Assalam.. Kali ni saya upload sambungan order Pentadbir SABKL atau lbh tepat lagi drp warga guru bahasa SABKL juga hadiah utk Pn, Habibah sempena persaraan beliau.. Saya buat design yg hampir sama dgn cutlery box..
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Talam. Show all posts
Showing posts with label Talam. Show all posts
Monday, May 21, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Dulang kepunyaan Nora..
Friday, April 15, 2011
Deco painting strawberries plus roses
Salam semua.. Malam ni saya nak share dgn kengkawan semua make over dulang/talam lama kepunyaan arwah mak mentua saya atas permintaan adik ipar saya. Of course, dulang ni meninggalkan memori yang tidak ternilai dan disimpan oleh beliau sebagai kenangan. Kalau kengkawan ingat, saya ada melukis gambar scenery dgn En. Zahir pada dulang yg sebelum ni. Juga kepunyaan arwah mak mentua yg adik ipar beri pada saya. Oh ya.. pada keliling dulang ni, saya gunakan teknik sponging since dulang ni agak besar saiznya..
Ha.. ni pulak diary/note book yang saya hadiahkan pada Kak Sharifah (Alor Setar) sebagai tanda ingatan. Hari tu, lupa nak upload skali ngan barang tempahan Kak Pah.
Thursday, December 30, 2010
FA fruits and vegetables tempahan Kak Sharifah
Salam semua rakan2.. Kali ni saya nak share dgn kawan2 hasi; FA yang terbaru saya iaitu FA buah2an dan sayur2an pada dua dulang tembaga yang dah di make over. Asalnya dulang tembaga ni berwarna gold dan memang berat la.. Kak Sharifah (Alor Setar) minta saya make up semula. Jenuh gak pikir design yang sesuai. Since, hari tu saya dah lukis bunga dan scenery untuk Kak Pah so, kali ni saya lukis buah dan sayur plak. Saya suka sangat tengok design dulang buah ni dengan warna rustik di keliling nya..
Ni pulak sayur2an.. First time lukis sayur, nampak separuh jadi, separuh lagi tak berapa menjadi he he..
Ni pulak sayur2an.. First time lukis sayur, nampak separuh jadi, separuh lagi tak berapa menjadi he he..
Capsicum hijau tu nampak macam buah asam gelugur je he he..
Tuesday, October 5, 2010
FA scenery - Leson dengan En. Zahir
Salam buat rakan2 bloggers. Hujung minggu yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri scenery lesson dengan En. Zahir di Amcorp Mall. Dah lama saya mencari masa untuk belajar lukis scenery dgn En. Zahir. Kalau kengkawan masih ingat, sebelum ni saya pernah mengikuti scenery lesson dengan Pn. Norana juga cuma bila dah balik rumah, idea tak ada utk saya menyambung story yang saya lukis dgn Pn. Norana tu.. Saya melukis scenery yang saya belajar dengan En. Zahir pada talam atau dulang kenangan kepunyaan arwah mak mertua saya yang tersimpan di rumahnya di Kuala Kangsar. Talam ni dah berkarat, so seperti biasa la saya cat dulu dengan warna krim keseluruhannya. Belajar lukis scenery dengan En Zahir berbeza darp Pn. Norana dari segi tekniknya iaitu En. Zahir langsung tidak menggunakan sea sponge sama ada untuk basenya atau pun utk daun pokok. Berbeza dgn Pn. Norana yang banyak menggunakan sea sponge. So, ini lah hasilnya..
Masih ingat tak lagi pada gambar yang tak habis ni he he.. Ini la lesson saya dengan Pn. Norana. Apabila saya ikut lesson dengan En. Zahir, dapat la skit idea dan saya gabungkan kedua2 teknik pada sifu2 tu dalam gambar di bawah..
Thursday, September 23, 2010
Make over Talam
Salam semua.. Nampaknya lepas raya ni banyak benar kerja kat skolah. Tambah lagi exam PMR dah hampir, latih tubi semua pelajaran memang bertubi-tubi. So, aktiviti folk art kena la diperlahankan skit. Dalam slow2 tu, semalam dapat la saya menyiapkan projek make over dulang atau talam saya sendiri. Dulang ni saya dah hampir nak buang sebab dah berkarat. Saya beli talam ni di Langkawi lbh krg 8 tahun yang lalu. Tapi nasib baik sebelum buang, saya dah mula mengenal FA ni so bila selongkar brg2 lama dlm kabinet di Ipoh, tgk2 ada la talam ni.. Saya dah cat talam ni semasa bln puasa hr tu tp dek kerana nak habiskan tempahan customer dulu terperap la talam ni.. Tak pe la nak buat cam ne, customer comes first he he..
Subscribe to:
Posts (Atom)