Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, August 31, 2010

FA Cake Stand tempahan Mardiah yang kedua

Salam kemerdekaan yang ke 53 buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita akan sentiasa berada dalam suasana harmoni dan aman sentiasa. N3 saya hari ni ialah FA cake stand tempahan Mardiah yang kedua. Design yang saya lukis kali ni berlainan drp design cake stand yang pertama. Yang ini agak simple corak di bahagian kakinya.



Monday, August 30, 2010

FA signage tempahan Lynn, Sepang

Alhamdulillah dapat saya siapkan tempahan signage drp Lynn dari Sepang. Lynn nak signage lebih kurang macam Villa Maria cuma bezanya ros kuning, saya gantikan dengan biru sebab saya rasa warna ros kuning tak menyerlah memandangkan warna base papan ni pun kuning lembut. Harap2 Lynn suka la ya..



Sunday, August 29, 2010

FA signage Bismillah tempahan Syikin

Salam sejahtera kepada semua rakan2 blogger. Malam ni saya nak share dengan kengkawan, FA signage Bismillah tempahan drp Syikin dari Kuala Lumpur. Syikin tempah signage ni sebagai wakil ofis dia untuk dihadiahkan kepada rakannya yang akan bertukar mula 1 September ni. Wording ni saya surf dlm internet dah lama gak. Saya sebenarnya nak hadiahkan signage Bismillah seperti ni kepada suami untuk diletakkan di ofis dia tapi hajat tu tak sampai lagi sebab tempahan yang ada tak habis2 lagi. Ada juga wording Bismillah yang saya dpt drp Ira (Pink Vintage) tapi rasa2 nak kelainan sikit tu yang saya pilih wording ni.






Thursday, August 26, 2010

FA roses alas buluh gantung tempahan Anim

Salam Ramadhan kepada semua kengkawan. Selepas melukis FA atas kuali leper, semalam dapat la saya siapkan pula tempahan terakhir Anim iaitu alas buluh gantung. Lega rasanya apabila dapat menyelesaikan tempahan ni he he.. Warna alas buluh ni masih lagi hijau tua seperti saya punya juga..

Wednesday, August 25, 2010

FA kuali leper tempahan Anim

Alhamdulillah, semalam saya dapat menyiapkan tempahan Anim yang dah lama ditunggu-tunggu iaitu 2 buah kuali leper. Maaf la Anim, kena ikut giliran he he.. Saya rasa kali ni ada sedikit perubahan pada beberapa kuntum bunga, kelopaknya dah bertambah skit.



  

     

   

Monday, August 23, 2010

FA signage tempahan Zaharah (Parit Buntar) dan makeover frame Karimah

Salam semua.. Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Sebenarnya 3,4 hari ni saya sendiri demam agak teruk, hinggakan terpaksa stop kejap projek lukis FA ni. Rasa kesian juga kat customer yang sure nak tempahan mereka kan tapi mohon maaf la ya.. Tambahan pula, anak bongsu saya juga kurang sihat, batuk tanpa henti hinggakan sabtu lepas berbuka, saya bawa dia ke bhg kecemasan berjumpa doktor sebab dia batuk tah berhenti sehingga dah pucat mukanya.. Itu la dia sebahagian daripada ujian yang Tuhan berikan kepada kita yang kita sebagai hamba Nya perlu lalui. Ehh... Berbalik kepada n3 saya hari ni, signage ni tempahan Zaharah drp Parit Buntar. Designnya hampir sama dengan signage Villa Maria, n3 sebelum ni. Harap2 Zaharah suka ya.. Frame gambar di bawah pula adalah makeover kepunyaan Karimah. Warna asal frame ni ialah kaler krim kosong.




Makeover frame..



Thursday, August 19, 2010

FA plastic watering can dan alas buluh gantung

 Salam kengkawan semua.. Hari ni saya n3 kan dua item yang ditempah oleh Susan iaitu FA pada plastic watering can dan alas buluh gantung kepunyaan kawan nya. Actually, lukis pada bahan platik ni agak susah berbanding dengan tin. Saya sealer kan dulu wc ni dan bila dah betul2 kering baru saya lukis. Barulah cat acrylic ni boleh melekat dengan elok. WC ni hampir sama dengan WC Rina yang saya pernah saya upload sebelum ni cuma daun2 yang menjalar tu saya lukis banyak lagi.

Bahagian hadapan..


Bahagian belakang..


Ini pula, alas buluh gantung..




Wednesday, August 18, 2010

FA roses cake stand tempahan Mardiah

Apa khabar rakan2 blogger? Semoga semuanya sihat2 aje dan mendapat kerahmatan Allah di bulan yang penuh keberkatan ini. Semalam tak sempat saya nak n3kan FA saya so hari ni di kesempatan yang ada ni dapat la saya upload FA roses papan alas kek tempahan Mardiah. Mardiah nak full roses, siap dengan daun2 yang menjalar pada kaki papan alas kek ni. So, ini la hasilnya.. Actually ada 3 cake stand yang Mardiah tempah pada saya dan saya kena siapkan dua sebelum raya hu2..






Monday, August 16, 2010

FA alas buluh gantung

 Salam semua.. Kali ni saya nak share dengan kawan2 hasil FA saya pada alas buluh. Alas buluh ni kepunyaan saya sendiri dan sebenarnya dah lama saya base coat tapi tak berkesempatan untuk melukisnya. Alhamdulillah, semalam saya dapat juga menyiapkan alas buluh gantung ini sebagai penyeri 'garden' saya yang luasnya secoet  he he..






Saturday, August 14, 2010

FA kuali leper tempahan Jerina

Assalamualaikum wrt..Salam pagi sabtu untuk kawan2. Dah masuk Ramadhan ni, n3 pun slow skit la. Ya la.. tanggungjawab kita orang pompuan ni banyak, apatah lagi yang bekerja, terkejar sana-sini. So, saya pun termasuk sebahagian drp group tu jugak he he.. Tapi dalam dok sibuk tu, tempahan FA yang dah janji sebelum Raya kena la disiapkan jugak, Insya Allah.. Oh ya.. dah sembang2 ni lupa plak n3 saya pagi ni, FA kuali leper ni merupakan tempahan Jerina. Blognya http://ishaenglishome.blogspot.com/ . Jerina ni pun bisnes gak. Kalau rajin, jenguk lah blog dia. Jerina tempah dua kuali leper ni drp saya. Gambar ni saya snap kat luar rumah jap tadi so nampak berbalam skit sebab kena cahaya matahari.




Thursday, August 12, 2010

FA alas buluh tempahan Puteri

Salam kawan2 semua.. Kali ni saya nak tunjukkan FA atas alas buluh tempahan Puteri  ( http://puteriazanideco.blogspot.com/ ). Harap2 puteri suka ya..



Wednesday, August 11, 2010

Makeover bekas tisu

Salam hari pertama Ramadhan buat kawan-kawan.. Kali ini saya nak share dengan kawan2, FA saya pada bekas tisu yang telah di 'make up' semula. Bekas tisu ini kepunyaan Karimah. Memandangkan bekas tisu ni ada kerawang, saya tak nak lukis bunga yang banyak sangat, takut nampak serabut.. Ada satu lagi bekas tisu seperti ini tetapi berwarna hitam yang Karimah minta saya make up semula.. Sabarrrr ya karimah he he..




Tuesday, August 10, 2010

FA almari hiasan Kak Siti

Salam pengakhir Syaaban buat rakan2 blogger. Esok, InsyaAllah semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.. N3 saya kali ni ialah FA roses almari hiasan kepunyaan Pn. Siti. Sebelum ni saya pernah n3 kan FA roses yang saya lukis pada laci nya dulu. Semalam baru berkesempatan melukis bahagian kirinya, sebelah kanan to be continued he he.. Almari ni tingginya lebih kurang 3 kaki lebih, lebarnya 1 kaki lebih kurang la (tak measure betul2 pun, kira agak je ni).. Harap2 Kak Siti suka la.. Kalau nak tambah apa2, Kak Siti calling2 la ya..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...