Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Sunday, January 30, 2011

My bird house..

 Salam semua.. Seperti yang saya sebutkan dlm n3 sebelum ni, sy telah mengikuti beberapa lesson dgn Pn. Zaitun utk melukis roses plus hydrangeas pada bird house yg agak besar ni. Dan ini lah dia resultnya selepas 3 sesi kelas dgn Pn. Zaitun. Saya suka melukis dgn menggunakan barang2 yg besar supaya saya mahir dgn teknik yg diajar oleh guru2 saya. Ramai juga bertanya pd saya contact no. Pn. Zaitun dan dgn izinnya saya paparkan di sini nombornya : 017-3144532. So sesiapa yang berminat utk hadir kelas FA dgn Pn. Zaitun, sila lah contact Kak Zaitun ya.. Seperti juga Pn. Norana, Pn. Zaitun amat murah hati utk mencurahkan ilmu FA pd studentsnya. Saya rasa amat bertuah kerana dpt menuntut ilmu dengannya.. Projek saya selepas ini ialah melukis teacups dan lace pada tea/coffee sachet box. InsyaAllah dah siap nanti, saya akan upload..






Wednesday, January 26, 2011

Hadiah istimewa..

 Salam sejahtera buat rakan2 semua.. Sehari dua ni agak sibuk dgn urusan pertukaran saya ke Putrajaya. Alhamdulillah.. akhirnya dpt juga sy bertukar mengajar di Putrajaya setelah hampir setahun lebih berulang-alik mengajar di Kuala Lumpur. Pertukaran saya bermula 1 Februari nanti. So, today n3 saya ni agak special since FA yang saya lukis pd jewellery box ni khas untuk Pengetua saya iaitu Pn. Latifah bt Hj Mahfod yang amat berdedikasi. Saya pun agak berat hati utk meninggalkan SMK Aminuddin Baki tetapi disebabkan jarak yg agak jauh dr rumah saya so sy membuat juga rayuan utk ke Putrajaya. Dua malam sy menghabiskan masa utk menyiapkan kotak ini khas utk beliau. Sy gabungkan empat design iaitu roses, scenery, hydrangeas dan simple lace pada kotak ini.


 Bahagian dalam..

 Bahagian tepi..


Saturday, January 22, 2011

FA hydrangeas bekas tepak sireh dan FA roses kuali

Salam ceria pagi Sabtu buat semua.. Hari ni saya nak share dgn kengkawan dua hasil FA saya iaitu pertamanya, FA hydrangeas pada bekas tepak sireh (make over) kepunyaan Karimah. Bekas tepak ni buatan kayu jati dan permukaannya bercorak (tak rata). Karimah request nak warna hitam. Memandangkan permukaan tak rata so agak susah jugak nak lukis di atasnya. Anyway, I try all my best and this is the outcome.. Saya gunakan teknik yang diajar oleh En. Zahir untuk timbulkan warna daun..



 Ha.. Ini pula tempahan terakhir yang saya siapkan untuk Kak Rohana, Klang. Saya agak susah hati apabila melihat permukaan kuali ini yang mempunyai garisan bulatan di tengahnya. I try all my best untuk 'timbulkan' bunga ros tersebut dan ini la hasilnya. Hope Kak Ana suka..

Wednesday, January 19, 2011

FA roses set sudip dan diari

Assalamualaikum wrt. utk semua rakan bloggers.. Kali ni n3 saya ialah set sudip 5 unit masih lagi tempahan Kak Rohana. Cadangnya nak upload gak kuali yang satu lagi tapi tak sempat nak varnish plak so hold dulu la..


 Ini pula diari rakan saya, Maria yang telah di make up. Bila zoom dekat, krg terang plak daun nya..

Monday, January 17, 2011

FA kuali tempahan Kak Rohana

Salam Isnin untuk semua.. N3 saya kali ni sambungan tempahan Kak Rohana, Klang. Kali ni saya tunjukkan Fa roses plus hydrangeas pada kuali. Asalnya nak lukis roses aje tapi nampak cam kosong je, so nak meriahkan lagi, saya tambah purple hydrangeas skit. Saya dah mula biasakan diri dengan roses teknik baru. Nak kata jadi betul2 mcm yang diajar oleh Pn. Zaitun tak la.. tapi kira tgh praktis la ni.. 


Thursday, January 13, 2011

Fa buluh gantung epal merah tempahan Rohaiza


Salam sejahtera semua.. Saya jarang buat n3 waktu cam ni. Anyway since selepas ni ada hal, terpaksa buka internet awal skit. Dah janji dgn tuan punya signage ni nak upload mlm ni gak.. Ini dia FA epal merah tempahan Rohaiza dr Sabak Bernam. Ini merupakan tempahan kedua Aiza dgn saya. Yang pertama ialah signage papan dua bulan yang lalu kot.. Nama Shamiza tu saya rasa gabungan nama Aiza dan suaminya. Ingat tak FA buluh gantung epal hijau tempahan Harnie? Aiza minta saya tukar kan warna epal tu ke warna merah.



Wednesday, January 12, 2011

FA roses penapis tempahan Kak Rohana, Klang


Salam semua rakan bloggers.. Dah banyak hr tak buat n3, al maklum lah skolah dah buka plus badan kurang sihat. Tempahan FA pun terbengkalai. Saya cuba stakat yang blh utk siapkan tempahan. Nak paksa diri sgt tak blh gak sebab nanti hasil nya tak memuaskan hati.. N3 saya hr ni ialah penapis yang kita guna tapis santan tu, yang tlh dimake up dengan roses he he.. Penapis ni kepunyaan Kak Rohana. Gambar agak krg terang sbb ambik gambar waktu malam, siang tak sempat hu hu..Dia nak semua barang tempahannya base warna krim. Kak Ana pos satu kotak barang dapur iaitu kuali, penapis dan set senduk kayu untuk saya lukis so saya siapkan skit2 la ya kak.. Kali ni bunga ros nya ada kelainan iaitu saya campurkan teknik yg saya blajar drp Pn. Zaitun dgn teknik yg saya dok slalu lukis (ilmu Pn. Norana). Saya belum buat n3 bird house sambungan kelas dgn Pn. Zaitun sbb hydrangeas nya sy belum lukis. Itu kerja rumah yg Pn. Zaitun suruh sy buat..So sy tunjukkan gambar yg paling bwh hasil ros saya yang pertama dgn Pn. Zaitun.


 Bhg belakang, Kak Ana minta sy lukis polka dot..

Ini dia ros sy yg pertama dgn menggunakan teknik dan ilmu Pn. Zaitun..

Friday, January 7, 2011

FA signage tempahan Karimah

Selamat malam kepada semua kengkawan.. Kali ni n3 saya ialah signage tempahan Karimah, rakan guru saya. Asalnya Karimah minta saya lukis pada alas buluh gantung tapi memandangkan dia nak signage yang agak tebal so saya saya suggest papan ini. Karimah memberi kebebasan kepada saya utk design bunganya so saya cuba melukis bunga baru yang saya lukis pada almari dan note book tempoh hari. Risau gak kot2 Karimah tak berkenan tapi alhamdulillah, dia kata "Ok, cantik.." Fuuh.. lega rasanya..



Wednesday, January 5, 2011

Kelas FA dengan Pn. Zaitun

Assalamualaikum wrt.. Kali ni n3 saya ialah kelas saya yang pertama 2 minggu lepas dengan Pn. Zaitun, seorang folk art painter yang terkenal yang juga merupakan kawan Pn. Norana. Blog Pn. Zaitun ialah http://olivefolkart.blogspot.com/ . Sebenarnya rumah Pn. Zaitun tak la jauh sangat dr Putrajaya. Beliau tinggal kat USJ3. Tapi jenuh la gak tersesat ntah ke mana2 masa cari rumahnya tapi nasib baik ada GPS, sampai la juga akhirnya he he.. Saya request untuk lukis roses plus hydrangeas kat bird house yang saiz besar. Dah praktis lukis bunga dan daun atas kertas, baru la lukis atas bird house. Bunga ros dan daun Pn. Zaitun agak berbeza dgn Pn. Norana. Pn. Zaitun juga mengajar saya triple loading colour (dgn angular brush). Sebelum ni saya belajar double loading saja dgn Pn. Norana. Sesi pertama baru dapat lukis daun kat atas rumah ni.. Minggu ni cadangnya nak sambung lagi.Nanti saya tunjukkan hasil yang seterusnya.



Sunday, January 2, 2011

FA signage tempahan Suraya (Seremban) yang kedua


Selamat Tahun Baru buat semua kengkawan.. Semoga tahun ini akan lebih mematangkan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian dalam kehidupan. N3 saya kali ni ialah signage kedua tempahan Suraya dari Seremban. Suraya minta saya lukiskan signage untuk nombor rumahnya. Ada cerita sebenarnya di sebalik signage ni.. Ntah macam mana saya print no 6552 (tak tau la cam ne berkenan dgn no ni he he..). Bila dah nak trace atas papan, terfikir pula saya untuk melihat semula sms tempahan Suraya yang saya simpan dlm handset. Mak oii.. dah tersilap rupanya he he.. So ini la dia rupanya.. Suraya pun dah terima signage ni dan dia kata "Cantik.."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...