Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Wednesday, June 30, 2010

FA signage tempahan Wati

Selamat malam kengkawan.. Tadi saya baru saja menyiapkan signage tempahan Wati yang kedua untuk puteri kesayangan nya. Asalnya saya nak lukis bunga kaler maroon je tapi saya cuba variasi kan kaler yang hampir sama iaitu gabungan warna merah, pink dan maroon . Oh ya.. n3 saya sebelum ni yang tempahan periuk pengukus tu bukan  tempahan Pn Norana ya.. takut2 silap faham. Itu Pn. Nora customer saya bukan sifu saya he he..



Tuesday, June 29, 2010

FA periuk pengukus tempahan Pn. Nora

Kali ni saya nak tunjukkan FA yang saya lukis pada periuk pengukus. Teruja sungguh saya untuk melukis FA pada periuk ini yang dibawa oleh Pn. Nora pada saya. Tak tau la kenapa saya suka sangat.. may b kerana dapat mencuba sesuatu yang baru. Pn. Nora minta saya lukis full flowers dari atas periuk turun sampai ke bawah dan biasa la semenjak dua menjak ni roses saya dah colourful he he.. Ini la rupa nya sebelum di varnish. Harap2 Pn. Nora suka ye..






Monday, June 28, 2010

FA kuali leper Pn. Siti yang kedua

Hari ni, saya dah dapat siapkan kuali leper tempahan Pn Siti yang kedua. Kali ni dia minta 3 sahaja utk bunga warna ros iaitu purple (dlm gambar ni nampak mcm warna biru), merah dan pink tua. Kelililing kuali saya cat warna merah supaya nampak agak 'timbul'. Base coat nya pulak warna mild yellow (dlm gambar tak brape nampak). Lepas ni, dua kuali lagi Pn. Siti request spy lukis hydrangeas, sabar ye puan he he..


Signage tempahan Suzana

N3 saya pada kali ini ialah signage Assalamualaikum tempahan Suzana. Selalunya base kaler saya buat warna putih ngan pink aje utk signage tp kali ni warnanya hijau lembut (mcm signage Allah dan Muhammad). Actually, mild green is my  one of my favourite colour he he..



Ni pula saya nak tunjukkan barang-barang tempahan daripada sifu saya iaitu Pn Norana yang saya baru ambik pagi tadi. Barang-barang ini adalah hadiah sempena persaraan Penolong Kanan HEM sekolah saya tapi maaf lah kurang terang sikit gambarnya.. Hadiah ditempah mengikut Bidang iaitu Bahasa, Sains Kemanusiaan, Sains dan Matematik, dan satu lagi Teknik dan Vokasional. Saya ni menjadi wakil membuat tempahan aje he he.. Harga kesemuanya  lebih RM600 tapi berbaloi la sebab hasil 'tangan' Pn. Norana memang halus dan cantik. Saya pun terpegun apabila melihatnya..

Saturday, June 26, 2010

FA di atas kuali leper tempahan Anna

 Salam semua.. Tadi saya baru menyiapkan tempahan FA atas kuali leper kepunyaan Anna. Sekali pandang, rupanya sama spt FA kuali leper kepunyaan Pn. Siti tetapi sebenarnya saiz ni agak kecil. So, nampak ruang nya penuh dan saya lukis lebih banyak daun supaya nampak agak rimbun.. Ni saya belum varnish lagi.



Buku FA beli drp En. Zahir

 Selamat petang.. Kali ni saya nak share dgn kawan2 dua buku yang baru saya beli drp En. Zahir di dlm blognya. Harganya pun tak mahal iaitu RM50 sebuah termasuk harga pos. Buku 'Decorative Furniture' oleh Donna Dewberry amat menarik. Pelbagai design bunga terdapat di dlm buku ni. Tak semestinya design tu untuk dilukis pada perabot aje.. Kita boleh juga lukis pd barang-barang lain..




Dan ini pula buku yang bertajuk 'Lush and lively Flowers' drp Sharon Hamilton. Saya beli buku ni sebab nak belajar lukis tulip he he..Nanti tak tau la jadi ke tidak, belum cuba belum tau kan..




Thursday, June 24, 2010

FA bekas tin tempahan Rina

Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tempahan Fa bekas tin kepunyaan Rina. Actually, hari ni saya memang tak plan nak melukis pun since petang tadi ada mesyuarat d sekolah dan balik rumah pun dah pukul 5.30 ptg. Tapi, lepas maghrib tadi rasa 'gatal' pulak tangan ni nak memegang berus. Jadi, dapat le saya siapkan tempahan ni. Anyway, ada beberapa lagi bekas tin yang belum saya siapkan. Slow2 la saya siapkan ya.. Saya lukis bunga di bahagian depan dan juga belakang bekas tin ni..

Bahagian depan..


Bahagian belakang..

Wednesday, June 23, 2010

FA alas buluh tempahan drp Anna

Selamat malam semua.. skarang ni waktu malam je yang sempat upload dan mengadap komputer. Dan semenjak dua menjak ni, FA saya dah colourful la pulak.. Yang saya upload kali adalah tempahan drp Anna. Ros yang warna kelabu tu sebenarnya warna purple tapi bila snap gambar, macam tu pulak kaler nya.. 



Tuesday, June 22, 2010

FA ros atas kuali leper tempahan Pn. Siti

Salam semua.. Dalam dok sibuk dengan kerja d sekolah, almaklumlah baru habis cuti kan, dapat juga saya menyiapkan tempahan drp Puan Siti atas kuali leper ni. Kuali ini dibawa oleh Pn. Siti sendiri ke rumah saya dan jumlahnya bukan satu tetapi empat! Dan pada mulanya saya agak terkejut gak sebab saya pun ada satu kuali macam ni untuk goreng burger kat dapur. Tak terpikir pulak saya utk lukis FA atas kuali ni sebab kuali ni agak berat he he.. Ini juga kali pertama saya buat teknik rustik kat tepi kuali tu.. Thanks pada Ira tolong bagi tips camne nak lukis.. walaupun nampak senang tapi pada mulanya saya tak berapa confident gak nak 'conteng' kat tepi tu takut nampak 'sememeh' sangat. Harap Pn. Siti suka dan kuali2 yg lain tu, sabar dulu ya, saya cuba sedaya upaya siapkannya secepat mungkin..




Monday, June 21, 2010

FA hydrangeas bekas tisu bulat

Salam kawan2.. Hari ni saya dapat menyiapkan FA hydrangeas bekas tisu bulat. Dalam dok siap tempahan orang, sendiri punya pun kena buat juga he he.. Saya sebenarnya tak nak lupa dengan ilmu yang saya belajar ngan Kak Norana lukis bunga hydrangeas ni so saya 'paksa' juga diri saya untuk lukis pada bekas tisu ni walaupun pada mulanya saya cadang nak lukis ros. Sesiapa yang berminat dengan hydrangeas saya yang tak seberapa ni, boleh sms untuk tempahan dan harga..



Sunday, June 20, 2010

FA atas alas meja buluh

N3 saya malam ni ialah FA alas meja buluh tempahan drp Puan Rina. Saya rasa dalam semua design yang saya lukis, design ni yang paling saya suka. Walaupun alas buluh ni harganya tak sampai RM5 tapi hasil nya amat menggembirakan hati saya. Sebenarnya hari ini saya agak sibuk 'merayau' ke Nilai 3, drive sendiri pergi dengan anak-anak (hubby tak ada skarang, pegi umrah) mencari cadar, selimut dan tuala untuk kelengkapan rumah saya d Ipoh untuk dijadikan homestay. Dan lepas maghrib tadi baru dapat pegang berus, idea pun datang tiba-tiba je.. At last, this is the outcome..





Dan ini pula signage nama, kecil aje saiznya iaitu 3.5" x 9". Ini bukan tempahan tetapi "as a token of appreciation" kepada rakan saya, Rosmawati yang telah banyak menempah FA drp saya..

Friday, June 18, 2010

Tempahan signage FA drp Wati

Salam semua.. Kali ni saya nak tunjukkan tempahan signage FA drp Wati. This is my first attempt drawing colourful roses. Rasa2nya tak teruk sangat kot he he.. Since tuan punya tak kisah saya nak design macam mana pun, mula le saya 'menconteng'.. And finally, this is the result..


Thursday, June 17, 2010

Tempahan Signage FA drp Muzrika

Alhamdulillah, hari ini saya dapat menyiapkan dua tempahan FA drp rakan saya, Muzrika untuk bilik tidur anaknya. Asalnya, dia nak dua2 warna pink tapi saya yang cadangkan supaya warna base nya satu putih dan satu pink supaya ada nampak perbezaan. Design bunganya juga berbeza.. Hope she will satisfy..




'Make over' frame gambar

 Salam semua.. Hari ini saya dapat menyudahkan projek make over frame gambar kepunyaan rakan saya, Jill. Ini la rupa frame yang hampir hendak dibuang..



Dan, ini pulak rupanya apabila saya 'make up' kan dia he he.. Asalnya saya cat dengan warna putih tetapi memandangkan nampak agak berbalam so saya ganti dengan warna coklat lembut.



 
Ini pula award yang diberi oleh Ayu ( http://ayulittlecottage.blogspot.com/ ) sebagai tanda persahabatan . Thanks Ayu..



Dan ini pula tag drp Zaza ( http://zazalimiey.blogspot.com/ ). Thank u Zaza atas ingatan pada saya..

Sunday, June 13, 2010

Signage Welcome with house number

Kali ini saya nak tunjukkan tempahan drp Ani dari Ipoh untuk signage welcome with house number. Asalnya dia nak wording  'welcome' sahaja tapi saya yang cadangkan supaya letakkan nombor rumah since papan ni agak besar..




Ni pula tempahan drp Syikin dari KL. Masih lagi signage Allah dan Muhammad cuma bezanya warna base nya aje putih..

Friday, June 11, 2010

Tempahan FA drp Sya - Sama tapi tak serupa

Hari ni saya berjaya menyiapkan tempahan drp Sya ( http://danisyakiffli.blogspot.com/ ). Sama dengan Cikgu Siti tapi tak serupa tau.. Saya baru pos petang tadi, tuannya pun belum terima tapi saya upload kan supaya dia dapat tengok he he.. Signage ni sebenarnya boleh ditukar warna base nya dengan apa2 warna yang diminta tapi ramai yang berkenan dengan kaler ni nampaknya..




Thursday, June 10, 2010

FA signage Allah dan Muhammad tempahan drp Cikgu Siti JB

Hari ni saya telah menyiapkan tempahan drp Cikgu Siti ( http://www.norainfauzi.blogspot.com/ ). Dia nak design yang sama seperti tempahan yang saya upload kan sebelum ni. Actually, Cikgu Siti ialah orang pertama dari luar Lembah Klang yang tempah drp saya. Saya harap dia puas hati walaupun ada kekurangan di sana sini. Almaklum lah saya ni kan dalam proses belajar lagi he he..


FA magazine dan kelas FA Pn. Norana



Salam semua.. Pagi semalam saya ke rumah Kak Nora lagi untuk FA lesson. Selepas belajar kelas melukis ros, saya request K.Nora utk ajar lukis strawberi sebab anak saya suka sangat buah strawberi he he.. Apabila kita dah tau cara, actually it is quite simple compared to drawing roses. Saya dah siap base coat papan letak kek dengan warna mild green dan K.Nora ajar teknik baru untuk tapak letak kek ni iaitu "distress technique" (ingatkan manusia je yang distress he he..) iaitu guna lilin bagi nampak kesan macam bekas tu dah lama. K.Nora kata orang putih suka 'mengantikkan' barang-barang baru dengan menggunakan teknik seperti ni. Di sini saya upload kan papan kek yang saya dah trace (tapi kurang nampak) dan teknik distress pada bahagian 'kakinya'. Nanti dah siap saya akan uploadkan, InsyaAllah..


Ni pulak, balik dr rumah Kak Nora, petangnya pegi Multifilla pulak cari cat untuk lukis strawberi. Sambil2 tu tersangkut jugak satu majalah dari Australia. Majalahnya dah lama tapi harganya mahal jugak. Ingat dah lama, dapat harga murah skit.. Saya sangat berkenan dengan lukisan buah lemon. Kalau ada masa yang mengizinkan, akan saya lukis juga buah lemon tu. Jom kita tengok majalah ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...