Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, September 28, 2010

FA Alas buluh gantung tempahan Wati

Selamat malam semua.. Dah lama saya tak buat n3 waktu malam sebab tak berkesempatan nak buka blog. Malam ni tetiba je rajin he he.. Kali ni n3 saya ialah FA alas buluh gantung. Ada dua signage alas buluh gantung yang ditempah oleh Wati. Design hampir sama dgn yang sebelum2 ni gak. Dah customer suka, saya lukis aje..

  



Saturday, September 25, 2010

FA hydrangeas labu sayung tempahan Khairunnisa

 Alhamdulillah, semalam dapat saya siapkan FA hydrangeas labu sayung kepunyaan Khairunnisa. Labu sayung ni diberi oleh Nisa kepada saya sebelum puasa lalu. Memang dia tak kisah kalau lambat skit pun, so tak de la saya terkejar2 nak siapkannya. Kalau sesiapa yang berminat nak tempah labu sayung ni utk FA rose atau hydrangeas boleh la contact sy sebab kebetulan cousin suami memang ada kilang labu sayung ni di Kuala Kangsar, so senang nak dapat dan boleh dpt harga murah skit. Tinggi labu sayung ni lebih kurang 20".




Thursday, September 23, 2010

Make over Talam

Salam semua.. Nampaknya lepas raya ni banyak benar kerja kat skolah. Tambah lagi exam PMR dah hampir, latih tubi semua pelajaran memang bertubi-tubi. So, aktiviti folk art kena la diperlahankan skit. Dalam slow2 tu, semalam dapat la saya menyiapkan projek make over dulang atau talam saya sendiri. Dulang ni saya dah hampir nak buang sebab dah berkarat. Saya beli talam ni di Langkawi lbh krg 8 tahun yang lalu. Tapi nasib baik sebelum buang, saya dah mula mengenal FA ni so bila selongkar brg2 lama dlm kabinet di Ipoh, tgk2 ada la talam ni.. Saya dah cat talam ni semasa bln puasa hr tu tp dek kerana nak habiskan tempahan customer dulu terperap la talam ni.. Tak pe la nak buat cam ne, customer comes first he he..



Sunday, September 19, 2010

FA fruits tempahan Zarina, Ipoh

Salam syawal semua rakan2 bloggers. Dah hampir seminggu saya tak update blog. Demam raya la katakan he he.. So hari ni saya continue tempahan customer yang masih berbaris2. Petang tadi saya dapat siapkan FA buah2an tempahan Zarina pada pinggan porselin putih. Ada 2 pinggan yang saya kena lukis dengan gambar yang sama tapi baru dapat siapkan satu. Contoh buah yang saya dilukis diberikan oleh Zarina sendiri iaitu plak penyangkut kunci (dalam gambar sebelah kanan). Saya gunakan warna yang agak terang sedikit drp gambar contoh tapi rupanya masih sama. Ini merupakan percubaan pertama saya melukis buah2an pada pinggan. Harap2 Zarina suka. Oh ya.. saya gunakan light primer sebagai lapis asas pada pinggan dengan span. Then, baru base coat warna putih..



Ini yang saya lukis..


Ini contoh gambar yang diberi..


Thursday, September 9, 2010

FA buluh gantung tempahan Eza

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua rakan alam maya. Saya ingin mengambil kesempatan di sini utk memohon maaf atas segala salah silap sekiranya saya ada tersilap bicara.Walaupun kita tidak bersua di alam nyata namun itu bukan lah penghalang utk kita mengikat tali silaturahim sesama kita. Terima kasih buat semua customer yang  telah memberi kepercayaan utk saya menghasilkan bahan folk art kpd mereka. Lepas cuti Raya nanti, InsyaAllah saya continue semula tempahan yang berbaris2 he he.. Oh ya.. n3 saya hari ni, ialah 2 unit alas buluh gantung tempahan Eza. Utk signage Assalamualaikum, ada sedikit kelainan dari segi design bunga nya..






Tuesday, September 7, 2010

FA Signage dan FA alas buluh hadiah utk adik dan abangku

Salam penghujung Ramadhan.. Mesti dah ramai kengkawan dah mula balik kampung. Saya belum lagi since today, hubby masih kerja. InsyaAllah, esok pagi kami bertolak balik ke Ipoh, rumah homestay saya. Pagi Raya pertama beraya di kampung suami di Kuala Kangsar dan raya kedua balik ke Terengganu, kampung saya. Rasa teruja gak nak jumpa adik-beradik yang cuma dapat jumpa setahun sekali. Almaklumlah, saya ni menetap jauh dari kampung halaman, mak ayah pun dah tak ada so adik-beradik jarang berkumpul melainkan waktu Hari Raya. Berbalik pada n3 saya hari ni, ada dua signage yang telah saya lukis sebagai hadiah kepada adik bongsu saya di Besut, Terengganu dan abang saya yang tinggal di Rawang tapi jarang gak berjumpa dek kesibukan kerja masing-masing. Kedua-duanya baru baru dapat rumah baru dan masih dalam proses menghias so sebagai hadiah kenangan, ini lah yang dapat saya bagi. Untuk adik saya iaitu Sue, saya lukiskan signage welcome pada papan warna putih dan untuk abang saya pula saya lukis pada alas buluh gantung. Dia request nak warna hitam. Dan saya buat pembaharuan dari segi design iaitu saya lukis sedikit bunga lavender dan daisies di bahagian bawah wording nombor rumahnya..

Signage utk adik saya..



Ini aalas buluh gantung untuk abang saya..




Sunday, September 5, 2010

Make over frame cermin kepunyaan Azura, Sabak Bernam

Salam hujung minggu buat kawan2 semua. Dah banyak hari saya tak buat n3 ni. Bukannya mood raya dah datang tapi dok pulun menyiapkan make over frame cermin tempahan Azura. Saya 'salute' Azura ni sebab bersusah payah membawa cermin tu angkut dengan kereta dari Sabak Bernam ke Putrajaya. Kira Raya tahun ni happening la ye Zura dengan deco English kat rumah dia. Ini lah barang tempahan yang paling besar saya terima iaitu cermin yang berukuran lbh kurang 5.5 kaki x 3.5 kaki. Lebar frame ni plak 3.5 inci. Asalnya cermin ni warna hitam tp saya lupa nak ambik gambarnya sblm make over. So kena cat putih dulu la, nasib baik hubby bermurah hati tolong saya.saya mula lukis hari rabu lepas selepas siapkan tempahan Cikgu Siti, JB. Saya ambik masa dalam 2-3 jam sehari aje sebab kalau paksa habiskan nanti tak cantik sbb mood tak de. Mak ooii.. seksa gak nak habis lukis.. So semalam, tinggal 50% lagi saya habiskan kerja ni sebab skolah dah cuti, lapang la skit masa. Saya kira jumlah bunga yang saya lukis sebanyak 44 kuntum dengan menggunakan brush angular saiz 3/8. Elok2 habis lukis, berusnya pun dah rosak. Kena beli baru la jawabnya. Oh ya.. Zura baru je datang kejap tadi ambik cermin dia, dia kata dia puas hati sangat so saya pun rasa seronok gak he he..






Ini la rupanya kertas trace yang saya gunakan sebab cermin tu besar so nak bagi design nya sama,
kena gunakan tracing paper ni la..

Wednesday, September 1, 2010

FA signage Bismillah tempahan Siti (JB)

Selamat tengahari semua rakan2 bloggers. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tempahan  rakan blogger iaitu Cikgu Siti (  http://norainfauzi.blogspot.com/ ). Cikgu Siti pun ada  kedai online iaitu Arina Collections. Sebelum ni pun Siti ada order signage Allah, Muhammad pada saya dan ini merupakan tempahan yang kedua la..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...