Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Saturday, September 29, 2012

Decoupage and basic painting course at Institut Gerontologi, UPM

Selamat petang buat semua.. Minggu ni dan minggu dpn rasanya agak busy daripada biasa i have a  lot of things to do hu hu... Today, saya upload beberapa gambar Kursus decoupage dan basic decopainting di Institut Gerontologi, UPM atau lebih tepat lagi University of Third Age (U3A) iaitu khusus untuk warga emas. Actually, saya sebenarnya mmg tak tau adanya universiti utk warga emas sblm ni, until En. Chai Sen Tyng, Pegawai Penyelidik U3A menghubungi saya dan menawarkan saya menjadi instructor utk course ini. Utk kelas pertama ini, students diajar cara-cara membuat decoupage pada papan mdf.




Thursday, September 27, 2012

Roses and scenery painting again..

Salam buat semua.. Kali ni saya upload painting scenery dan roses pada kuali kepunyaan Anna. Saya sangat suka lukis design cam ni hi hi.. Asalnya kuali ni sangat buruk dan berkarat tapi bila dah dimake up, sapa tau rupa asalnya yg buruk.... :-))



Wednesday, September 26, 2012

Roses paintings tempahan Yana, Puchong

Salam sejahtera buat semua.. Malam ni sempat saya online sekejap walaupun kurang sihat dek terkena demam selsema. Alhamdulillah.. rasa ok skit compared to semalam. Kali ni saya upload sepasang roses paintings tempahan Yana, Puchong. Yana nak base pink.. Harap2 Yana suka.. Saya belum lagi letak riben pink sebagai penggantung ni..



Kunjungan ke rumah Kak Jalina Idris, pakar decoupage

Assalam buat kengkawan.. Kali ni saya tak upload barang painting saya tetapi saya nak share dgn kengkawan beberapa hasil decoupage rakan FB iaitu Kak Jalina Idris.. Walaupun sebelum ni hanya bersembang di alam maya tetapi pertama kali bersua rasa mcm dah kenal la hi hi.. Kak Jalina mempunyai koleksi tisu yang sangat banyak, hampir penuh 3 bag besar. Terkejut apabila beliau tunjukkan pada saya koleksi tisu tersebut. Kak Jalina telah memberikan pada saya hampir 30 helai tisu yg beraneka design. Dia juga bermurah hati menghadiahkan saya sebuah buku berkaitan dgn decoupage dan decopainting. Di bawah ni saya upload beberapa gambar hasil decoupage beliau.... Cantik2 semuanya. Saya doakan Kak Jalina selamat pergi dan balik menunaikan haji. InsyaAllah, balik menunaikan haji nanti, saya nak berguru dgn Kak Jalina... :)





Monday, September 17, 2012

Painting on a hand washer and container..

Salam buat semua.. Pagi ni saya upload 2 unit tempahan drp individu yang berlainan.. Hand washer ni tempahan Nani Masniza yang tertangguh agak lama. Bukan disengajakan tapi terlupa sebenarnya. Mohon maaf Nani ya..


Container ni pula kepunyaan Sue Faizal.. ada beberapa item lagi yg dihantar oleh Sue utk saya lukis. Saya lukis pelan2 ya Sue..

Tuesday, September 11, 2012

Pink again..

Selamat malam buat kengkawan.. Dah lama tak online guna laptop especially pada waktu malam. Kebetulan terpaksa online juga sbb nak search something quite important, so sambil2 tu upload skali gambar2 ni. Kettle ni tempahan kawan kpd Anna, customer tetap saya. kawannya nak warna pink cream so begini la hasil make up kettle ni. Asalnya kettle ni memang dah buruk sangat

Sebelah belakang kettle..


Friday, September 7, 2012

Special gift to special person..

Salam sejahtera buat semua.. n3 saya kali ni ialah cenderahati saya kpd dua orang individu yang special iaitu mak mentua dan adik ipar saya. Actually, ini merupakan hadiah sempena Hari Raya yang lps. Saya lukis ni pun dua hari sebelum raya. Walaupun tak la besar cenderahati ni tapi actually saya sebenarnya mmg tak sempat nak lukis signage/barang yg agak besar kerana kesuntukan masa.. Yang penting, ini merupakan pemberian ikhlas saya.. :)

Cermin utk MIL saya.. sebelah satu lagi cermin muka

Ini signage address rumah adik ipar saya..

Wednesday, September 5, 2012

Painting on a cutlery box

Salam sejahtera buat semua.. Kali ni saya upload my painting on cutlery box kepunyaan Amy. Dah lama gak Amy hantar box ni pada saya utk dilukis. Since dia kata tak nak cepat sangat so saya take my own time to think the design. Actually still life painting for me agak susah berbanding dengan painting buah ke, roses ke atau lain2 sbb nak bagi real tu seksa la jugak hu hu.. Any way, saya dah cuba setakat yang boleh.. Dan ini la hasilnya.. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...