Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Friday, November 23, 2012

Decoupage and painting gift..

Assalam kawan2 semua.. Pagi Jumaat yang ceria ni saya nak share bersama kengkawan dua unit signage yang agak istimewa pemberian saya kepada individu yang diingati. Signage pertama ni ialah decoupage plus painting, hadiah utk sahabat saya yg akan berpindah ke rumah baru.. Semoga Mimi dan Zafree suka dgn pemberian saya yg tak seberapa ni..


Ini pula signage utk cucu saudara saya yang akan cukur jambul tak lama lagi..

Wednesday, November 21, 2012

Home Sweet Home Signage

Salam sejahtera buat semua.. Petang ni saya upload signage tempahan Yana dari Puchong. Yana mmg selalu menempah pelbagai signage drp saya. Kali ni, beliau nak warna mild pink.. Thanks a lot Yana bcoz minat dgn hasil art work saya... :-)


Sunday, November 18, 2012

Signage..

Salam buat semua.. I'm back for painting after vacation hi hi.. Today saya upload 2 unit signage. Signage classic cabbage roses ni kepunyaan Noriah dari Kuantan. Saya suka hasil painting kali ni, pada saya mmg nampak klasik, mayb because of shading yg saya buat di keliling bunga tu. Saya tak nafikan painting cabbage roses agak rumit, dua kali ganda susahnya daripada roses biasa..



Ini pula decoupage plus painting cenderahati saya kepada Syarina, anak kpd Pn. Zaharah (rakan saya) sempena perkahwinan beliau..


Friday, November 16, 2012

Family Vacation to Kuching, Sarawak

Dah lama saya tak buat n3 pasal melancong.. Semestinya melancong adalah hobi kedua saya selepas painting hi hi hi... Kali ni saya upload beberapa keping gambar percutian keluarga saya di Kuching, Sarawak pada 10-14 Nov lepas. Agak menyeronokkan bagi anak-anak sbb diorang first time naik kapal terbang. Actually percutian ini merupakan hadiah utk anak ketiga saya (Siti Aisyah Nur) utk keputusan UPSRnya tapi rupa2nya UPSR belum keluar result tapi dia dah terbang ke Kuching ha ha ha... Kami redah merata-rata tempat juga la dgn menggunakan gps. Kami menyewa homestay di area Matang Jaya selama 5 hari 4 malam di sana. Homestaynya agak selesa since rumah tu semi d setingkat 3 bilik yang agak luas. Kami juga menyewa kereta Proton Waja so mmg tak ada masalah pengangkutan. Bab makan, mmg sangat2 berpuas hati.. saya mencuba mee kolok dan laksa sarawak di Laila's Cafe (bawah Laila Inn), seafood di Topspot dan grill steamboat di Anuar BBQ Steamboat Corner. Menyebut psl Topspot Sea food Restaurant, saya sangat2 berpuas hati dgn harga dan masakan di sana especially ketam masak cilinya... wow mmg sedap dan lazat. Rasanya percutian kami dah jadi jalan-jalan cari makan hi hi.. Saya juga sempat bertemu rakan lama semasa si UIA dulu iaitu Cikgu Wan Kamaran dan keluarga. Dia bermurah hati membelanja kami makan di Anuar BBQ Steamboat. Kami juga sempat merasa durian Sarawak sewaktu perjalanan balik dari kaki Gunung Santubong. Harap2 satu masa nanti saya dapat ke sana lagi, insyaAllah..








Tuesday, November 6, 2012

Tempahan lagi..

Salam buat semua.. Kali ni saya upload beberapa tempahan customer. Signage bunga kangkung ni merupakan tempahan Datin Maziah dari Presint 9 Putrajaya. Ini merupakan first time saya lukis design bunga kangkung. Agak mencabar juga hu hu..


Ini pula signage kepunyaan Noriah dari Kuantan.. Ada beberapa barang yang Noriah minta saya lukis termasuk satu lagi signage.. On the way ya Noriah hi hi..

Ini pula dulang makeover kepunyaan Ina..Saya lukis semula design yang lama dan tambahkan shading daun..

Saturday, November 3, 2012

Final Lesson Decoupage & Decopainting Class di Inst. Gerontologi UPM

Salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Petang ni saya upload beberapa keping gambar utk kelas terakhir saya (selama 4 kali) di Institut Gerontologi UPM. Kelas terakhir agak mencabar since saya perlu memastikan students dpt siapkan projek daisies painting dlm masa 2 jam. Tidak dinafikan students menghadapi masalah utk melukis daisy since 'stroke' diorang masih belum mahir. However, I was so proud because they have tried all their best... :-))






Thursday, November 1, 2012

Kelas Decoupage utk Kanak-kanak di Putrajaya


Saya bercadang untuk menganjurkan beberapa siri Kursus Decoupage utk kanak-kanak sepanjang musim cuti sekolah akhir tahun 2012. InsyaAllah, anak-anak akan berasa enjoy apabila mengikuti kelas ini. Bayaran yang dikenakan pun sangat berpatutan. Butiran kelas adalah seperti berikut :

Tarikh : Hari Sabtu (24 Nov, 1 Disember dan 15 Disember 2012)
Masa : 3.00 - 5.30 ptg
Tempat : Kediaman saya di Presint 11, Putrajaya
Umur : 7 - 12 tahun

Sila sms atau call saya 019-4120749 (Gee) utk pertanyaan bayaran. Semua barang disediakan. Anak-anak akan membawa balik hasil decoupage masing-masing. Penyertaan dibuka mulai dari sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...