Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Saturday, December 31, 2011

Roses signage

Salam buat kengkawan.. Hari ni merupakan penghujung tahun 2011 yang begitu bermakna buat kita semua. Pelbagai peristiwa pahit manis yang telah kita alami. Semoga kedatangan tahun 2012 akan memberikan lebih keberkatan dan kerahmatan Allah S.W.T. terhadap kita, hamba Nya. Berbalik kepada n3 sy hari ni, saya upoad gambar signage tempahan Lailatul Hilalliah yang kedua. Ganbungan 2 warna yg kontras iaitu hitam dan pink menjadikan signage ni nampak 'timbul'..




Ini pula gambar student decoupage iaitu Yuslizah dari Kuala Lumpur..

Thursday, December 29, 2011

Make over frying pan my sister

Salam buat semua.. Alhamdulillah selepas bercuti ke Kedah bersama keluarga utk beberapa hari, kini saya menyambung kembali tempahan kengkawan. Harap2 sangat agar dpt siapkan tempahan on time hu hu.. Hari ni saya upload make over frying pan kepunyaan adik saya, Rohani yang dtg dari Terengganu. Saya lukis design yg hampir sama dgn kuali Kak Maziah.



Ini pula student yg datang jauh dari Miri, Sarawak iaitu Kak Salina. Beliau dtg ke KL bercuti so at the same time, dtg blajar painting.

Monday, December 26, 2011

Hydrangeas tissue box tempahan Eda

Assalam buat semua.. malam ni saya upload tissue box hydrangeas tempahan Eda yang kedua.



Ini pula labu sayung kepunyaan abang saya yang telah di make over.

Wednesday, December 21, 2011

Roses painting on a mirror

Salam sejahtera buat semua kengkawan.. Malam ni saya upload painting saya atas cermin kepunyaan Lailatul Hilalliah. Laila tlh bersusah payah mengepos cermin ni dari Johor utk saya lukis cabbage roses. Million of thanks atas kepercayaan yg Laila berikan pada saya. Saya cuba yang terbaik. Idea painting ni banyak saya tengok dalam blog dan fb seorang oil painting artist iaitu Jo-Anne Colletti yang lebih kepada vintage rose collections. Saya suka sangat hasil painting beliau..



Ini pula tempahan Nathrah utk dihadiahkan kepada bonda nya..

Tuesday, December 20, 2011

Hydrangeas and roses signage

Salam mesra utk kengkawan. Pagi ini saya upload signage kepunyaan Eda Sulaiman dari JB. Eda minta saya lukis signage bunga hydrangeas plus roses skit..


Monday, December 19, 2011

My own signage

Assalam buat semua.. Hari ni saya upload signage Bismillah kepunyaan sendiri. Tak tau la kot2 lepas ni dihadiahkan kepada sesiapa hi hi..


Ini pula door sign (tak ada la pulak tulis open/close)- satu saya hadiahkan kepada Kahariah (penganjur bengkel di Kuantan), satu lagi yg decoupage tu utk kakak saya..

Thursday, December 15, 2011

Makeover kuali Kak Maziah

Salam sejahtera buat semua. Pagi ni saya upload kuali (atau periuk ya..)kepunyaan Kak Maziah yang saya makeover. Sweet pulak nampak bila ada 2 combination colours. Kak Maziah minta saya buat basecoat warna yg agak cerah utk diletakkan di dapurnya yang memang dah cantik :)



Ini pula signage nama anak Mas, yang saya hadiahkan padanya. Mas merupakan my first painting student.

Sunday, December 11, 2011

Bengkel Painting dan Decoupage

Assalam buat semua.. Malam ni saya upload 3 gambar bengkel yang telah dijalankan di Rawang (10 Disember) dan di Kuantan (7 dan 8 Disember). Sememangnya minggu lepas, saya agak kepenatan memandangkan minggu sebelumnya, 3 orang anak saya kena demam denggi. Berterusan pula dengan 3 bengkel dalam masa seminggu.. Alhamdulillah, Tuhan masih memberi saya kekuatan :) Kepada semua peserta merangkap kawan2 FB, terima kasih banyak2 saya ucapkan kerana sudi menyertai bengkel saya. Segala kelemahan dan kekurangan, saya mohon maaf.. Semoga ilmu yang kita share bersama2, dapat dipraktikkan..

Bengkel di Rawang, Kak Sali Decoupage (sebelah saya) pun ada..

Bengkel Painting di Kuantan..

Bengkel Decoupage di Kuantan

Monday, December 5, 2011

Welcome signage

Assalam buat semua.. 2, 3 hari ni hidup saya masih dalam kekalutan dek penangan denggi. Kali ini anak saya yang sulung pula terkena. Susah hati Allah S.W.T sahaja yg tahu sbb risau dia sdg menghadapi exam SPM. Namun kebimbangan saya simpan di hati sbb tak nak anak saya rasa kecewa. Itu pun dia mmg nampak teruk sangat kerana tak larat. Petang tadi selepas exam, suami saya bawa dia ke bhg kecemasan hosp Putrajaya dan dimasukkan 2 botol air. Harapan saya sebagai seorang ibu, semoga anak saya akan kembali sihat :( ..Nak hilang risau dan tension, saya melukis juga hi hi.. So ini dia hasilnya.. Signage 'welcome' ni tak ada sapa2 punya.. Kakak saya minta saya lukiskan beberapa sample signage utk promote kat kawan2 dia, katanya.


Ini kuali kecil kepunyaan Ana..

Ini pula signage Allah, Muhammad tempahan anak sedara saya, Andi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...