Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Monday, November 1, 2010

FA Bismillah dan frame cermin tempahan Farah

Assalamualaikum wrt buat semua rakan blogger. Lega sangat bila dah habis Program Hari Graduasi di skolah.. Tapi ini bukan bermakna dah boleh relax.. Rutin mengajar terus berjalan, exam students pun baru nak mula hu hu.. Hari ni saya nak share dengan kengkawan FA signage Bismillah dan frame cermin tempahan Farah dari Bukit Jalil (tak jauh la dari Putrajaya). Mula2 Farah nak tempah FA Bismillah dan Allah,Muhammad aje. Next weeknya, dia hantar pulak 2 pasang frame yang dah bercermin. Sayangnya, saya tak dapat nak siapkan signage Allah,Muhammad memandangkan mastercopy kertas surih wording Allah,Muhammad dah hilang. Penatnya saya mencari. Finally, saya agak maid saya dah 'terambik' dan 'terbuang' dalam tong sampah. Sedihnya..Kena buat baru pulak. Of course, penat kena cari dlm internet dan resize balik, trace balik.. Saya harap minggu ni saya akan settlekan tempahan Farah, InsyaAllah..



 Ini asalnya frame cermin yang belum dicat..

Sepasang saya cat putih pink bunga maroon..


 


Sepasang lagi warna putih bunga pink..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...