Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Monday, September 26, 2011

Tarikh baru Bengkel Di Parit Buntar

Assalam buat semua.. Kali ni saya upload beberapa item yang akan saya hadiahkan kepada penganjur dan 3 peserta terawal di sana, InsyaAllah.. Oh ya.. ingin saya maklumkan bahawa tarikh bengkel pada 1 Oktober telah ditunda ke 8 Oktober 2011 (InsyaAllah, ini adalah final date) atas permintaan penganjur, saudari Anita Omar disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. So, penyertaan masih dibuka dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 4hb Oktober. Kepada peserta yang dah confirm hadir, kita jumpa di sana ya.. ;)



Friday, September 23, 2011

My deco painting products in By'U Magazine

Assalam buat kengkawan.. Petang ni saya nak share dgn kengkawan gambar produk painting saya di dalam Majalah By'U keluaran Oktober 2011. Majalah remaja ni masih agak baru, saya agak akhir tahun lps atau awal tahun ini baru dipasarkan. Saya dihubungi oleh editor majalah ni pada bulan Ramadhan yang lalu. Saudari Akma meminta saya menghantar email beberapa gambar painting untuk disiarkan dalam sudut kreatif. Thanks a lot Saudari Akma..




Tuesday, September 20, 2011

Signage Bismillah dan roses photo frame

Assalam buat semua.. Cuti 3 hari yang lepas penat betul dgn kenduri anak saudara saya di Kuantan tapi hati seronok dapat berkumpul skali lagi selepas raya. Seperti biasa tugas saya sebelum kenduri ialah menyediakan tempat makan beradap pengantin dan masak lauk pengantin. Tema kenduri anak kakak saya kali ni warna hijau lumut.. sejuk mata memandang hi hi.. OK la .. hari ni saya upload dua gambar berbeza iaitu signage Bismillah tempahan Ahmad Mustaqim dan photo frame yang saya lukis pink roses.

Photo frame ni pemberian pertukaran hadiah rakan guru semasa program team building last year.. hu hu dah lama.. Yang kelakar tu, dah asyik melukis, bila dah siap letak pada frame, baru perasan gambar sebahagian ros tu dah tertutup dek frame.. frustnya.. tapi tak pe la sendiri punya hu hu..

Thursday, September 15, 2011

My sister's signage

Salam buat semua.. Hari ni saya upload 2 signage tempahan adik saya, Rohani. Dia minta saya lukis buah peach utk kitchen's signage sbb katanya dapurnya tema kaler krim dan peach.

Ni signage nama dia.. Sweet pink gitu hi hi..

Tuesday, September 13, 2011

Bengkel Deco Painting Roses di Parit Buntar, Perak


Tarikh : 1 Oktober 2011 (sabtu)

Masa : 9 pagi - 5 ptg

Tempat : Rumah Puspanita Kerian

Sebarang pertanyaan, boleh contact saya 019-4120749 (Gee) atau Anita Omar (Face book)

Monday, September 12, 2011

Purple Signage for Maryam

Assalamualaikum wrt.. Kali ni saya upload 2 signage hadiah perkahwinan my ex form 6 student iaitu Maryam. Maryam melangsungkan pernikahan pada 10 hb September yang lalu. Tahniah Maryam dan Syafeeq.. Signage pertama ni ialah tempahan rakan2 Maryam yang juga bekas students saya iaitu Fatini dan Hanum. Diorang minta warna purple dan silver. Saya gantikan warna silver dgn grey bcoz kalau lukis atas permukaan silver, ia akan nampak berkilat sangat.


Dan ini, ialah signage hadiah saya pula pada Maryam. Semoga Maryam dan Syafeeq bahagia hingga ke akhir hayat, amin..

Friday, September 9, 2011

Painting on canvas

Salam Jumaat penghulu segala hari buat kengkawan semua.. Hari ni saya upload first painting saya atas kanvas. Dah lama saya bercita2 nak lukis atas kanvas. Baru2 ni masa pegi beli brg2 painting di Art Friend, saya ternampak kanvas ni. Saya beli satu yg saiz sederhana.. Saya cadang nak hadiahkan painting ni pada anak sedara sebagai hadiah perkahwinan. Ni belum lagi saya masukkan wording nama diorang kat bahagian bawah.



Ini pula painting lesson Shazura Ismail dgn saya...

Ini hasilnya..

Thursday, September 8, 2011

Bengkel Deco Painting Roses di Parit Buntar, Perak

Tarikh : 1 Oktober 2011 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 5 petang

Tempat : Rumah PUSPANITA Kerian

Boleh contact saya utk pertanyaan 019-4120749 (Gee) atau penganjur Anita Omar (Face book)

Monday, September 5, 2011

Signage Assalamualaikum

Salam buat semua.. Seperti biasa, tiba Hari Raya kita dapat berkumpul bersama sanak sedara. Time ni la paling seronok.. Bila time nak balik pulak yang paling sedih hu hu.. Al maklum la, panjang umur tahun depan baru dapat berkumpul semula. Ok la.. berbalik kepada n3 saya pagi ni, signage ni kepunyaan anak saudara saya, Mustakim. Dia tempah masa bulan puasa lepas. Nasib baik dapat siap 2 hari sebelum raya.. tu pun saya lukis signage ni di Ipoh, then bawa balik kepada tuannya di Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...