Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, December 30, 2010

FA fruits and vegetables tempahan Kak Sharifah

Salam semua rakan2.. Kali ni saya nak share dgn kawan2 hasi; FA yang terbaru saya iaitu FA buah2an dan sayur2an pada dua dulang tembaga yang dah di make over. Asalnya dulang tembaga ni berwarna gold dan memang berat la.. Kak Sharifah (Alor Setar) minta saya make up semula. Jenuh gak pikir design yang sesuai. Since, hari tu saya dah lukis bunga dan scenery untuk Kak Pah so, kali ni saya lukis buah dan sayur plak. Saya suka sangat tengok design dulang buah ni dengan warna rustik di keliling nya..




Ni pulak sayur2an.. First time lukis sayur, nampak separuh jadi, separuh lagi tak berapa menjadi he he..

 Capsicum hijau tu nampak macam buah asam gelugur je he he..


Monday, December 27, 2010

FA signage tempahan Suraya (Seremban)

Assalamualaikum wrt.. Semoga semua rakan berada dalam kerahmatanNya. Malam ni n3 saya ialah FA signage tempahan Suraya dari Seremban. Suraya nak signage yang colourful roses dengan warna latar soft yellow. Saya warnakan wording dengan warna coklat gelap. Saja nak kelainan dengan warna rustik skit2 kat tepi board. Saya juga melukis sedikit kelainan pada rosebud, nampak menjalar. Rasa2nya ok la jugak, tak de la design yang sama aje kan..





Ini pula signage mini (saiz kecil) yang saya hadiahkan kepada kawan anak saya (anak jiran juga) sempena birthday nya yang ke 5. Wordingnya saya tulis sendiri, tak sempat nak print dan trace. Nampak agak buruk tapi saya suka he he..

Thursday, December 23, 2010

First trial...

Salam semua.. Hari ni saya upload FA roses yang saya lukis pada almari di homestay saya di Meru Hills, Ipoh. Saya balik ke Ipoh dari Jumaat sampai Selasa lepas, since suami outstation di sana. So, bawa balik skit cat2 acrylic utk diconteng di sana he he.. dan hasilnya ini la dia 'contengan' saya pada almari di sana. Menggeleng2 kepala suami saya melihat gelagat saya melukis pada almari ni. Maklumla first time lukis kat almari, kalau kat papan, boleh la pusing2kan papan tu nak lukis bunga tapi kalau kat almari, kita la yang kena berpusing2 ha ha.. Oh ya.. Ini first time saya mencuba utk perbanyakkan petals bunga dan daun2nya pun berlenggang lenggok gak. Nasib baik suami kata "Not bad.."





Ini pulak dua buah buku nota yang saya beli sale di Jaya Jusco Ipoh. Dapat 70% diskaun he he.. So rembat la dua buah, satu untuk saya dan satu lagi untu anak dara saya.. Saja nak praktis lukis bunga baru.



Sunday, December 19, 2010

FA Allah, Muhammad tempahan Sue (Perak)

Salam hari minggu untuk semua kengkawan.. Semenjak dua menjak ni, n3 saya banyak pink color signage la pulak.. Tapi dah customer berkenan colour ni, saya lukis aje. Actually saya pun berkenan jugak pink colour ni, anak saya pun dah bertanya bila la saya nak lukis signage pink colour ni untuk hiasan rumah sendiri. My answer is "Nanti la dulu, orang punya pun tak siap2.." So sabar la (ni pujuk diri sendiri ni he he..). Ok la.. berbalik pada FA kali ni, masih lagi FA Allah, Muhammad berwarna pink plus putih cuma bezanya bentuk empat segi. Ini merupakan tempahan drp Sue (Gerik, Perak). Harap2 Sue suka la ya..



Thursday, December 16, 2010

FA Allah, Muhammad tempahan Farhana (Puchong)

Assalamualaikum wrt buat semua... Malam ni n3 saya ialah FA Allah dan Muhammad tempahan drp Farhana. Farhana minta saya lukis FA ni pada papan scallop sepasang. Ini la first time saya lukis FA Allah, Muhammad pada papan scallop. Sebelum ni customer tempah yang papan bentuk segiempat aje.. Actually papan ni saiz nya agak besar drp papan scallop yang saya biasa lukis. Since papan scallop yang sebelum ni dah out of stock, so saya lukis pada papan ini selepas persetujuan Farhana. Wording ni pulak saya minta pada Ira (Pink Vintage) thru email since wording lama dah hilang (sedihnya..) Anyway, terima kasih byk2 Ira. Jasamu dikenang..





Sunday, December 12, 2010

FA scenery periuk pengukus tempahan K. Sharifah (Alor Setar)

Salam petang Ahad buat rakan bloggers semua.. Petang ni sy upload gambar FA scenery pada periuk pengukus tempahan drp sahabat lama saya, Kak Sharifah dari Alor Setar. Saya terhutang budi pada Kak Sharifah kerana beliau banyak membantu saya memberikan informasi dan pamphlet berkaitan dengan London sebelum saya ke sana tempoh hari. Malah, dia lah yang mencadangkan saya ke sana kerana sebenarnya plan awal saya adalah untuk ke Australia atau New Zealand. Thank you kak Pah.. Berbalik kepada FA scenery ni.. Kak Pah kata dia berkenan dengan FA scenery yang saya lukis pada dulang sblm ni so, saya pun suggest pada dia utk lukis scenery pada periuk pengukus ni.

Scenery bahagian depan..

Bahagian belakang..

Bahagian tepi..

Bahagian atas ni saya lukis sedikit hydrangeas spy tak nampak kosong sangat..

Friday, December 10, 2010

FA signage dan rolling pin tempahan Nisa, Kajang

 Alhamdulillah, pagi tadi saya dapat menyiapkan dua tempahan daripada Nisa, Kajang.  Nisa minta saya lukis FA roses pada signage dan rolling pin yang dia poskan pada saya. Walaupun, Nisa tinggal di Kajang yang bersebelahan Putrajaya tetapi Nisa tak berkesempatan nak hantar sendiri brg2 tu so dia pos aje pada saya pada bulan lepas.Kebiasaannya saya menggunakan papan saya sendiri tetapi atas kehendak Nisa nak gunakan papan sendiri so no problem..Saya belum pos lagi pada Nisa brg2 ni, mayb esok la.. Suka tak Nisa?


Nisa nak signage warna krim dan bunga ros yang agak penuh..



Rolling pin ni pula Nisa nak warna pink. Dia siap pesan nak letak riben lagi. So ini la rupa nya..



Wednesday, December 8, 2010

FA Kotak tisu bulat dan buluh gantung


Apa kabar semua rakan2 bloggers.. Hari ni saya nak tunjukkan dua hasil FA saya iaitu pertamanya FA hydrangeas pada kotak tisu bulat. Kotak tisu ni saya cadang nak hadiahkan kepada isteri rakan suami saya tapi cenderahati ni masih ada lagi dgn saya, tak berkesempatan lagi nak bagi. Kepada kengkawan yang berminat nak menempah atau membeli kotak tisu seperti ini, harganya ialah RM35 skali dengan poslaju. Saya ada 3 unit aje kotak tisu ni. Sapa yang cepat tempah, dia la yg dapat he he..



 
Ha.. ini pula buluh gantung hadiah kepada Kak Ani, kakak ipar saya di Dungun, Terengganu. Dia suka sangat dengan hasil FA saya dan kdg2 ada kelapangan, akan membuka blog saya. TQ Kak Ani. Walaupun jarang2 berjumpa tapi engkau tetap di hatiku..



Saturday, December 4, 2010

FA signage tempahan Harnie (N.Sembilan)

Dah habis cerita pasal London, balik la semula ke FA he he.. Signage ini adalah tempahan Harnie utk diletakkan di bilik tidur anaknya. Actually, saya dah siapkan signage ini sehari sebelum ke London cuma tak sempat nak upload.. Ada sikit kelainan dari segi background nya. Nampak macam kehijauan dedaun di sekeliling singnage. Harap2 Harnie suka la ya..




Percutian di London 26 Nov - 3 Dis 2010


Assalamualaikum wrt. buat semua kengkawan. Dah seminggu tak buat n3 macam dah sebulan he he.. Kali ni n3 saya lain dari yang lain sbb saya nak share dgn kengkawan gambar2 percutian saya d london bersama suami. Walaupun cuma seminggu sebab nak tinggal anak lama2 kesian gak he he.., namun amat menyeronok kan. Kami redah semua tempat2 yang boleh dilawati, utara, timur, barat dan selatan london. Memang puas hati.. Nasib baik 3 hari pertama kami sampai salji belum turun so kami dapat ambil gambar sebelum dan selepas salji turun. Tahun ni awal skit salji turun berbanding tahun2 sebelumnya, suhu pun 0 degree ke -5 degree. Baju yang saya pakai pun 3 lapis. Badan yang dah tembam lagi la nampak bulat ha ha..

Ini gambar hadapan hotel kami duduk, Berjaya Eden Park (Malaysia company punya hotel)


Sesampai kami d hotel, terus kami pergi ke Malaysia Hall (sebelah jalan je drp hotel kami), terus bersarapan nasi lemak. Sepinggan nasi harganya 6 pound (RM30). Pastu, kami terus ke flea market di Porto Bello tak jauh dr hotel kami iaitu dalam 1.5 km je. Walaupun tak pernah ke sana tp kami redah aje.. Banyaknya barang2 antik dijual di sini. Adalah juga dijual cawan2 antik macam di bawah ni.. Penat juga berjalan d Portobello ni, pasarnya sepanjang jalan dalam 2 km gak..




Sambil2 tu sempat pegi ke kedai art. Saya beli 2 tiub cat (besar la juga) dan berus dawley rowney, semua nya 17  pound. Ini la kedainya..


The next day, kami ke Bicester Village tempat2 jual barang2 berjenama mcm Polo, Clarks dll. Ada lbh kurang 130 unit kedai di perkampungan ni. Jauh gak dari central london. Kami naik train dlm 1 jam 30 min. Dlm perjalanan ke sana, cantik sungguh pemandangan kampung yg kami lihat. Teringat la masa blajar lukis scenery dgn En. Zahir he he..


Tempat2 lain yg kami lawati seperti Istana Kensington (depan hotel kami je), Big Ben, Trafalgar square, london eye, harrods dll..







Semasa di Oxford Street, kami ada la terjumpa satu kedai perfume tgh buat sale.. Mak oii murah gila harganya. Saya beli satu botol lady perfume dgn harga 20 pound (jenama carrie) dpt 4 botol free (jenama posh, lady gaga, kenzo dan satu lg dah lupa). Husband pun beli satu man's perfume, dpt free 4 btl gak. Puas hati sungguh! Ini la dia kedainya..


Ini pulak gambar kami di Hyde Park (di dalam taman ni ada Kensington Palace) waktu salji dah turun..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...