Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Wednesday, June 29, 2011

Signage...

Salam buat semua.. Minggu ni agak sibuk since minggu terakhir saya bertugas untuk tahun ni.. Suspens je hi hi.. Saya bukan berhenti kerja tapi bercuti untuk setahun. Dah rasa penat sangat bekerja selama 16 tahun dan bertukar ke sana ke mari mengikut suami.. so, saya mohon izin suami untuk berehat seketika daripada tugas saya sbg pendidik atas urusan persendirian. Alhamdulillah, permohonan diluluskan.. Selepas ini InsyaAllah, kelas deco painting dan decoupage boleh dijalankan pada hari-hari biasa dan juga hujung minggu mengikut permintaan.
Ok la.. hari ni saya upload 2 signage untuk dikongsi bersama kengkawan..






Thursday, June 23, 2011

Varieties of fruits

Assalamualaikum wrt.. Petang ini saya nak share dgn kengkawan deco painting fruits pada tudung periuk/pengukus kepunyaan Ana. Ana nak macam2 jenis buah..




Monday, June 20, 2011

Salam pagi Isnin buat semua.. Minggu lepas agak sibuk dgn pelbagai aktiviti. Minggu ni,akan sibuk gak rasanya hi hi.. so pagi ni ada masa skit, saya upload signage Father's Day tempahan Khatijah..


Sunday, June 19, 2011

Vase bunga Tempahan Ana

Salam hujung minggu rakan bloggers semua.. Hari ni saya upload deco painting bekas bunga kepunyaan Ana. Saya suka dgn design taburan roses kecil di keliling atas dan tempat pemegang vase..



Monday, June 13, 2011

LOVE signage

Salam ceria buat semua.. Kami cikgu cikgi ni dah mula ke sekolah semula selepas 'berhempas pulas' menyemak kertas exam mid year sewaktu cuti. Walaupun tak berada di sekolah semasa cuti, ini bukan bermakna kerja tak jalan kan hi hi.. So nak hilang tension marking paper, sambil2 tu melukis la jawabnya.. Hari ni saya upload sepasang signage LOVE kepunyaan Yana, Puchong. Ini merupakan tempahan Yana yang kedua dgn saya. Sebelum ni Yana dah tempah sepasang signage Allah, Muhammad yang berbentuk scallop. Terima kasih ya Yana.. Yana minta saya lukis hydrangeas plus roses..


Friday, June 10, 2011

Small bird house

Selamat malam kengkawan semua.. n3 saya hari ni ini ialah deco painting small bird house kepunyaan saya sendiri. Dah lama saya beli bird house kecil ni, skali dgn bird house besar yg saya lukis hydrangeas plus roses dgn Pn. zaitun. Saya warnakan biru dgn menggunakan teknik sponging utk atap bird house ni. Saja nak kelainan, walaupun pada awalnya nak warnakn dgn coklat. Small roses ni saya gunakan angular brush saiz 1/4. Nampak agak sweet pada pandangan mata saya hi hi..




Ini pula deco painting lesson students saya, Saptuyah dan Hasnah. Terlupa la pulak nak snap gambar papan yang dah dibasecoat dan berlukis daisy. InsyaAllah, kalau diorang dtg next lesson, akan saya tunjukkan..

Tuesday, June 7, 2011

Decoupage lesson for children

Salam buat semua.. Dah seronok bercuti ni, nak buat n3 pun dah terlupa hi hi.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan gambar decoupage lesson dgn anak rakan-rakan saya. Diorang enjoy sangat dan sangat berminat. Ini lah dia hasil kerja tangan diorang, not so bad kan..

Aisyah (anak saya), Aida, Huda dan Aimi



Wednesday, June 1, 2011

Signage for Father's Day

Assalamualaikum wrt wbt.. Sronoknya dapat pulang ke Ipoh berehat buat seketika dan hari ni dah berada d Putrajaya. Tempahan masih banyak belum disiapkan. Slow and steady win the race hu hu.. Berbalik pada n3 malam ni, signage scenery ni ditempah oleh dua rakan sekerja sblm cuti lepas utk suami masing2. Actually, signage ni diletakkan atas stand.




Ini pula nyiru lama yang dimake over semula, kepunyaan adik ipar saya. Nyiru ini merupakan barang kenangan yang ditinggalkan oleh arwah mak mentua saya..
s
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...