Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Friday, November 16, 2012

Family Vacation to Kuching, Sarawak

Dah lama saya tak buat n3 pasal melancong.. Semestinya melancong adalah hobi kedua saya selepas painting hi hi hi... Kali ni saya upload beberapa keping gambar percutian keluarga saya di Kuching, Sarawak pada 10-14 Nov lepas. Agak menyeronokkan bagi anak-anak sbb diorang first time naik kapal terbang. Actually percutian ini merupakan hadiah utk anak ketiga saya (Siti Aisyah Nur) utk keputusan UPSRnya tapi rupa2nya UPSR belum keluar result tapi dia dah terbang ke Kuching ha ha ha... Kami redah merata-rata tempat juga la dgn menggunakan gps. Kami menyewa homestay di area Matang Jaya selama 5 hari 4 malam di sana. Homestaynya agak selesa since rumah tu semi d setingkat 3 bilik yang agak luas. Kami juga menyewa kereta Proton Waja so mmg tak ada masalah pengangkutan. Bab makan, mmg sangat2 berpuas hati.. saya mencuba mee kolok dan laksa sarawak di Laila's Cafe (bawah Laila Inn), seafood di Topspot dan grill steamboat di Anuar BBQ Steamboat Corner. Menyebut psl Topspot Sea food Restaurant, saya sangat2 berpuas hati dgn harga dan masakan di sana especially ketam masak cilinya... wow mmg sedap dan lazat. Rasanya percutian kami dah jadi jalan-jalan cari makan hi hi.. Saya juga sempat bertemu rakan lama semasa si UIA dulu iaitu Cikgu Wan Kamaran dan keluarga. Dia bermurah hati membelanja kami makan di Anuar BBQ Steamboat. Kami juga sempat merasa durian Sarawak sewaktu perjalanan balik dari kaki Gunung Santubong. Harap2 satu masa nanti saya dapat ke sana lagi, insyaAllah..








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...