Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, June 10, 2010

FA magazine dan kelas FA Pn. Norana



Salam semua.. Pagi semalam saya ke rumah Kak Nora lagi untuk FA lesson. Selepas belajar kelas melukis ros, saya request K.Nora utk ajar lukis strawberi sebab anak saya suka sangat buah strawberi he he.. Apabila kita dah tau cara, actually it is quite simple compared to drawing roses. Saya dah siap base coat papan letak kek dengan warna mild green dan K.Nora ajar teknik baru untuk tapak letak kek ni iaitu "distress technique" (ingatkan manusia je yang distress he he..) iaitu guna lilin bagi nampak kesan macam bekas tu dah lama. K.Nora kata orang putih suka 'mengantikkan' barang-barang baru dengan menggunakan teknik seperti ni. Di sini saya upload kan papan kek yang saya dah trace (tapi kurang nampak) dan teknik distress pada bahagian 'kakinya'. Nanti dah siap saya akan uploadkan, InsyaAllah..


Ni pulak, balik dr rumah Kak Nora, petangnya pegi Multifilla pulak cari cat untuk lukis strawberi. Sambil2 tu tersangkut jugak satu majalah dari Australia. Majalahnya dah lama tapi harganya mahal jugak. Ingat dah lama, dapat harga murah skit.. Saya sangat berkenan dengan lukisan buah lemon. Kalau ada masa yang mengizinkan, akan saya lukis juga buah lemon tu. Jom kita tengok majalah ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...