Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Monday, May 30, 2011

Black is beautiful...

Salam buat semua.. Dah berhari2 nak buat n3 tapi biasa la bila kesibukan melanda, tersangkut la kejap hu hu.. Kali ni signage yang saya hasilkan ini kepunyaan rakan sekerja iaitu Kak Sharifah Ausok. Katanya utk diletakkan di ruang makan rumah barunya.. Saya amat jarang membuat signage basecoat hitam tapi saya actually pernah berangan untuk menghasilkan satu signage utk saya sendiri yg berbasecoat hitam. Nantilah tiba masanya hi hi..

Strawberries yang saya lukis agak besar untuk serlahkan lagi rupanya..

Actually, this is new style of roses yang saya pelajari sendiri di dalam buku deco painting.. Ada sedikit kelainan drp rose yang saya selalu hasilkan...

Ini pula lesson kedua Kak Maziah (Presint 14) dengan saya. Kak Maziah sedang melukis daun hydrangeas setelah mempraktikkannya di atas kertas..

Ini pula hasil lesson sebelumnya yang dah siap..

Tuesday, May 24, 2011

Green signage..

Salam sejahtera.. Pagi ni saya upload 2 signage, dan saya rasa amat berbesar hati menghadiahkan signage ini kepada guru anak-anak saya. Dan ini juga rasanya pertama kali saya melukis signage berwarna hijau dan saya sangat suka hasilnya..




Sunday, May 22, 2011

Signage...

Selamat malam semua kengkawan... Minggu ni masih sibuk melukis signage anak2 sempena Hari Guru, sampaikan tak sempat nak buat n3. So mlm ni saya nak share beberapa signage yg telah disiapkan..



Ini pula lesson dengan Kak Maziah (Presint 14).. Actually ada 3 orang bernama Maziah di Putrajaya ni yang menempah dan blajar decoupage dan deco painting dgn saya.. Ini lesson yg pertama Kak Maziah dgn saya, katanya lepas ni nak blajar hydrangeas plak..

Tuesday, May 17, 2011

Signage for teachers..

Salam buat semua.. Cuti umum hari ni dapat la berlama-lama skit berinternet. Nak melukis, mood tak ada hu hu.. Hari ni saya upload 2 signage tempahan rakan utk hadiah hari Guru.

Decoupage signage..

Deco painting signage..

Monday, May 16, 2011

Deco painting cerek

Selamat malam buat kengkawan.. Malam ni saya upload cerek kepunyaan Ana. Ana minta saya lukis ros dan saya buat ala2 rustic skit plus di bhg pemegangnya, small roses untuk kelainan..




Saturday, May 14, 2011

Blog saya tak dapat buat n3..

Salam semua.. Semalam, seharian saya cuba nak sign in blog saya tapi tak dapat. Cdgnya nak buat n3 baru.. 3,4 hari sebelum ni pun saya hairan sbb bila nak sign in, tak dapat.. Password silap la. Last2 kena declare lupa password then, google send email password pd yahoo email saya.. Saya terbaca Blog Ira (Pink Vintage), masalah yg lbh krg sama jugak, tak dpt sign in. Then, td saya baca Blog Azlina (Terima lah aku seadanya..) bg tau punca masalahnya iaitu bcoz akaun email saya bukan gmail so google mcm tak nak terima je hi hi.. So di sini saya copy paste drp Blog Ozzy ( http://ozzy2u.blogspot.com ) yang saya dpt drp blog Azlina dan mohon izin Ozzy juga utk sebarkan info yang amat berguna ni kpd rakan2 blogger yang lain.

Bagaimana nak tukar email login ke blog? Saya pernah buat tutor Cara Tukar Username Blogspot, jom kita buat sama²:

1. Create akaun gmail

Dah ada? Kalau dah ada baru kita mulakan kelas. Kalau belum, create akaun gmail dulu.

2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings >Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.

3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan . Ada notis ” To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here”. Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita dibawa memasuki dashboard blog tersebut.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula² ( yahoo )

5. Pergi kat Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

mudah dot mai ….. kan? Tak sampai 5 minit dah siap.

Kalau ada 3-4 blog lain , ulanglah langkah ini sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.

Cara Lain Untuk Berpindah Menggunakan Google Akaun klik blogger legacy claim

Maklumat di buzz blogger menyatakan :Sekiranya anda pernah login akaun blogger walaupun sekali sejak tahun 2007, notis ini boleh diabaikan.



Read more: http://ozzy2u.blogspot.com/2011/04/notis-dari-google-blog-yang-tidak.html#ixzz1MJvCRg9g

Thursday, May 12, 2011

Welcome signage

Salam sejahtera semua.. Pagi2 ni saya upload signage welcome hadiah sempena Teacher's day utk tadika anak saya sebagai kenangan. Diorang sambut Teacher's day esok (Jumaat) awal 3 hari, so jenuh la umi nya si Najihah ni menyiapkan signage hi hi.. Saya jarang2 buat stripe tapi kali ni nak kelainan skit so, this is the outcome..


Monday, May 9, 2011

My rolling pin

Salam sejahtera semua.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan my own rolling pin.. At last, saya berjaya menyiapkan rolling pin kepunyaan sendiri setelah sekian lama mengidamkanya hu hu.. Selalunya rolling pin digantung kat dapur tetapi saya letakkan di ruang meja makan @ meja utk kelas deco painting.



Ini 3 orang students deco painting yang mengambil pakej daisy plus ros.. Ini sesi praktis lukis ros selepas lukis daisy.. Anyway, if ada yang berminat nak blajar, saya nasihatkan agar ambil pakej umum iaitu beli sendiri alatan (saya ada stok), then saya akan charge kos belajar sahaja.. Dah ada alatan, boleh praktis kat rumah,

Ini dia hasil tangan Kak Rohayah, Kak Zila dan Elly..

Ini pula student decoupage iaitu Fidzah..

Thursday, May 5, 2011

Signage strawberries tempahan Murni

Selamat malam semua.. Malam ni saya upload deco painting strawberries pada alas buluh gantung kepunyaan Murni. Murni minta basecoatnya warna krim. Saya rasa basecoat krim lebih menyerlah berbanding warna putih tapi depends pada taste customer la kan..


Wednesday, May 4, 2011

Signage for my sister

Salam semua.. Kali ni saya upload my sister's signage, Aya.. Dia tak kisah design camne pun so, ini la hasilnya..


Tuesday, May 3, 2011

Signage Allah, Muhammad

Assalamualaikum wrt wbt. Kali ni saya nak share dgn kengkawan signage Allah, Muhammad tempahan drp Aida, Melaka..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...