat n3 ni. Bukannya mood raya dah datang tapi dok pulun menyiapkan make over frame cermin tempahan Azura. Saya 'salute' Azura ni sebab bersusah payah membawa cermin tu angkut dengan kereta dari Sabak Bernam ke Putrajaya. Kira Raya tahun ni happening la ye Zura dengan deco English kat rumah dia. Ini lah barang tempahan yang paling besar saya terima iaitu cermin yang berukuran lbh kurang 5.5 kaki x 3.5 kaki. Lebar frame ni plak 3.5 inci. Asalnya cermin ni warna hitam tp saya lupa nak ambik gambarnya sblm make over. So kena cat putih dulu la, nasib baik hubby bermurah hati tolong saya.saya mula lukis hari rabu lepas selepas siapkan tempahan Cikgu Siti, JB. Saya ambik masa dalam 2-3 jam sehari aje sebab kalau paksa habiskan nanti tak cantik sbb mood tak de. Mak ooii.. seksa gak nak habis lukis.. So semalam, tinggal 50% lagi saya habiskan kerja ni sebab skolah dah cuti, lapang la skit masa. Saya kira jumlah bunga yang saya lukis sebanyak 44 kuntum dengan menggunakan brush angular saiz 3/8. Elok2 habis lukis, berusnya pun dah rosak. Kena beli baru la jawabnya. Oh ya.. Zura baru je datang kejap tadi ambik cermin dia, dia kata dia puas hati sangat so saya pun rasa seronok gak he he..
Ini la rupanya kertas trace yang saya gunakan sebab cermin tu besar so nak bagi design nya sama,
kena gunakan tracing paper ni la..
Saturday, July 3, 2010
FA roses bingkai cermin tempahan Rohaida
Selamat petang semua.. n3 saya kali ni ialah Fa roses bingkai cermin tempahan daripada Rohaida. Frame ni saiznya 18" x 18 ". Cermin nya memang saya tak sediakan. Nanti tuan nya dapat, dia tempah sendiri la he he.. Pada asalnya saya hampir mengecat frame ni dengan warna hitam sebab tuannya kata, dinding rumah nya warna putih. Tapi masalahnya dia nak ala2 english gitu.. so pada saya tak sesuai warna gelap. Nak cat warna pink, tak nak nanti 'tenggelam' pulak warna bunga since bunga tu 'tema' nya pink merah ( Kalau signage nak warnakan pink utk base coat ok, walaupun bunganya tema pink merah sebab ada wording warna hitam - ini saya punya pendapat la..). At last, gini la rupanya.. dan as usual, sy cat gold colour keliling frame ( trade mark saya la ni he he..)
Sebelum saya lukis daun, ini la rupanya..
Bingkai atas..
Subscribe to:
Posts (Atom)