Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Sunday, December 30, 2012

Makeover rak buku masakan..

Selamat malam buat semua.. Malam ni saya nak share bersama kengkawan rak buku yang telah saya makeover kepunyaan Anne Rafei. Asalnya rak ni berlukis gambar kucing dan simple border flowers. Anne email saya gambar kek yg dia minta saya lukis. Dan akhirnya, ini la hasilnya.. Cupcake di bahagian hadapan ialah decoupage..



Ini pula hasil kelas decoupage Kak Noor Azam bersama saya. Nampak agak 'timbul' bunga hydrangeas setelah saya touch up.. :-)

Saturday, December 29, 2012

Lemons..

Salam sejahtera rakan bloggers semua.. Tengahari ni saya nak share hasil painting saya pada tong ikea kepunyaan Sara. Sara minta saya lukis lemon yang nampak coutry style.. So inilah hasilnya... :-)



Thursday, December 27, 2012

Make over lagi..

Salam sejahtera buat kawan2.. Tak lama lagi kita akan beranjak ke tahun baru.. Persiapan skolah anak pun dah hampir settle cuma diri sendiri je tak settle hi hi.. Tempahan masih banyak gak lagi hu hu.. Itu la masalahnya bila buat kerja seni cam ni.. kena tgk mood dan idea gak bukan  redah nak lukis cam tu je.. Kali ni saya upload brg2 Norabyang di makeover. Harap Nora suka.. :-)





Wednesday, December 26, 2012

Decoupage..

Assalam buat semua.. N3 kali ni saya upload beberapa signage yang telah saya buat serta decoupage class students yang dtg belajar d rumah saya..


Decoupage lesson bersama Pn. Kamsiah dari Cheras..
  Decoupage lesson bersama Linda, rakan fb di homestay saya di Ipoh..



Saturday, December 15, 2012

Jo Sonja Folk Art Roses..

Assalam buat kawan2 di alam maya.. Malam ni saya upload hasil lesson painting ngan Kak Aniza Khir iaitu Jo Sonja Folk Art Roses.. Mencabar juga rasanya kukis folk art roses ni sbb 95% perlu menggunakan filbert brush. 5% lagi saya guna angular brush untuk shading sahaja. Memandangkan saya dah sangat terbiasa utk melukis roses dgn menggunakan angular brush, so bila nak guna filbert brush rasa agak janggal hu hu.. Anyway, saya tak lah sangat berpuas hati dgn hasil nya.. need a lot of practices to get use with filbert brush hu hu...


Ini pula decoupage lesson with children.. Aimi, Aida dan Huda merupakan anak-anak kepada rakan saya yang sangat berminat dengan decoupage.. :-)

Tuesday, December 11, 2012

Painting on a window panel

Salam sejahtera buat semua.. Malam ni saya nak share dgn kengkawan painting roses dan hydrangeas yang saya lukis pada tingkap lama kepunyaan Noriah dari Kuantan. Agak mencabar dan memenatkan juga pada saya utk melukis pada tingkap ni kerana saya banyak menggunakan teknik shading utk 'timbulkan' roses dan hydrangeas. 

Saya suka dgn hasil dedaun roses yang saya lukis kali ni... :-)


Sunday, December 9, 2012

Painting on cushion covers

Assalam dan salam berhari minggu buat semua.. Petang ni rajin la pulak rasa nak upload gambar painting. Kali ni saya upload painting atas 2 unit cushion cover kepunyaan pakar decoupage iaitu Kak Liza Zaid. Saya sangat menggemari design decoupage kak Liza Zaid. Sangat cantik decoupage buatan Kak Liza.. :-) Oh ya.. Kak Liza minta saya lukis roses ala Ros Stallcup.

Painting folk art roses ni pula ialah cenderahati saya untuk Kak Liza.. Harap Kak Liza suka..

Tuesday, December 4, 2012

More painting and decoupage signages..

Alhamdulillah.. Cuti skolah ni saya dpt luangkan lebih masa utk painting dan decoupage..Selain menyiapkan tempahan customer, saya juga menyelitkan beberapa signage sbg cenderahati utk sahabat2 lama saya.. Signage Allah, Muhammad ni merupakan tempahan drp Aya, kawan saya..

Dua unit signage welcome ni ialah decoupage dgn menggunakan teknik baru... Gradually, I try to improve my skills in decoupage as well..

Ini pula penyangkut kunci utk rakan lama saya, Shima di Ipoh..

Sunday, December 2, 2012

Decoupage and painting signages..

Selamat petang kengkawan bloggers semua.. Petang ni saya upload beberapa gambar utk dikongsi bersama. Sekurang2nya gambar2 signage yg saya hasilkan dapat memberi sedikit ilham atau inspirasi kwn2 yang minat dlm painting dan decoupage ni.. 
Painting signage ni merupakan cenderahati saya kepada Cikgu Kamaran dan wifenya, Pn Josephine sebagai tanda terima kasih kerana sudi makan malam bersama kami sewaktu bercuti di Kuching, Sarawak baru-baru ni. Cikgu Kamaran merupakan sahabat lama saya semasa saya blajar di UIA dulu..

Ini pula merupakan signage decoupage , cenderahati saya kepada rakan guru semasa mengajar di Ipoh iaitu Cikgu Azyyati...

Dan ini pula ialah hasil2 decoupage students saya yg datang belajar d rumah saya.. (Umi, Fazlina dan Azie)




Friday, November 23, 2012

Decoupage and painting gift..

Assalam kawan2 semua.. Pagi Jumaat yang ceria ni saya nak share bersama kengkawan dua unit signage yang agak istimewa pemberian saya kepada individu yang diingati. Signage pertama ni ialah decoupage plus painting, hadiah utk sahabat saya yg akan berpindah ke rumah baru.. Semoga Mimi dan Zafree suka dgn pemberian saya yg tak seberapa ni..


Ini pula signage utk cucu saudara saya yang akan cukur jambul tak lama lagi..

Wednesday, November 21, 2012

Home Sweet Home Signage

Salam sejahtera buat semua.. Petang ni saya upload signage tempahan Yana dari Puchong. Yana mmg selalu menempah pelbagai signage drp saya. Kali ni, beliau nak warna mild pink.. Thanks a lot Yana bcoz minat dgn hasil art work saya... :-)


Sunday, November 18, 2012

Signage..

Salam buat semua.. I'm back for painting after vacation hi hi.. Today saya upload 2 unit signage. Signage classic cabbage roses ni kepunyaan Noriah dari Kuantan. Saya suka hasil painting kali ni, pada saya mmg nampak klasik, mayb because of shading yg saya buat di keliling bunga tu. Saya tak nafikan painting cabbage roses agak rumit, dua kali ganda susahnya daripada roses biasa..



Ini pula decoupage plus painting cenderahati saya kepada Syarina, anak kpd Pn. Zaharah (rakan saya) sempena perkahwinan beliau..


Friday, November 16, 2012

Family Vacation to Kuching, Sarawak

Dah lama saya tak buat n3 pasal melancong.. Semestinya melancong adalah hobi kedua saya selepas painting hi hi hi... Kali ni saya upload beberapa keping gambar percutian keluarga saya di Kuching, Sarawak pada 10-14 Nov lepas. Agak menyeronokkan bagi anak-anak sbb diorang first time naik kapal terbang. Actually percutian ini merupakan hadiah utk anak ketiga saya (Siti Aisyah Nur) utk keputusan UPSRnya tapi rupa2nya UPSR belum keluar result tapi dia dah terbang ke Kuching ha ha ha... Kami redah merata-rata tempat juga la dgn menggunakan gps. Kami menyewa homestay di area Matang Jaya selama 5 hari 4 malam di sana. Homestaynya agak selesa since rumah tu semi d setingkat 3 bilik yang agak luas. Kami juga menyewa kereta Proton Waja so mmg tak ada masalah pengangkutan. Bab makan, mmg sangat2 berpuas hati.. saya mencuba mee kolok dan laksa sarawak di Laila's Cafe (bawah Laila Inn), seafood di Topspot dan grill steamboat di Anuar BBQ Steamboat Corner. Menyebut psl Topspot Sea food Restaurant, saya sangat2 berpuas hati dgn harga dan masakan di sana especially ketam masak cilinya... wow mmg sedap dan lazat. Rasanya percutian kami dah jadi jalan-jalan cari makan hi hi.. Saya juga sempat bertemu rakan lama semasa si UIA dulu iaitu Cikgu Wan Kamaran dan keluarga. Dia bermurah hati membelanja kami makan di Anuar BBQ Steamboat. Kami juga sempat merasa durian Sarawak sewaktu perjalanan balik dari kaki Gunung Santubong. Harap2 satu masa nanti saya dapat ke sana lagi, insyaAllah..








Tuesday, November 6, 2012

Tempahan lagi..

Salam buat semua.. Kali ni saya upload beberapa tempahan customer. Signage bunga kangkung ni merupakan tempahan Datin Maziah dari Presint 9 Putrajaya. Ini merupakan first time saya lukis design bunga kangkung. Agak mencabar juga hu hu..


Ini pula signage kepunyaan Noriah dari Kuantan.. Ada beberapa barang yang Noriah minta saya lukis termasuk satu lagi signage.. On the way ya Noriah hi hi..

Ini pula dulang makeover kepunyaan Ina..Saya lukis semula design yang lama dan tambahkan shading daun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...