Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, October 7, 2010

Kunjungan silaturahim rumah customer di Sg. Buloh

Salam semua.. n3 pagi ni bukan pasal tempahan folk art tetapi pasal ziarah ke rumah 2 orang customer iaitu Pn. Siti dan Pn. Susan (Suzana). Pn. Siti telefon saya minggu lepas ajak ke rumah nya. Katanya bukan la open house tapi saja ajak makan2. Buat pengetahuan kengkawan, Pn Siti ni memang pandai memasak especially baking cake ala2 secret recipe (best nya..). So, petang ahad lepas, saya bersama anak2 sampai la juga rumah Pn. Siti (hubby tak dpt ikut, ada kerja tp elok gak boleh berlama2 skit he he..). Wah.. cantik sungguh rumah Pn Siti dengan english deco nya. Terpana saya sekejap bila Pn. Siti kata dia habis bukan ribuan, bukan belasan tetapi puluhan ribu gak utk bertukar ke new english deco utk rumahnya.. Anyway berbaloi la ya Kak Siti.. Di bawa ni saya paparkan gambar2 rumah Pn. Siti dan Pn. Susan. Mereka bukan sahaja menempah dengan saya tetapi ramai lagi pelukis FA yang lain seperti Wani, Ira, Liza (Afeen), Letchumi dan lain-lain. TQ atas undangan Kak Siti.. Berselera sungguh saya dan anak-anak makan bihun sup ala kedah dan kek-kek cheese, coklat, karamel dan bagai-bagai lagi la. Moga2 Pn. Siti dimurahkan rezeki, Insya Allah..

Ini rumah Pn. Siti..
Perasan tak gambar scenery tu? Sehari lepas saya lukis, terus Pn. Siti ambik he he..







 Selepas ke rumah Pn. Siti, saya singgah pula rumah Pn. Susan. Mak ooi.. lagi banyak koleksi folk artnya. Kira Pn. Susan ni peminat tegar folk art nih..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...