Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, October 5, 2010

FA scenery - Leson dengan En. Zahir

Salam buat rakan2 bloggers. Hujung minggu yang lepas, saya berpeluang untuk menghadiri scenery lesson dengan En. Zahir di Amcorp Mall. Dah lama saya mencari masa untuk belajar lukis scenery dgn En. Zahir. Kalau kengkawan masih ingat, sebelum ni saya pernah mengikuti scenery lesson dengan Pn. Norana juga cuma bila dah balik rumah, idea tak ada utk saya menyambung story yang saya lukis dgn Pn. Norana tu.. Saya melukis scenery yang saya belajar dengan En. Zahir pada talam atau dulang kenangan kepunyaan arwah mak mertua saya yang tersimpan di rumahnya di Kuala Kangsar. Talam ni dah berkarat, so seperti biasa la saya cat dulu dengan warna krim keseluruhannya. Belajar lukis scenery dengan En Zahir berbeza darp Pn. Norana dari segi tekniknya iaitu En. Zahir langsung tidak menggunakan sea sponge sama ada untuk basenya atau pun utk daun pokok. Berbeza dgn Pn. Norana yang banyak menggunakan sea sponge. So, ini lah hasilnya..



Masih ingat tak lagi pada gambar yang tak habis ni he he.. Ini la lesson saya dengan Pn. Norana. Apabila saya ikut lesson dengan En. Zahir, dapat la skit idea dan saya gabungkan kedua2 teknik pada sifu2 tu dalam gambar di bawah..


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...