Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Wednesday, November 24, 2010

Fa buluh gantung strawberi dan epal hijau

Salam buat semua.. Hari ni n3 saya ialah FA dua unit buluh gantung. Yang pertama merupakan FA strawberi tempahan Jida. Dia nak macam tempahan Kak Maja tapi saya modify skit dari segi design. Tulisan pun berlainan skit walaupun wording nya sama..




Ini pula FA epal hijau tempahan Harnie (Negeri Sembilan). Dia nak gantikan design strawberi dengan epal hijau since dapurnya bertemakan warna hijau. Wording pun dia minta tukar skit perkataan 'Mummy'. Ini la first time saya lukis epal hijau. Agak2 jadi ke rupa epal hijau ni yek? Sebelum ni saya cuma belajar lukis epal merah aje dgn Pn. Norana.. Harap2 Harnie suka la ya.. Oh ya.. Untuk makluman kengkawan dan customer, dalam seminggu dua ni saya tak akan buat n3 since saya akan bercuti ke London sehingga 3hb Disember. Ni nak sambut anniversary ke 17 kat sana ha ha.. So sekiranya ada pertanyaan tempahan melalui sms atau email, saya akan reply selepas 3 Disember. Until then, sayonara..



Monday, November 22, 2010

FA signage tempahan Jida

Assalamualaikum buat semua rakan bloggers. Malam ni saya ingin berkongsi dengan kengkawan n3 signage tempahan Jida dari Putra Perdana. Jida nak design lebih kurang sama dengan signage Welcome pada blog saya. Saya warnakan basenya dengan mild pink dan saya tambahkan small white polkadot untuk kelainan. Signage ini saya baru siapkan petang tadi dan Jida baru saja datang ke rumah saya mengambilnya tadi. Alhamdulillah,  Jida berpuas hati dengan signage ni..





Friday, November 19, 2010

FA cermin (make over) kepunyaan Nisa

Selamat malam semua kengkawan.. Sronoknya rasa hari ni dah selesaikan semua urusan d skolah. Lega sungguh bila dah mula cuti ni he he.. Walaupun hati saya agak kecewa kerana permohonan tukar saya ke Putrajaya tak dapat tapi tak pe lah.. tak de rezeki lagi la tu (memujuk hati sendiri he he..) Ok la.. n3 saya malam ni ialah makeover cermin matahari kepunyaan Khairunnisa. Asalnya cermin ni berwarna coklat. Nisa nak warna mild pink so saya spray cat putih plus pink skit2. Dia pun nak bunga kecil2 je so saya lukis ros yang agak keci saiznyal..



Sunday, November 14, 2010

FA bekas tin dan bekas kayu

Selamat malam semua rakan bloggers. Dah banyak hari tak buat n3.. Minggu ni kena pegi kursus pulak Sabtu dan Ahad di Selesa Hillhomes Bukit Tinggi. Dah hampir nak cuti, makin banyak la pulak aktiviti kat skolah. Tak pe la, buat stakat yang mampu kan.. Berbalik kpd n3 saya malam ni, ada dua barang yang di make over. Pertama, bekas tin yang saya lukis hdrangeas. Gelap skit gambar ni sbb snap di luar waktu malam. Tin ni sebenarnya tin perencah tom yam yang saya ambik di kantin skolah he he.. Saya berkenan kat tin ni sebab ada tangkai pemegang so dapat la percuma 2 biji tin drp Kak Nor, tauke kantin. Ini sebagai kenang-kenangan since next year, tauke kantin nya orang lain plak. So, saya letakkan tin ni sebagai hiasan almari  di luar rumah saya.



 
Ini pula bekas kayu hiasan yang saya make over untuk kawan saya, Jill. Skali pandang macam bekas seramik selepas bertukar wajah tapi sebenarnya ini adalah bekas kayu berukir..
 
   

    

Ini rupa wajah asal bekas kayu ni, dah buruk sangat..
     

Wednesday, November 10, 2010

FA buluh gantung tempahan Lina dan Fairuz

Salam kengkawan.. Hari ni n3 saya ialah dua unit buluh gantung tempahan drp 2 orang individu berlainan iaitu satunya drp kawan saya di Ipoh iaitu Lina. Dah lama jugak saya lukis buluh gantung ni tapi saya terlupa nak buat n3 psl ni. Sorry ya Lina..



Ini pula tempahan drp anak saudara saya iaitu Fairuz. Dia pun dah mula nak mendeko rumahnya ala2 Inggeris. Skarang ni dok sibuk blajar buat decoupage. Lepas ni agaknya continue dgn lukis folk art pulak. Sapa lagi cikgunya, kalau tak saya he he.. Oh ya, saya lukis buluh ni lebih kurang sama dengan buluh gantung yang saya hadiahkan pada abang saya masa bulan Puasa hari tu.



Monday, November 8, 2010

FA Bismillah hadiah birthday hubby

Salam ceria di pagi Isnin hu hu.. Walaupun letih balik kampung belum hilang tapi kerja tetap kerja.. Rasa2nya dah banyak hari  gak tak buat n3 sebab sibuk sesangat dengan kenduri anak saudara di Kuantan hari Sabtu lepas. Tanpa dirancang, tiba2 je kena hiaskan bilik pengantin, pelamin (simple je untuk bergambar), tempat makan pengantin dan paling bestnya kena jadi tukang masak lauk pengantin, siap dengan hiasan skali he he.. Sabtu petang pulak bergegas ke Terengganu pulak sebab Ahad pagi, hubby ada court case plak kat sana. Last2 sampai ke Putrajaya pukul 11 malam tadi. Penat tapi puas hati kerana dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan tenaga saya untuk kenduri anak kakak saya tuh. Oh ya..Berbalik n3 saya hari ni.. Ini la dia signage sebagai hadiah birthday utk hubby saya. Nak tau date nya bila.. 25 Julai yang lepas ha ha.. baru dapat siap singnage ni minggu lepas. Tak pe la, janji siap..
 


Wednesday, November 3, 2010

FA signage Welcome dan FA Allah,Muhammad

Salam semua... Lega rasanya hari ni apabila dapat bercuti he he.. Skolah saya dah mula bercuti bermula hari ini sempena Deepavali. Dah rasa exhausted sangat apabila dua kali Sabtu kena ke skolah.. Berbalik ke n3 hari ni, saya upload 2 signage iaitu satu nya signage welcome yang saya hadiahkan kepada rakan guru sempena pertukaran hadiah jamuan akhir tahun. Tak tahu la sapa yang dapat..



Ini pula signage Allah,Muhammad tempahan Farah yang tertangguh dek kehilangan master copy wording nya. Saya cuba juga buat yang hampir sama saiz wordingnya seperti yang dah hilang tu. Saya harap Farah suka..



Monday, November 1, 2010

FA Bismillah dan frame cermin tempahan Farah

Assalamualaikum wrt buat semua rakan blogger. Lega sangat bila dah habis Program Hari Graduasi di skolah.. Tapi ini bukan bermakna dah boleh relax.. Rutin mengajar terus berjalan, exam students pun baru nak mula hu hu.. Hari ni saya nak share dengan kengkawan FA signage Bismillah dan frame cermin tempahan Farah dari Bukit Jalil (tak jauh la dari Putrajaya). Mula2 Farah nak tempah FA Bismillah dan Allah,Muhammad aje. Next weeknya, dia hantar pulak 2 pasang frame yang dah bercermin. Sayangnya, saya tak dapat nak siapkan signage Allah,Muhammad memandangkan mastercopy kertas surih wording Allah,Muhammad dah hilang. Penatnya saya mencari. Finally, saya agak maid saya dah 'terambik' dan 'terbuang' dalam tong sampah. Sedihnya..Kena buat baru pulak. Of course, penat kena cari dlm internet dan resize balik, trace balik.. Saya harap minggu ni saya akan settlekan tempahan Farah, InsyaAllah..



 Ini asalnya frame cermin yang belum dicat..

Sepasang saya cat putih pink bunga maroon..


 


Sepasang lagi warna putih bunga pink..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...