Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, August 25, 2011

Make over frying pan

Salam buat semua kengkawan.. Kedatangan Syawal makin terasa. Ramadhan akan berlalu pergi, sedih terasa jua.. Pastinya pelbagai persiapan telah dibuat oleh rakan2 bloggers. Saya biasa2 aje, tak ada yang baru, tambah2 lagi anak saya yang sulung akan menghadapi trial SPM seminggu selepas raya, rasa risau juga hu hu.. Ok la.. berbalik kepada n3 saya hari ni, saya telah menukar rupa frying pan kepunyaan Lailatul. Saya menggunakan colour Mulled Rose iaitu salah satu warna Jo Sonja Vintage Collections. Memang nampak klasik.. Saya warnakan tepi frying pan dan tangkai dengan Ash Pink (Mattise colour). Dalam gambar ni kurang jelas. Actually di keliling frying pan ada polka dot tapi tak nampak la pulak sbb saya terlupa nak ambil gambar sebelah tepi hi hi..


Ini pula koleksi decoupage yang saya hasilkan dan saya hadiahkan kepada Emmy (NRE) semasa Bengkel Decoupage tempoh hari.

Wednesday, August 24, 2011

Make over chinese tiffin

Salam buat semua.. Hari ni saya upload 5 gambar make over chinese tiffin kepunyaan Kak Maziah Ahmad. Saya rasa amat seronok mengubah penampilan tiffin ini daripada warna yang kusam kepada rupa baru yang ceria.. Kak Maziah minta saya kekalkan warna asalnya iaitu hitam dan merah, so saya basecoat semula dgn warna asalnya Sebelum ini, kalau kengkawan ingat, saya ada make over tiffin seperti ini kepunyaan Kak maziah juga tetapi saiz nya lebih besar (3 tingkat). Tiffin ini pula saiznya sederhana.




Tuesday, August 23, 2011

Signage Allah, Muhammad tempahan Rohaiza

Assalamualaikum wrt.. Pagi ni saya upload signage Allah, Muhammad tempahan Rohaiza. Signage ni nampak sweet sebab saya gunakan warna pink lembut seperti apa yang tuan punya signage request.


Monday, August 22, 2011

Strawberry signage

Selamat pagi buat semua.. Hari ni saya upload signage strawberry Bismillah kepunyaan Puteri Azani. Ni first time saya buat signage Bismillah motif strawberries.. Ok gak kan..



Ni pula, set sudip kepunyaan Ayek (Johor)..

Saturday, August 20, 2011

Signage Allah, Muhammad

Salam buat semua.. Kali ni saya upload gambar signage Allah, Muhammad tempahan Syahidariza (sebelum ni saya ada buat n3 tempahan pertama Syahida - sepasang penapis). Signage ni baru siap semalam. Saya lukis ros yang yang agak besar saiznya since papan ni pun agak besar. Rupa ros pun lain skit, saja nak kelainan. Harap2 tuan punya suka hasilnya..


Thursday, August 18, 2011

Bengkel Decoupage anjuran Puspanita Kem. Alam Sekitar

Salam buat semua.. N3 saya kali ini bukan berkaitan hasil painting saya tetapi saya ingin share bersama kengkawan beberapa gambar sepanjang Bengkel Decoupage anjuran Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang berlangsung tengahari tadi. Peserta bengkel ini seramai 56 orang. Pada awalnya saya agak risau untu mengendalikan bengkel ini seorang diri since participants nya agak ramai tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Para peserta pun seronok dgn hasil mereka. Walaupun first time buat decoupage tapi hasilnya cantik2 belaka. Terima kasih kepada Emmy Farhany dan rakan2nya yang banyak membantu sepanjang bengkel. Dan tak lupa juga terima kasih kepada Pengerusi Puspanita Cawangan NRE, Datin Shahriah bt. Md. Khalid kerana sudi mengundang saya sebagai tenaga pengajar.




Datin Shahriah (kanan) dengan hasil decoupage nya..

Ini dia Emmy Farhany, yang banyak berurusan dengan saya dalam menjayakan bengkel ni..

Wednesday, August 17, 2011

Painting lesson with Pn. Zaitun - Roses on tissue holder

Salam buat semua.. Petang ni saya upload, hasil painting lesson dgn Pn. Zaitun iaitu roses on tissue holder. Saya basecoat dgn warna pink utk samakan dgn cake stand.

Ini pula beberapa barang yang saya jadikan koleksi decoupage saya. Selain itu, saya jadikan barang2 ni sebagai contoh untuk bengkel decoupage anjuran Puspanita Kementerian Alam Sekitar esok, InsyaAllah..



Monday, August 15, 2011

Roses 3 kuntum..

Salam pagi Isnin buat semua kengkawan.. Pagi ni saya upload deco painting roses pada sepasang penapis kepunyaan Syahidariza (Perak). Saya pun suka tengok 3 kuntum bunga yang kembang mekar atas penapis hi hi..


Friday, August 12, 2011

Teacups on the spoon box

Salam Ramadhan untuk semua.. Pagi ni saya upload deco painting teacups atas spoon box kepunyaan Amy. Amy nak design yang sama macam hasil painting lesson saya dgn Pn. Zaitun yang saya lukis atas sachet box. Saya tukar kan motif bunga dan warna pada teacups dan juga sachet tea. Corak bunga lace juga ada beza skit.. bunga2 ros kecil di keliling. Hopefully Amy suka..


Tuesday, August 9, 2011

Painting lesson dgn Pn. Aniza Khir

Assalamualaikum wrt.. Hari ni saya upload hasil painting lesson saya dgn Sifu Pn. Aniza Khir iaitu roses ala2 Ros Singleton on the cake stand. Saya rasa amat bertuah kerana dapat menimba ilmu dengan ketiga2 sifu deco painting iaitu Pn. Norana, Pn. Zaitun dan Pn. Aniza. Ketiga2 mereka mempunyai banyak ilmu dan saya dapat belajar pelbagai teknik painting daripada mereka. Buat masa ini saya masih meneruskan painting lesson dgn Pn. Zaitun berselang seli kelas dengan Pn. Aniza.. Thanks a million to all three of them.



Thursday, August 4, 2011

Signage dan makeover tudung Queen Ann

Salam pagi Ramadhan buat semua kengkawan.. Kejap aje, dah 4 hari kita berpuasa ya.. Pagi ni n3 saya ialah signage tempahan Nurhuda dari Sungkai, Perak.

Ini rupanya sebelum dimasukkan wording..


Ini pula, tudung Queen Ann kepunyaan Yana yang telah di make over.. Yana kata dia dah hampir nak buang sebab dah berkarat. Nasib baik dia terfikir nak make over..

Tuesday, August 2, 2011

Signage Bismillah

Salam sejahtera buat semua.. Hari ni saya upload signage kepunyaan Nurulhafezah. Ini merupakan signage kedua tempahan Fezah dengan saya. Terima kasih banyak2 ya, Fizah..


Ini pula kelas deco painting hydrangeas dengan Kak Murni dari Negeri Sembilan. Kak Murni berkenan sangat dgn bunga hydrangeas so dia request nak belajar lukis bunga ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...