Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, September 7, 2010

FA Signage dan FA alas buluh hadiah utk adik dan abangku

Salam penghujung Ramadhan.. Mesti dah ramai kengkawan dah mula balik kampung. Saya belum lagi since today, hubby masih kerja. InsyaAllah, esok pagi kami bertolak balik ke Ipoh, rumah homestay saya. Pagi Raya pertama beraya di kampung suami di Kuala Kangsar dan raya kedua balik ke Terengganu, kampung saya. Rasa teruja gak nak jumpa adik-beradik yang cuma dapat jumpa setahun sekali. Almaklumlah, saya ni menetap jauh dari kampung halaman, mak ayah pun dah tak ada so adik-beradik jarang berkumpul melainkan waktu Hari Raya. Berbalik pada n3 saya hari ni, ada dua signage yang telah saya lukis sebagai hadiah kepada adik bongsu saya di Besut, Terengganu dan abang saya yang tinggal di Rawang tapi jarang gak berjumpa dek kesibukan kerja masing-masing. Kedua-duanya baru baru dapat rumah baru dan masih dalam proses menghias so sebagai hadiah kenangan, ini lah yang dapat saya bagi. Untuk adik saya iaitu Sue, saya lukiskan signage welcome pada papan warna putih dan untuk abang saya pula saya lukis pada alas buluh gantung. Dia request nak warna hitam. Dan saya buat pembaharuan dari segi design iaitu saya lukis sedikit bunga lavender dan daisies di bahagian bawah wording nombor rumahnya..

Signage utk adik saya..



Ini aalas buluh gantung untuk abang saya..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...