Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, May 29, 2012

White roses..

Assalam pembuka bicara.. Petang ni saya upload vase oren kepunyaan Nora yang saya lukis white roses dengan hydrangeas. Actually, ini first time saya lukis white roses dan saya suka  dengan hasilnya. White roses sesuai dilukis dengan background yang agak gelap untuk 'timbulkan' kelopaknya..


Ini pula, kelas decoupage Zura dari Banting..

Saturday, May 26, 2012

Cabbage roses..

Selamat malam buat semua kengkawan.. Malam ni saya upload cabbage roses painting, tempahan kedua Masliza Saad dari Penang. Masliza nak gambar ni secara melintang (sebelum ni saya lukis gambar ni secara menegak papannya)...


Ini pula painting Zura dan Kak Zaiton, students tetap saya hi hi.. Kali ni diorg blajar lukis riben.. Homework kena lukis roses..

Wednesday, May 23, 2012

Teapot hydrangeas..

Salam sejahtera buat semua.. Kali ni saya upload hydrangeas painting pada papan teapot khas saya lukis untuk Cikgu Wan, ibu kpd rakan baik anak sulung saya. Saya sentiasa mengenang jasa baik Cikgu Wan yang membantu saya sewaktu anak saya menghidapi denggi semasa menduduki peperiksaan SPM tahun lepas. Jasamu akan sentiasa dikenang.. :)



Ini pula kelas painting pertama Ida bersama saya..

Monday, May 21, 2012

Tray..

Assalam.. Kali ni saya upload sambungan order Pentadbir SABKL atau lbh tepat lagi drp warga guru bahasa SABKL juga hadiah utk Pn, Habibah sempena persaraan beliau.. Saya buat design yg hampir sama dgn cutlery box.. 




Friday, May 18, 2012

Cutlery box..

Salam Jumaat penghulu segala hari.. Tengahari ni sempat la pulak saya online hi hi.. Kali ni saya upload beberapa keping gambar painting saya atas cutlery box tempahan srp pihak pentadbir SMK Aminuddin Baki, KL utk dihadiahkan kepada Cikgu Habibah yg akan bersara tidak lama lagi.. 



Bahagian dalam saya lukis hydrangeas..

Bahagian bawah depan dan tepi, saya lukis simple lace..

Thursday, May 17, 2012

Souvenirs for Teacher's Day Part 2

Salam sejahtera buat semua.. Hari ni sy upload sambungan souvenirs sempena Hari Guru drp anak2 saya utk guru2 diorg.. Penat la juga melukisnya tapi saya rasa sangat bangga kerana dpt menyumbangkan cenderahati ni buat guru anak2 saya.. selain itu, saya ingin anak2 saya tahu yg saya berharap mrk berusaha utk mencapai yg terbaik spt saya juga berusaha menghadiahkan yg terbaik utk2 guru2 mereka.. :)



Ini pula painting lesson Amelia bersama saya..

Tuesday, May 15, 2012

Teacher's Day souvenirs part 1

Assalam buat semua.. Petang ni saya nak share dgn kengkawan signage dan painting sempena Hari Guru. Jenuh la gak lukis souvenir ni.. Nanti part 2 ada lagi sambungan nya hi hi..


Ini pula painting lesson Kak Zaiton dan Shazura.. Next lesson, lukis lemon ngan strawberi plak..

Monday, May 14, 2012

Kuali oh kuali..

Title n3 ni menggambarkan keluhan hati saya hi hi.. Mana taknya, mula2 tengok kuali ni terkejut sesangat sbb permukaannya dah berlekuk-lekuk. Semasa tuan punya kuali hantar pada saya di dalam plastik, tak perasan langsung rupanya hu hu.. Namun, cabaran tetap diteruskan utk menukarkan rupa kuali yg mungkin mempunyai sentimental value pada tuan punya... :)



Ini pula kelas painting student saya, Rose Diana.. Baru nak mula lukis ros..

Friday, May 11, 2012

Pink roses..

Salam pagi Jumaat buat semua.. Kali ni saya nak share dgn kwn2 dua roses paintings utk customer. Yg pertama, painting kepunyaan Nita dari Kerteh, Terengganu.. Lama gak Nita menunggu. jangan marah ya Nita..


Ini pula signage kepunyaan Nur Syahida.. Sweet pink..

Wednesday, May 9, 2012

Black and green signages..

Salam ceria buat semua.. Petang ni saya upload dua signage - satu tea time signage kepunyaan Amy dan satu lagi signage Assalamualaikum aslanya kepunyaan saya tapi dah dijual pada customer hu hu.. 

Signage ni memang pada asalnya saya buat utk koleksi saya tp bila dah masuk face book, ada pulak yg berkenan. Memandangkan order sangat banyak so saya jual la dulu signage ni utk Raftah.. Yang saya punya bila la pulak nak buat hu hu..

Tuesday, May 8, 2012

Pengukus..

Assalam buat semua.. Pernah tak tengok pengukus bentuk cam ni? Kalau orang Pantai Timur slalunya gunakan pengukus ni utk kukus nasi dagang hi hi.. Kali ni saya dah tukar rupa pengukus ni dengan gambar buah2an. Pengukus ni kepunyaan Datin Maziah, customer tetap saya.. Lama la jugak pengukus ni dok terperap bukannya saya tak nak lukis tapi nak ambik mood lukis epal seksa gak.. Harap2 tuannya suka..


Buah blue berries di bahagian atas..

Bhg tengah strawberries, epal hijau dan lemon..

Bhg bawah buah berries di celah2 daun..


Monday, May 7, 2012

Bakul kayu..

Salam sejahtera buat semua.. Malam ni saya nak share dgn kengkawan painting strawberries plus daisies pada bakul kayu kepunyaan Ina..


Ini pula, painting lesson Shazura dan Kak Zaiton Masram pada 3 Mei yang lps..


Friday, May 4, 2012

Selamat Pagi Malaysia Slot Seni Kreatif di TV1

Salam Jumaat buat semua.. Semoga hari ini dan hari seterusnya kita sentiasa berada dalam keberkatan Yang Maha Esa.. Hari ni saya nak share bersama kengkawan  pengalaman saya ke udara dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) slot Seni Kreatif. Actually saya mendapat jemputan utk slot ini tak sampai 24 jam sebelum saya on air. Pn. Khadijah selaku Penerbit SPM contact saya utk gantikan Puan Norana Ghazali (sifu saya) sbb Pn Norana ada hal so memandangkan Khamis saya free cm petangnya aje ada kelas painting, saya pun terima tawaran dlm teragak-agak la jugak.. Of course last minute preparation mmg agak menyeksakan hu hu.. Saya kena basecoat 3 papan yang sama dan lukis dgn segera 1 design bunga yg dah siap, satu yg separuh siap utk sy sambung demo lukis secara live dan satu papan yg dah dibasecoat tp yg belum dilukis. Of couse saya kena bawa beberapa koleksi brg2 painting saya utk display. Nasib baik pengalaman ada la skit2 semasa sy buat persediaan utk shooting d rmh saya utk slot Kerja Dari Rumah rancangan Apa Kata Wanita (Zamzarina TV1) pada tahun lepas.. Yang pastinya, saya mendapat banyak pengalaman dan sangat berbesar hati dengan jemputan Pn Khadijah. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan kawan2 and a million of thanks to my sifus, Pn. Norana Ghazali, Pn. Zaitun Ramli and Pn. Aniza Khir. Three of u are the best.. :)

Bersama Hani dan Hezri, pengacara SPM..

Ini la dia Pn. Khadijah, penerbit SPM bersama pengacara SPM, Hezri..

Ini dia hasil painting utk SPM yg saya hadiahkan pada Pn. Khadijah..

Wednesday, May 2, 2012

Blue signages..

Salam ceria buat semua.. Pagi2 ni saya nak share dengan kawan2 dua signage biru, satu painting bismillah untuk sahabat saya, Anis merangkap jiran sebelah rumah hi hi.. Hari tu Anis ada memberi souvenir silver plated tempat letak tisu pada saya.. so nice.. Actually, Anis ni ialah isteri Ustaz Erfino Johari, seorang penceramah agama. Seronok dengar pengisian yg diberikan oleh Ustaz Erfino dalam slot motivasi pagi Radio Ikim bulan lepas. 

Signage kedua ni ialah decoupage yang dibuat oleh anak saya, Siti Aisyah nur utk dihadiahkan kepada adik rakannya yang baru lahir.. Saya tolong bantu utk lukiskan wording nama baby...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...