Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, March 29, 2012

Pink again...

Assalam... Akhir2 ni banyak benar tempahan signage warna pink hi hi... Tapi biasa la kan, warna pink memang senada dgn roses yang sememangnya pilihan utama customers bila tempah signage.. :) Kali ni saya upload signage 3 serangkai kepunyaan Anisah Abu Bakar. Pertama kali signage ni saya lukis utk Yana (Puchong), then Anisah pun sgt suka design ni dan dia juga menempah signage yg sama.


Ini pula mini butterfly, cenderahati saya utk Asmawaty yg meminta sy melukis 3 pieces teatime signage beliau..


Dan ini pula, signage house no tempahan Aziyan..

Tuesday, March 27, 2012

3 tea time signages..

Selamat petang kengkawan semua.. Kali ni saya upload 3 tea time signages kepunyaan Asmawaty. Asmawaty pos kan pd saya ketiga2 signage kosong ni utk dilukis dgn 3 gambar berbeza iaitu roses, cupcakes dan teacups..




Sunday, March 25, 2012

Make over almari..

Assalam buat semua.. Malam ni saya baru je selesai menyiapkan tempahan painting yg agak mencabar juga hu hu.. Saya diminta utk melukis gambar birdhouse dan topiari pada sisi almari kepunyaan Ana. Jenuh le gak nak memikirkan designnya hu hu.. Finally, siap la juga.. Lega sungguh :)





Ini rupa asal almari.. Bahagian depan memang dah dilukis roses paintings, tugas saya ialah menyiapkan paintings sebelah kiri dan kanan almari..

Thursday, March 22, 2012

Strawberries..

Salam sejahtera kengkawan semua.. Kali ni saya upload dua tempahan drp Yusmina iaitu painting strawberries atas bekas parut dan pasu2 kecil. Barang2 ni dibawa oleh Yus ke rumah saya utk dilukis..


Wednesday, March 21, 2012

Still life paintings..

Assalam buat semua.. Hari ni merupakan salah satu hari yang amat bermakna buat saya bcoz anak sulung saya, Luqman Fahmi mendpt result SPM nya. Mengimbau kembali kenangan semasa anak saya menduduki SPM, saya amat sedih mengenangkan dia menghidapi demam denggi waktu tu. segalanya saya serahkan pada Yang Maha Kuasa krn saya dapat melihat kekecewaan dan kesedihan anak saya. Alhamdulillah, Allah SWT telah mengurniakannya kejayaan walaupun bukan sangat cemerlang tapi it is unexpected result.. :) Berbalik kpd n3 saya hari ni, saya rasa sangat gembira kerana dapat menghasilkan still life painting ni di bawah bimbingan Pn. Aniza Khir.. Thanks a million Pn Aniza Khir, Pn. Zaitun Ramli and Pn. Norana Ghazali atas tunjuk ajar kalian.. :)


Sunday, March 18, 2012

Signage2 tempahan Sue Faizal..

Selamat malam semua.. Malam ni rajin pula online hi hi.. Saya upload kali ni dua lagi tempahan Sue Faizal iaitu signage Assalamualaikum dan Allah, Muhammad. Sebelum ni saya ada upload signage house no Sue.. Semua signage ni dah sampai pada tuannya. Alhamdulillah, Sue sangat suka dan puas hati..



Friday, March 16, 2012

Bengkel Deco Painting Roses di Ipoh, Perak

Selamat malam semua.. Alhamdulillah, hari ni saya dapat bersama dengan 3 students dari Ipoh, Perak yang berkobar2 utk blajar lukis roses. Saya rasa sangat seronok kerana dapat berkongsi ilmu dgn Musliza, Nazareida dan Rupini... :)



Tuesday, March 13, 2012

My own 'cottage' signage

Selamat petang semua kengkawan.. Kali ni saya upload signage kepunyaan saya sendiri utk hiasan 'teratak' saya yang tak seberapa (bukan teratak sendiri pun, kerajaan punya hi hi..) Memandangkan rumah saya skarang ni merupakan quarters kerajaan so saya tak adalah beria2 nak berhias since nanti akan berpindah juga. Saya dah alami 'peristiwa' berpindah beberapa kali la juga.. Kadang2 frust gak bila dah hias dan tanam pokok cantik2 tetiba suami kata kena transfer.. What to do hu hu.. Oh ya.. actually signage ni saya dah mula paint sebelum ke Guilin lagi tapi stop jap sbb siapkan tempahan customer. Ini pun saya 'curi' sedikit masa sambil buat order customer, siapkan signage ni... :)

Friday, March 9, 2012

More pink signages..

Salam Jumaat buat semua.. Skarang ni musim tempahan signage pink hi hi.. Saya upload 3 signage pink drp 3 individu berbeza.. Selepas ni ada lagi signage pink akan menyusul.. :)

Tempahan kedua Fatimah (n3 sblm ni juga tempahan drp beliau). Tqvm kerana suka art work saya.. :)


Ini pula tempahan drp Zasmanila, rakan fb..


Ini pula tempahan drp Syuhada (Sue Faizal), juga rakan fb..

Wednesday, March 7, 2012

Signage Allah, Muhammad

Salam buat semua.. Hari ni saya upload signage Allah, Muhammad tempahan Fatimah dari Sandakan, Sabah.. Satu lagi signage masih dalam proses...


Monday, March 5, 2012

Painting on a rice bucket

Assalam buat semua.. Petang ni saya upload beberapa gambar paintings yg telah saya lukis atas bekas beras yg agak besar. Tong atau bekas beras ini merupakan bekas yg paling besar yg saya lukis stakat ni. Saiznya 18 inci tinggi dan lebar ukur lilitnya 21 inci. Seksa la jugak nak cat base nya.. Tuan punya tong ni minta saya lukis hydrangeas plus roses.. Jenuh la gak nak memikirkan design nya.. Alhamdulillah, finally I have finished it... Legaaaa rasanya :)




Saturday, March 3, 2012

Make over a pair of chair

Good Morning friends.. Semoga pagi sabtu ni memberikan kegembiraan buat kita. Kali ni saya upload sepasang kerusi kepunyaan Ana. Masa Ana bawa kerusi ni ke rumah saya, saya hairan la jugak sebab kerusi ni dah cantik dgn Chinese roses paintings tapi Ana nak juga saya lukis bunga ros kobis kesukaan nya...



Ini pula rak rempah tempahan rakan fb, Julyana..

Thursday, March 1, 2012

Scenery painting..

Selamat petang kengkawan semua.. Kali ni saya upload scenery painting atas kuali saiz yang agak besar. Saya suka sangat dengan hasilnya. Harap2 tuan punya pun suka :)




Ini pula cenderahati painting utk Pn. Ilya, rakan ofis suami yang akan bertukar ke tempat baru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...