Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Bekas barang. Show all posts
Showing posts with label Bekas barang. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Rak mini..

Selamat malam semua kengkawan.. Malam ni saya upload rak mini saya punya sendiri. Rak kecil ni saiznya 11'' x 4" aje. Boleh letak Americana colour atas rak ni cadangnya..


Ini pula hasil lesson students saya, Kak Saptuyah dan Hasnah.. Diorang dtg utk lesson ke 2 minggu lepas so dpt la saya snap hasil signage diasies yg diorg siapkan di rumah. Lesson ke 2, diorg minta ajar ros tp tak sempat lukis atas papan cuma praktik atas kertas je..

Ini signage Hasnah..

Ini pula signage Kak Saptuyah..

Ini dia tuan punya signage, Kak Saptuyah (kiri) dan Hasnah (kanan)..

Wednesday, January 26, 2011

Hadiah istimewa..

 Salam sejahtera buat rakan2 semua.. Sehari dua ni agak sibuk dgn urusan pertukaran saya ke Putrajaya. Alhamdulillah.. akhirnya dpt juga sy bertukar mengajar di Putrajaya setelah hampir setahun lebih berulang-alik mengajar di Kuala Lumpur. Pertukaran saya bermula 1 Februari nanti. So, today n3 saya ni agak special since FA yang saya lukis pd jewellery box ni khas untuk Pengetua saya iaitu Pn. Latifah bt Hj Mahfod yang amat berdedikasi. Saya pun agak berat hati utk meninggalkan SMK Aminuddin Baki tetapi disebabkan jarak yg agak jauh dr rumah saya so sy membuat juga rayuan utk ke Putrajaya. Dua malam sy menghabiskan masa utk menyiapkan kotak ini khas utk beliau. Sy gabungkan empat design iaitu roses, scenery, hydrangeas dan simple lace pada kotak ini.


 Bahagian dalam..

 Bahagian tepi..


Saturday, January 22, 2011

FA hydrangeas bekas tepak sireh dan FA roses kuali

Salam ceria pagi Sabtu buat semua.. Hari ni saya nak share dgn kengkawan dua hasil FA saya iaitu pertamanya, FA hydrangeas pada bekas tepak sireh (make over) kepunyaan Karimah. Bekas tepak ni buatan kayu jati dan permukaannya bercorak (tak rata). Karimah request nak warna hitam. Memandangkan permukaan tak rata so agak susah jugak nak lukis di atasnya. Anyway, I try all my best and this is the outcome.. Saya gunakan teknik yang diajar oleh En. Zahir untuk timbulkan warna daun..



 Ha.. Ini pula tempahan terakhir yang saya siapkan untuk Kak Rohana, Klang. Saya agak susah hati apabila melihat permukaan kuali ini yang mempunyai garisan bulatan di tengahnya. I try all my best untuk 'timbulkan' bunga ros tersebut dan ini la hasilnya. Hope Kak Ana suka..

Friday, July 2, 2010

FA bekas letak barang (MDF board)

Salam semua.. Dalam dok sibuk2 menyiapkan tempahan orang, hari ni saya 'curi' sedikit masa untuk menyiapkan projek FA kepunyaan saya sendiri. Amat banyak lagi tempahan yang perlu disiapkan, tapi saya cuba lah buat setakat terdaya.. Ramai juga rakan2 blogger bertanya sekiranya saya dapat mebuat kelas FA. Saya bukan tak nak share ilmu saya dengan kengkawan (walaupun sebenarnya saya rasa ilmu saya dalam FA baru setahun jagung) tetapi masa saya amat terhad memandangkan saya terpaksa berulang-alik mengajar dr Putrajaya ke KL setiap hari (mintak tukar ke Putrajaya baru2 ni tak dapat2).. InsyaAllah jika diizinkan, saya akan buat kelas FA semasa cuti sekolah akhir tahun nanti. Berbalik kpd n3 hari ni, saya rasa sangat seronok sebab tercapai juga hasrat di hati nak lukis ros pada bekas ni. Penat juga nak habiskan projek ni sebab ada 5 bahagian yang perlu dilukis iaitu bahagian kiri dan kanan, depan dan belakang, dan bahagian pemegang. Saya beli bekas letak barang ni ( saiz lebih krg 10" H x 10"W) di Craft Haven hari Ahad lepas selepas pulang dr rumah Pn. Norana. Rumah Pn. Norana di Sg. Pencala dengan Craft Haven jaraknya tak jauh sangat. Bekas ni saya nak letak cat Americana saya he he.. Nanti InsyaAllah nak beli lagi satu nak letak cat Jo Sonja pulak.


Ini rupa sebelum dilukis daun..






 
Ini pula tag-tag yang saya dapat drp Ayu ( http://ayulittlecottage.blogspot.com/ ) (dua-dua tag). Manakala Wani (  http://wanidecorativecreations.blogspot.com/ ) juga memberi tag (top blogger 2010) pada saya.. Terima kasih sangat2 Ayu dan Wani. Walaupun saya tak sempat nak jawab soalan, tetapi I am really happy atas ingatan Ayu dan Wani pada saya. Terima kasih sekali lagi..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...