Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Friday, April 30, 2010

Friendship award drp Intan..

Seronoknya, first time dapat FRIENDSHIP AWARD dan award ini adalah pemberian drp Intan ( http://sweetnprettykiosk.blogspot.com/) Thanks a lot Intan.. Walaupun tak pernah bersua muka tetapi itu bukanlah penghalang untuk kita menyambung silaturahim ya..



1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
Spt yg diterangkan kt atas tu, award ni diterima drp Intan ( http://sweetnprettykiosk.blogspot.com/)

3. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5 TAU..KENA JAWAB 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN..WOWWW:-
Memang jenuh nak jawab..

4. FIVE NAMES THAT PEOPLE CALL YOU:-

Gee - Suami, kawan-kawan rapat, dan ahli keluarga
Roziah - Jiran dan kawan-kawan
Kak Roziah - Adik-adik dan kawan2 yg lebih muda
Mak Gee - Anak-anak saudara sebelah adik-beradik saya
Umi - Lima orang anak-anak yang saya kasihi
Roziah Hani - Boss saya la!

5. FIVE IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-

My Anniversary - 25 November
Birthday hubby - 25 Julai
My Birthday - 14 September
Birthday anak-anak yg 5 orang tu
Date mula bekerja - 1 Julai

6. FIVE THINGS YOU HAVE DONE YESTERDAY:-

- Bangun pagi, solat
- Pegi kerja.. rutin harian
- Sembang ngan suami dan anak-anak
- Sempat lagi belek buku Decorative Painting Pn. Norana dan kwn2nya
- Buka blog

7. FIVE WAYS TO BE HAPPY...

- Bantu orang yang memerlukan pertolongan, stakat yang terdaya..
- Bercuti tak kira dalam atau luar negara
- Keluar dating dengan suami he he..
- Belajar decoupage dan folk art
- Dapat tambah rakan alam maya

8. FIVE FAVOURITES MOVIES:-

Bab ni susah skit nak jawab sbb dah lama tak tgk movie
- Scarlet Key (ni cerita thriller)
- Barbie (tengok dlm tv ngan anak2 he he..)
- James Bond
- Pretty Woman
- Ju on (walaupun seram, tengok gak)

9. FIVE FAVOURITES HOBBIES:

- Tanam Pokok bunga
- Melancong
- Buat decoupage/folk art
- Memasak
- Surf internet

10. FIVE FAVOURITES PEOPLE:

- Arwah Ayah
- Arwah Mak
- Suami tercinta
- Anak-anak
-Adik-beradik

11. FIVE FAVOURITE PLACES FOR VACATION:

- Mekah/Madinah
- Turki
- New Zealand
- Italy
- UK

12. FIVE REASONS YOU ANSWER THE SURVEY:-

- Menghargai sangat2 pemberian Intan
- Menambah kenalan dan eratkan lagi silaturahim
- Dapat memperkenalkan diri saya yang 'dhaif' ini seadanya he he..
- Dapat teruskan lagi award ni pada orang lain
- Dapat mengenali peribadi kawan-kawan lain plak

13. FIVE PERSON TO TAG...

1. WANI - http://wanidecorativecreations.blogspot.com/

2. SHIMA - http://shiemanis.blogspot.com/

3. NJ - http://hari-hari-nj.blogspot.com/

4. ANA - http://pugiyanasweethome.blogspot.com/

5. IMAN - http://teratakimpianibu.blogspot.com/

Leganya... Berjaya juga saya selepas berhempas pulas menjawab segala soalan cepu mas di atas.

Sudi-sudi la ya kawan2 di atas 'panjangkan' award ni pada sahabat-sahabat yang lain pula ya..



Sunday, April 25, 2010

Folk Art dan Decoupage

Pagi tadi, saya berpeluang lagi menghadiri kelas dengan Puan Norana. Hari ni, Kak Nora ajar lukis hydrangae dan daunnya. Dia ada handout sendiri, details cara2 lukis from A to Z. Di sini saya tunjukkan gambar handout tu, kalau nak beli contact dia he he.. Rupa2nya bila kita tau tekniknya, tak susah nak lukis cuma kena banyak kali praktis nak nampak real. From my opinion, lagi mudah lukis hdrangae compared to daisy. Kak Nora suruh saya buat warna base kotak tisu (yang saya akan lukis hydrangae) di rumah, jimat masa. Next week, baru start lukis pada kotak tisu tu. Saya cadang nak warnakan kotak tisu tu seperti handout contoh yang Kak Nora bagi (warna hijau tua).

Ini dia gambar hydrangae dalam handout Kak Nora.

Ini pula sign 'Welcome" folk art plus de coupage untuk kelas anak lelaki saya di SMK Putrajaya P11(1).

Rasa tak 'masuk' pulak warna base dengan hijau de coupage tu tapi tak pe la seni kan..

Ini pulak sign nama decoupage untuk kawan saya, Hanita. Dia kata nak warna pink.


Tuesday, April 20, 2010

Projek baru

Ini dua hasil terbaru saya.. Satu sign "Welcome" untuk rakan saya, Mimi dan satu lagi tin decoupage warna pink. Tisu tu beli dengan Affeen. Saya suka sangat design cake tu, nampak sweet and delicious sangat, terliur je bila tengok he he..

Sunday, April 18, 2010

Happy Birthday Jihah..

Today, ialah hari jadi anak ke 4 saya, Najihah. Dah 5 tahun dah rupanya.. Excited sangat dia nak kek hari jadi so saya tempah kek warna pink dan biasa la.. anak prm mesti ada gambar princess kan. Walaupun, birthday date dia hari ni tapi dah siap celebrate semalam sebab hari ni umi dia sibuk nak gi belajar folk art he he..



Kelas kedua dengan Pn. Norana

Pagi tadi, saya mengikuti kelas kedua saya dengan Kak Nora. Hari ni kelas saya agak lama iaitu 5 jam  bermula 9.30 pg dan berakhir pada pukul 2.30 ptg. I was very excited actually to finish my first project iaitu lukis daisy la.. Banyaknya ilmu yang saya dapat dengan Kak Nora.



Dan ini lah hasilnya selepas 5 jam... Walaupun penat tapi rasa berbaloi la. Ini belum masuk wording dan varnish lagi.. "Next lesson pulak", kata Kak Nora.

Kelas FA dengan Pn. Norana

Minggu lepas, saya berpeluang untuk pertama kali mengikuti kelas FA dengan Pn. Norana di rumahnya. Tak sangka, walaupun first time jumpa, Pn. Norana is very friendly dan saya rasa amat selesa belajar dengan beliau. Even, dia tak suka saya memanggil puan, just panggil 'kak' - katanya. So, my first lesson for 2 1/2 jam, biasa la.. buat stroke dan teknik lukis daun, guna comma  dan s stroke serta teknik lukis bunga daisy. Sebelum balik, kak Nora list kan a few things yang saya kena beli..

       
                        Ini lah barang-barang yang saya beli selepas kelas pertama dgn Kak Nora.


                          Koleksi buku deccorative painting saya.. Baru dua buah..

Thursday, April 15, 2010

Jam idamanku..

Akhirnya, dapat lah juga saya membeli jam ni di KK Deco. Tapi nak gantungnya jenuh juga pujuk hubby. Mula2nya bagai2 alasan dia beri, sebenarnya dia tak kuasa nak mendril dinding, biasa lah kalau penyakit M tu datang. Alhamdulillah selepas 2 minggu beli, terpasang lah juga jam ni di dinding he he.. Thanks bang! Loceng jam tu pun dah kena decoupage dek saya. Nampak dull je bila semuanya putih so bila ditampal bunga, berseri la skit.

Friday, April 9, 2010

Decoupage lagi...

Ni pasu kayu 3 beradik yang dibeli di Carefour kat Alamanda. Dua dah jadi, satu lagi masih dalam proses..



Ni pulak, sign Welcome utk kelas Aisyah, anak saya di SK Putrajaya P11(3)..

Thursday, April 8, 2010

Dah pandai la skit..

Ini dia beberapa barang yang baru dihasilkan. Rasa2nya ada la improvement skit (perasan la ni) dari segi kehalusan tampalnya he he..

Tempat letak remote control ni beli kat Pesta Budaya kat Pusat Kebudayaan di Jalan Conlay. Cantik gak bila dah jadi warna pink kan..


             Dulang ni beli kat KK Deco Nilai 3. Lupa la plak nak ambik gambar 'sebelum' di   make up..

Rumah burung ni asalnya dah gubah dengan bunga tapi dah lama, nampak buruk plak. Bila dah mula kenal folk art, bertukar la rupa nya. Bekas tin siram pokok tu beli kat KK Deco gak. Corak lukisannya tak la cantik sangat tapi kira ok la, baru belajar kan..

Jalan-jalan ke Bangkok

Cuti skolah Mac lepas, saya dan kak Norlia terbang ke Bangkok selama 4 hari. Dalam dok susah hati, geng Baju Merah buat demonstrasi, kami pergi juga memandangkan tiket dah beli. Tawakal je la..Alhamdulillah tak ada halangan apa2 sebab masa tu, diorang buat demonstrasi secara aman. Tapi yang tak seronoknya, kami berdua je yang pakai tudung so terpaksa masuk la group Chinese gak. Masalah utama kami makanan la.. terpaksa ikat perut makan buah je.Barang-barang tak la murah sangat tapi yang puas hatinya dapat beli Thai Silk 2 pasang. Jadi la..

                                           Shopping kain sutera kat The Old Siam

                                              Kat airport Suvarnabhumi
Dalam merayau-rayau tu, saya tercari-cari juga kot2 ada kedai jual barang folk art tapi tak jumpa la pulak..

Tuesday, April 6, 2010

Decoupage yang pertama..

Ini pulak percubaan pertama, tin coklat yang berjaya di"decoupage"kan menjadi tempat letak brooch.

Kelas pertama dengan En. Zahir di Amcorp Mall...

Ini lah hasil 'folk art' yang pertama selepas mengikuti kelas dengan En. Zahir. Walaupun nampak sangat keras tangan tapi jadi la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...