Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Folk Art. Show all posts
Showing posts with label Folk Art. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Pink roses painting - kotak tisu dan tin

Selamat malam semua.. Kali ni n3 saya ialah painting roses saya pada kotak tisu dan tin coklat kepunyaan Intan. Kali ni saya tak ada pulak menulis title n3 saya dgn word FA (Folk art) sbb teringat ms sembang dgn Pn. Zaitun. Beliau menerangkan bahawa painting yg selalu dilukis ni dikenali sebagai Decorative Painting bukan Folk Art. Kalau kengkawan nak tau apa bezanya, carilah info dlm internet he he.. (kalau sy terangkan kat sini, panjang lebar la pulak). So, ini lah rupa baru brg2 yg Intan hantar pd saya. Ada satu lagi yg akan sy upload lps2 ni (tengah dlm proses varnish).



Terlupa pulak saya nak ambik gambar side depan kotak tisu..

Thursday, February 10, 2011

FA roses dan sayur-sayuran pada penapis

Selamat petang buat semua.. Hari ni saya nak share dgn kengkawan 2 unit penapis kepunyaan Ana yang saya lukis. Satunya roses dan satu lagi sayur. Warna roses tu saya pelbagaikan iaitu pink, maroon dan oren.


Tuesday, February 8, 2011

FA kendi dan bakul hiasan tempahan Intan

Salam buat semua kengkawan.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan FA kendi dan bakul hiasan tempahan drp Intan. Intan pos sekotak brg2 utk saya lukis. Saya upload dua barang ni yang dpt saya siapkan dulu. Of course, tuan nya dah tak sabar nak tengok he he..

 Bahagian belakang..

 Bahagian depan..

Monday, February 7, 2011

FA strawberry mangkuk tingkat tempahan Ina

Assalamualaikum wrt.. Kali ni n3 saya ialah mangkuk tingkat atau tiffin yang saya lukis strawberi. Ina tak kisah saya design mcm mana pun so so lukis penuh strawberi di bhg depan dan belakang..
Side A..

 Side B..

Thursday, February 3, 2011

Periuk buah2an tempahan Ana

Salam sejahtera utk semua.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan FA buah2an pada periuk (make over) kepunyaan Ana. Ana nak lebih buah strawberi so tak nak dlm satu warna sahaja, saya selitkan epal hijau dan lemon. Bahagian kakinya pula saya lukis kan blue berry ( bukan anggur sbb saiznya kecil) di sekelilingnya. 

 Bahagian belakang.. 
Buah epal di sblh kanan nampak agak pelik sbb permukaan periuk bercorak so nampak tak rata..

Sunday, January 30, 2011

My bird house..

 Salam semua.. Seperti yang saya sebutkan dlm n3 sebelum ni, sy telah mengikuti beberapa lesson dgn Pn. Zaitun utk melukis roses plus hydrangeas pada bird house yg agak besar ni. Dan ini lah dia resultnya selepas 3 sesi kelas dgn Pn. Zaitun. Saya suka melukis dgn menggunakan barang2 yg besar supaya saya mahir dgn teknik yg diajar oleh guru2 saya. Ramai juga bertanya pd saya contact no. Pn. Zaitun dan dgn izinnya saya paparkan di sini nombornya : 017-3144532. So sesiapa yang berminat utk hadir kelas FA dgn Pn. Zaitun, sila lah contact Kak Zaitun ya.. Seperti juga Pn. Norana, Pn. Zaitun amat murah hati utk mencurahkan ilmu FA pd studentsnya. Saya rasa amat bertuah kerana dpt menuntut ilmu dengannya.. Projek saya selepas ini ialah melukis teacups dan lace pada tea/coffee sachet box. InsyaAllah dah siap nanti, saya akan upload..






Wednesday, January 26, 2011

Hadiah istimewa..

 Salam sejahtera buat rakan2 semua.. Sehari dua ni agak sibuk dgn urusan pertukaran saya ke Putrajaya. Alhamdulillah.. akhirnya dpt juga sy bertukar mengajar di Putrajaya setelah hampir setahun lebih berulang-alik mengajar di Kuala Lumpur. Pertukaran saya bermula 1 Februari nanti. So, today n3 saya ni agak special since FA yang saya lukis pd jewellery box ni khas untuk Pengetua saya iaitu Pn. Latifah bt Hj Mahfod yang amat berdedikasi. Saya pun agak berat hati utk meninggalkan SMK Aminuddin Baki tetapi disebabkan jarak yg agak jauh dr rumah saya so sy membuat juga rayuan utk ke Putrajaya. Dua malam sy menghabiskan masa utk menyiapkan kotak ini khas utk beliau. Sy gabungkan empat design iaitu roses, scenery, hydrangeas dan simple lace pada kotak ini.


 Bahagian dalam..

 Bahagian tepi..


Saturday, January 22, 2011

FA hydrangeas bekas tepak sireh dan FA roses kuali

Salam ceria pagi Sabtu buat semua.. Hari ni saya nak share dgn kengkawan dua hasil FA saya iaitu pertamanya, FA hydrangeas pada bekas tepak sireh (make over) kepunyaan Karimah. Bekas tepak ni buatan kayu jati dan permukaannya bercorak (tak rata). Karimah request nak warna hitam. Memandangkan permukaan tak rata so agak susah jugak nak lukis di atasnya. Anyway, I try all my best and this is the outcome.. Saya gunakan teknik yang diajar oleh En. Zahir untuk timbulkan warna daun..



 Ha.. Ini pula tempahan terakhir yang saya siapkan untuk Kak Rohana, Klang. Saya agak susah hati apabila melihat permukaan kuali ini yang mempunyai garisan bulatan di tengahnya. I try all my best untuk 'timbulkan' bunga ros tersebut dan ini la hasilnya. Hope Kak Ana suka..

Wednesday, January 19, 2011

FA roses set sudip dan diari

Assalamualaikum wrt. utk semua rakan bloggers.. Kali ni n3 saya ialah set sudip 5 unit masih lagi tempahan Kak Rohana. Cadangnya nak upload gak kuali yang satu lagi tapi tak sempat nak varnish plak so hold dulu la..


 Ini pula diari rakan saya, Maria yang telah di make up. Bila zoom dekat, krg terang plak daun nya..

Monday, January 17, 2011

FA kuali tempahan Kak Rohana

Salam Isnin untuk semua.. N3 saya kali ni sambungan tempahan Kak Rohana, Klang. Kali ni saya tunjukkan Fa roses plus hydrangeas pada kuali. Asalnya nak lukis roses aje tapi nampak cam kosong je, so nak meriahkan lagi, saya tambah purple hydrangeas skit. Saya dah mula biasakan diri dengan roses teknik baru. Nak kata jadi betul2 mcm yang diajar oleh Pn. Zaitun tak la.. tapi kira tgh praktis la ni.. 


Thursday, January 13, 2011

Fa buluh gantung epal merah tempahan Rohaiza


Salam sejahtera semua.. Saya jarang buat n3 waktu cam ni. Anyway since selepas ni ada hal, terpaksa buka internet awal skit. Dah janji dgn tuan punya signage ni nak upload mlm ni gak.. Ini dia FA epal merah tempahan Rohaiza dr Sabak Bernam. Ini merupakan tempahan kedua Aiza dgn saya. Yang pertama ialah signage papan dua bulan yang lalu kot.. Nama Shamiza tu saya rasa gabungan nama Aiza dan suaminya. Ingat tak FA buluh gantung epal hijau tempahan Harnie? Aiza minta saya tukar kan warna epal tu ke warna merah.



Wednesday, January 12, 2011

FA roses penapis tempahan Kak Rohana, Klang


Salam semua rakan bloggers.. Dah banyak hr tak buat n3, al maklum lah skolah dah buka plus badan kurang sihat. Tempahan FA pun terbengkalai. Saya cuba stakat yang blh utk siapkan tempahan. Nak paksa diri sgt tak blh gak sebab nanti hasil nya tak memuaskan hati.. N3 saya hr ni ialah penapis yang kita guna tapis santan tu, yang tlh dimake up dengan roses he he.. Penapis ni kepunyaan Kak Rohana. Gambar agak krg terang sbb ambik gambar waktu malam, siang tak sempat hu hu..Dia nak semua barang tempahannya base warna krim. Kak Ana pos satu kotak barang dapur iaitu kuali, penapis dan set senduk kayu untuk saya lukis so saya siapkan skit2 la ya kak.. Kali ni bunga ros nya ada kelainan iaitu saya campurkan teknik yg saya blajar drp Pn. Zaitun dgn teknik yg saya dok slalu lukis (ilmu Pn. Norana). Saya belum buat n3 bird house sambungan kelas dgn Pn. Zaitun sbb hydrangeas nya sy belum lukis. Itu kerja rumah yg Pn. Zaitun suruh sy buat..So sy tunjukkan gambar yg paling bwh hasil ros saya yang pertama dgn Pn. Zaitun.


 Bhg belakang, Kak Ana minta sy lukis polka dot..

Ini dia ros sy yg pertama dgn menggunakan teknik dan ilmu Pn. Zaitun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...