Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Saturday, July 17, 2010

FA scenery - Lesson dengan Pn. Norana

Salam semua.. Sebelum saya bercerita tentang FA lessson saya dgn Pn. Norana (pagi tadi), saya nak confirmkan yang signage strawberi yang sy upload semalam ialah FA yang saya lukis. Itu bukan decoupage ya.. Saya pun terlupa nak mention yang design strawberi tu memang saya ambik drp design tisu yang saya beli dengan Afeen. Pn. Norana memberi kebebasan kpd saya untuk lukis apa2 saja design strawberi yang saya suka. So sekali pandang, memang nampak mcm decoupage. Ok la.. berbalik kpd n3 saya hari ni.. Saya berpeluang utk belajar lukis scenery dgn Pn. Norana. Pada mulanya saya ingat lukis scenery ni mudah tapi actually it is quite difficult. Kak Nora kata " U must create a story when u want to draw scenery.." Mula2nya saya tak faham tapi later on baru saya faham. It means that, apabila kita nak lukis scenery, kita kena banyak 'berangan-angan' dan kita realisasikan atas papan yang dilukis tu. Lukis nya mudah tapi nak bagi nampak real, seksa nya.. Tangan pun kena cepat je melakar, bukan dengan pensil tapi dengan berus!

Ini lukisan yang saya hasilkan tapi belum siap sepenuhnya. Nampak amat tidak cantik berbanding drawing Kak Norana di bawah he he.. InsyaAllah dah siap nanti, saya upload.


Kedua2 gambar di bawah, Kak Norana lukis sebagai panduan utk saya. Selesai dia lukis atas scrap book ni, saya akan lukis pulak pd papan mengikut teknik2 yang K. Norana ajar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...