Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Friday, July 30, 2010

FA roses pelita dan signage

 Salam Jumaat kawan-kawan.. Hari ni, saya nak tunjukkan dua benda yang telah saya lukis. Pertamanya, pelita comel warna pink. Ini pelita kepunyaan Pn. Siti. Dia minta saya make up pelita ni, simple aje. So saya cat warna pink dengan sekuntum ros.. Nampak cute kan..




Ini pula small signage. Slalunya letak nombor rumah aje tapi kali ni saya tulis nama. Signage ni sebenarnya saya hadiahkan kepada Nadine Amina, iaitu anak murid saya ( form3 ) yang telah mendapat markah tertinggi utk subjek yg saya ajar semasa peperiksaan tengah tahun yg lepas..


Thursday, July 29, 2010

FA roses watering can dan Fa tulip pasu tin

Salam semua.. n3 saya kali ini adala tempahan Rina iaitu watering can dan pasu tin. Watering can ini sebenarnya plastik. Ini rupanya apabila dilukis..
Bahagian depan..


bahagian belakang..

Ini pula pasu tin yang saya lukis tulip. Simple saja sebab pasu ni pun tak besar sangat..
Bahagian depan..

Bahagian belakang..

Wednesday, July 28, 2010

FA roses atas kuali leper tempahan Pn. Siti

Kali ni, saya nak tunjukkan tempahan kuali leper Pn. Siti yang ketiga. Tempahan yang sebelum ni katanya untuk saudara di Kedah, so ini dia punya.. Ada satu lagi yang saya kena siapkan hu hu..




Tuesday, July 27, 2010

FA Signage tempahan Maria dan FA alas buluh tempahan Zuhaida

 Salam semua.. n3 saya kali ni ialah FA signage tempahan Maria untuk rumahnya baru nya..



Ini pula FA alas buluh tempahan Zuhaida untuk digantung di kedai nya.. Ramai yang tanya sama ada alas buluh ini boleh digantung atau tidak. Sebenarnya memang alas buluh ni di gantung dengan menggunakan riben atau tali ( free of charge ) dan utk signage pun saya, memang saya sediakan cangkuk, percuma juga..


Ayu Little Cottage Giveaway




Yeah yeah.. Kali ni Ayu Littlee Cottage pula bermurah hati untuk buat GA sempena birthday Ayu dan Anniversary nya yang ke15.
                                                                  Syarat-syarat GA...
~ LINK kan ler http://ayulittlecottage.blogspot.com/  di blog anda...

  • Kak dah lama link blog Ayu nih.
~ Pastu..TAG kengkawan untuk join GA ini...the more..the merrier!!
   
  •  Ni la beberapa orang kengkawan yang kak boleh tag :
            Irma :   http://iriscottage.blogspot.com/
 
            Shida :  http://mylittlegiftshoppe.blogspot.com/

            Wani :  http://wanidecorativecreations.blogspot.com/

~ Pastu...Leave a comment in this n3...

Tahniah Ayu dan suami. Kak doakan semoga sentiasa dalam kerahmatan Allah dan bahagia hingga ke akhir hayat, Insya Allah..


~ Pastu..Jawab soalan nih dalam comment anda :~

Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?
  • Kalau kak dapat la quilt bag ni, kira sronok gila la ( free kan he he..). Kan ku bawa beg ni ke mana saja especially ke tempat kerja. Nak isi apa? Isi segala alatulis dan buku-buku catatan dan rujukan apabila nak mengajar ke kelas (Kak  Gee kan cikgu he he..)
* Hadiah yang Ayu sediakan menarik sungguh iaitu :
~ Quilt bag (sweet roses) - Idaman ku..

~ 2 pieces my handmade deco plate

~A big Lavender cup n saucer ( including flower on top..so sweet..)

~ 6 triangle doilies ( U can choose the colour)


Begitu la dia GA drp Ayu Liitle Cottage, kalau ada rezeki, mana tau dapat juga kak merasa, TQ Ayu..

Monday, July 26, 2010

Fa roses watering can tempahan Susan

Assalamualaikum kawan2.. Dah hampir 2 hari saya tak sempat nak upload hasil FA saya. Bila dah ter 'sibuk' drp biasa, tak dapat la nak mengadap lap top ni. Kali ni saya nak tunjukkan FA yang saya lukis pada watering can tempahan Susan. Banyak juga barang yang Susan tempah pada saya, terima kasih atas kepercayaan yang diberi pada saya. Saya cuba setakat yang saya boleh la.. Ada dua lagi watering can yang sama, Susan minta saya lukis..
Bahagian depan



Bahagian belakang..

Friday, July 23, 2010

FA tulip pada tin pasu bunga tempahan Susan (make over)

Selamat malam kegkawan.. Hari ni sibuk skit d skolah tapi bila balik ke rumah, dalam penat2 pun laju je mengadap FA ni, nak lepas tension he he.. Pasu tin ni kepunyaan Susan. Dia minta saya make up semula pasu tin ni.. Ni la first time saya lukis tulip. Menjadi tak ya.. Kira jadi la tu he he.. Sebenarnya 'telinga' pasu tu saya cat warna purple tapi bila upload gambarnya, jadi plak warna biru..

Depan..




Kiri dan kanan pasu..

Thursday, July 22, 2010

FA alas buluh tempahan Nisa

Salam kawan2 semua.. Malam tadi dapat juga saya 'mencuri masa' saya menyiapkan tempahan alas buluh Nisa. Cikgu Nisa kata dia nak gantung kat depan bilik guru di makmal (cikgu science le ni he he..) Nisa ni suka sangat warna kombinasi putih pink merah so saya cuba lukis mengikut taste dia la..


   

Ini pula, bekas tisu yg saya upload semalam. Saya dah touch up skit dengan bunga hydranges purple. Harap K.Pah suka, lepas ni boleh varnish dan pos kat tuannya..



Wednesday, July 21, 2010

FA roses bekas kotak tisu tempahan Kak Sharifah (Alor Setar)

Alhamdulillah.. tempahan Kak Sharifah dari Alor Setar yang ketiga dapat saya siapkan malam tadi. Lega sangat2 rasanya. Ini merupakan pertama kali saya lukis ros pada bekas kotak tisu, tak tau la bagaimana respon tuannya.. Bekas tisu ni belum lagi saya varnish sebab nak touch up sikit lagi. Mayb saya nak lukis hydrangeas purple sebagai penambah seri. Saya sengaja tak banyakkan daunnya supaya sweet roses tu menyerlah..



Tuesday, July 20, 2010

FA roses pada rak majalah (make over)

Salam semua.. Malam tadi saya dapat menyiapkan tempahan FA Pn. Siti pada rak majalah. Saya lukis colourful roses pada rak tersebut.
                                     
                                    

Ini rupa rak sebelum di make over..




Monday, July 19, 2010

FA roses pada rak

Assalamualaikum.. Kali ni n3 saya ialah FA roses pada rak yang ditempah oleh Pn. Siti. Actually, ni baru laci nya, FA pada kiri dan kanan rak masih dalam proses. Ni je yang baru siap.. Rasa2 nya ada sedikit penambahbaikan pada bentuk bunga.



Ni pula bukan FA yang saya hasilkan tapi signage ni adalah pemberian Pn. Norana pd saya masa lesson lukis secenery sabtu lepas. Actually signage ni Pn. Norana nak bagi hadiah pd kawannya tapi dia sendiri tak puas hati. Pada saya signage tu ok aje, lastly dia kata since saya suka, dia bagi je pd saya. Thank U Kak Norana..

Saturday, July 17, 2010

FA scenery - Lesson dengan Pn. Norana

Salam semua.. Sebelum saya bercerita tentang FA lessson saya dgn Pn. Norana (pagi tadi), saya nak confirmkan yang signage strawberi yang sy upload semalam ialah FA yang saya lukis. Itu bukan decoupage ya.. Saya pun terlupa nak mention yang design strawberi tu memang saya ambik drp design tisu yang saya beli dengan Afeen. Pn. Norana memberi kebebasan kpd saya untuk lukis apa2 saja design strawberi yang saya suka. So sekali pandang, memang nampak mcm decoupage. Ok la.. berbalik kpd n3 saya hari ni.. Saya berpeluang utk belajar lukis scenery dgn Pn. Norana. Pada mulanya saya ingat lukis scenery ni mudah tapi actually it is quite difficult. Kak Nora kata " U must create a story when u want to draw scenery.." Mula2nya saya tak faham tapi later on baru saya faham. It means that, apabila kita nak lukis scenery, kita kena banyak 'berangan-angan' dan kita realisasikan atas papan yang dilukis tu. Lukis nya mudah tapi nak bagi nampak real, seksa nya.. Tangan pun kena cepat je melakar, bukan dengan pensil tapi dengan berus!

Ini lukisan yang saya hasilkan tapi belum siap sepenuhnya. Nampak amat tidak cantik berbanding drawing Kak Norana di bawah he he.. InsyaAllah dah siap nanti, saya upload.


Kedua2 gambar di bawah, Kak Norana lukis sebagai panduan utk saya. Selesai dia lukis atas scrap book ni, saya akan lukis pulak pd papan mengikut teknik2 yang K. Norana ajar.


Friday, July 16, 2010

FA signage strawberry

Assalamualaikum kengkawan.. Harap semuanya ceria termasuk la saya skali he he.. N3 saya malam ni something new iaitu strawberry signage. Signage ni merupakan birthday present untuk anak dara saya yang dah berumur 10 tahun pada 11 Julai lepas. Happy birthday my dear Aisyah.. Sebelum ni n3 saya yang lepas ada saya ceritakan yang saya belajar lukis strawberi dengan Pn. Norana dan saya dah trace atas papan letak cake. Namun, dek ke 'busy' ian (perkataan baru he he..) semenjak 2 menjak ni, saya hold kan dulu. Last week, saya teruskan lesson strawberry saya atas signage ni dgn Pn. Norana. Untuk makluman semua, Pn. Norana juga ada menjual template cara-cara lukis strawberi ni beserta gambar nya skali. Saya pun dah beli. Tak silap saya harganya RM8, so sapa2 yang berminat contact lan Pn. Norana ya.. Actually, Pn. Norana belum lagi tengok signage yang dah siap ni. Dia dah pesan supaya jangan varnish lagi. Biar dia tengok dulu supaya dia boleh betulkan mana2 yang perlu tapi saya la yang tak sabar upload signage ni hu hu.. My next lesson tomorrow morning is saya request untuk lukis scenery pulak, Insya Allah..


  


   

Thursday, July 15, 2010

FA alas buluh tempahan Ina

Salam semua.. Kali ni saya nak share dengan kengkawan lagi tempahan alas buluh daripada Ina. Actually warna base alas tu saya cat warna krim tapi nampak macam warna original la pulak.. Ada sedikit perubahan dari segi design bunga..




Ini pula tag award daripada eima ( http://eikadhome.blogspot.com/ ) . Dah lama Eima bagi tapi saya tak berkesempatan pulak nak ambik. Walaupun tak sempat menjawab soalan tetapi sesungguhnya saya amat menghargai ingatan drp Eima. Thank U..

GA Jija's Lovely Cottage

                                          GIVE AWAY – JIJA’s LOVELY COTTAGE
1. click button "Follow" di sebelah utk menjadi Followers…

   -  Dah jd follower dah..
2. Link blog  di blog anda.
    - Ni dia link ke blog Kak Jija :  http://jija-craft.blogspot.com/

3. Tag rakan2 anda dlm post tersebut utk join sekali giveaway ini.. ramai pun tak pe hehe..

 Anie - http://rusnani-othman.blogspot.com/

 Ida - http://ainadecoupage.blogspot.com/

Ni je kengkawan yg saya boleh senaraikan, yang lain nampaknya awal2 lagi dah join he he..

 4. Last sekali tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link anda… senang sikit nak keep
track...

- Saya dah tinggal komen ya..

5. Hadiah utk GA ni :

Pertama – Bread Box   

Kedua – Spoon Box

Ketiga – Cutlery Holder

* Best2 nya hadiah2 yang Kak Jija sediakan untuk kengkawan.. Dapat yang mana pun tak pe he he..

Wednesday, July 14, 2010

FA Signage tempahan Kak Sharifah

Alhamdulillah, hari ni saya dapat siapkan satu signage tempahan Kak Sharifah dari Alor Setar. Dah hampir 3 minggu dia tempah, mohon maaf kak.. kena queue he he.. Kak Sharifah order 3 barang drp saya iaitu signage ni, kotak tisu bulat yang saya lukis hydrangeas (ada dlm n3 sebelum ni) dan kotak tisu empat segi bunga ros. Saya akan siapkan kotak tisu 4 segi tu secepat mungkin hu hu... Harap Kak Sharifah suka ya..




Tuesday, July 13, 2010

FA watering can tempahan Su

Assalamualaikum semua.. Malam ini saya nak tunjukkan hasil FA saya pada watering can iaitu tempahan drp Su. Kali ini FA saya agak berbeza drp yag sebelum2 ni dari segi design daun nya ( saya rasa la he he..). Sebelum ni, saya lukis daun yang simple saja tp kali ni saya mempraktikkan cara melukis daun yang saya pelajari drp Pn. Norana and I think it's look a little bit different. Hopefully Su suka ya..

Bahagian depan..


 Bahagian belakang..




Di sini, saya juga nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada customer2 saya yang membuat tempahan dan menghantar barang2 mereka untuk saya lukis. Rasa rasa begitu berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan walaupun saya amat baru dalam bidang FA ini. Ada banyak lagi tempahan yang menanti, harap bersabar.. Saya akan cuba sedaya upaya menyiapkan tempahan tersebut secepat mungkin, Insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...