Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Friday, July 29, 2011

Folk art roses - hasil painting lesson dgn Pn. Zaitun

Salam Jumaat utk semua.. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.. kejap aje masa berlalu, usia pun makin meningkat hi hi.. Saya mengambil kesempatan di sini utk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan bloggers dan semua customer. Hari ni saya upload hasil painting dgn Puan Zaitun iaitu folk art roses. Saya yang request utk belajar folk art ros ini utk belajar teknik melukis ros dgn menggunakan berus selain angular. Sepatutnya saya kena guna round brush since saya tak ada berus tu, Pn. Zaitun kata guna filbert pun ok.. Pn. Zaitun juga mengajar saya teknik slip slap dan mopping utk effect warna kat bahagian tepi.


Saya suka sangat dgn hasil tulip ni..

Ini pula rolling pin tempahan Amy..

Wednesday, July 27, 2011

Alas buluh gantung strawberries

Selamat pagi kengkawan.. Hari ni saya upload signage buluh gantung kepunyaan Azura. Dia dah tak sabar nak tengok signage ni.. Saya pun teruja nak upload sbb bila customer suka, kita pun seronok.. Painting ni sebenarnya memang depends pada mood kita sebab pada saya, saya akan lukis dengan hati yang seronok, baru la hasilnya pun menyeronokkan..



Ini pula signage hydrangeas yang kawan saya minta lukiskan. Dia kata dah lama tak pegang berus, dah rasa agak kekok.. Signage ni kecik aje saiznya.. wordingnya tuan punya akan tuliskan sendiri..

Tuesday, July 26, 2011

Special signage..

Assalamualaikum wrt.. Kali ni saya upload satu signage yang amat special yang saya rasa skarang dah dibawa terbang ke Egypt hi hi.. Signage ni saya lukis khas utk former lecturer saya iaitu Prof. Dr. Adil Hilal berbangsa Egypt yang saya anggap seperti bapa saya sendiri. Mengimbau kembali memori semasa saya belajar di UIA dan saya bersama lbh krg 15 orang kwn sekelas, merupakan first batch students Kuliyyah of Human Sciences bhg History and Civilization. Kini, selepas 15 tahun, kami bertemu kembali dlm small reunion group (lbh krg 8 org je yg dpt bersama) bersama Dr. Adil yg dtg dari Egypt. Sedih dan terharu kerana Dr. Adil seperti dulu juga masih menasihati kami seperti anaknya sendiri. May God bless him..



Ini pula signage decoupage yang ditempah oleh rakan saya Suzana Safian utk birthday ibunya..

Friday, July 22, 2011

Kendi strawberry

Selamat pagi semua.. Hari ni saya upload cerek atau kendi yang telah dimake over utk Ina. Kendi ni memang tak bertudung dan pada saya rasa sesuai kalau letak jambangan bunga sebagai hiasan.


Ha... ni pulak, tin susu hi hi yang diminta oleh kawan saya, Mimi untuk dilukis. Dia nak buat mcm tanglung (untuk letak lilin) dan digantung di luar rumah sempena Ramadhan ni.

Tuesday, July 19, 2011

Vintage signage..

Salam buat kengkawan.. Hari ni saya upload signage yang lain skit drp biasa.. First time guna colour ni drp jo sonja vintage collection yg saya beli drp Wani http://decorativecottage.blogspot.com/ - ni nak promote kedai kawan2 (satu lagi nak bagi tau yg kedai sifu saya - Pn. Zaitun pun baru buka http://oliveblueshoppe.blogspot.com/). Signage ni merupakan cenderamata saya kepada jiran saya iaitu Mr. dan Mrs. Raj yang akan berpindah ke Sweden Ogos nanti. Mr dan Mrs Raj amat baik hati dan berbudi bahasa walaupun kami berlainan bangsa dan agama (Mr. Raj berbangsa India, wife nya org Sarawak, tak silap saya suku kaum Kadazan)..



First time lukis ros terbalik hi hi..

Monday, July 18, 2011

Fruits again..

Salam petang Isnin buat semua.. Lately saya banyak menerima tempahan fruits drp customer tetap saya, Ana.. Ana sebenarnya banyak menempah drp ramai deco painter yang lain gak seperti Afeen, Salbiah, Letchumi dll.. Maybe koleksi ros dan hydrangeas dah banyak so Ana minat fruits plak hi hi.. So, hari ni saya upload periuk enamel kepunyaan Ana yang dilukis dengan ceri, mulberi, strawberi dan lemon..



Thursday, July 14, 2011

Vase bunga

Salam untuk semua.. Hari ni saya upload vase bunga kepunyaan Ana. Dia minta saya basecoat warna hijau dan kebiasaannya Ana suka warna ros yang terang..

Tuesday, July 12, 2011

Hydrangeas tissue box

Selamat malam semua.. Malam ni saya upload tissue box yang telah dimake over daripada putih kpd warna hitam. Asalnya ditampal decal sahaja, then Ina, tuan punya tissue box ni minta saya lukis hydrangeas. So, macam ni la rupa baru nya..

Monday, July 11, 2011

Periuk..

Salam semua kengkawan.. Dah banyak hari nak upload gambar tapi bertangguh2 la pulak hu hu.. So, hari ni dapat la juga buat n3 buah-buahan ni. Periuk ni Suzana yang punya..



Ni pulak, roses painting lesson dengan Amy.. Dia dah ada basic tapi dah lama tak pegang berus so nak refresh balik skill nya..

Thursday, July 7, 2011

Signage alas buluh gantung

Salam semua .. Hari ni saya upload signage alas buluh gantung berwarna pink tempahan Aya untuk salonnya..

Monday, July 4, 2011

Rak mini..

Selamat malam semua kengkawan.. Malam ni saya upload rak mini saya punya sendiri. Rak kecil ni saiznya 11'' x 4" aje. Boleh letak Americana colour atas rak ni cadangnya..


Ini pula hasil lesson students saya, Kak Saptuyah dan Hasnah.. Diorang dtg utk lesson ke 2 minggu lepas so dpt la saya snap hasil signage diasies yg diorg siapkan di rumah. Lesson ke 2, diorg minta ajar ros tp tak sempat lukis atas papan cuma praktik atas kertas je..

Ini signage Hasnah..

Ini pula signage Kak Saptuyah..

Ini dia tuan punya signage, Kak Saptuyah (kiri) dan Hasnah (kanan)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...