Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, September 20, 2011

Signage Bismillah dan roses photo frame

Assalam buat semua.. Cuti 3 hari yang lepas penat betul dgn kenduri anak saudara saya di Kuantan tapi hati seronok dapat berkumpul skali lagi selepas raya. Seperti biasa tugas saya sebelum kenduri ialah menyediakan tempat makan beradap pengantin dan masak lauk pengantin. Tema kenduri anak kakak saya kali ni warna hijau lumut.. sejuk mata memandang hi hi.. OK la .. hari ni saya upload dua gambar berbeza iaitu signage Bismillah tempahan Ahmad Mustaqim dan photo frame yang saya lukis pink roses.

Photo frame ni pemberian pertukaran hadiah rakan guru semasa program team building last year.. hu hu dah lama.. Yang kelakar tu, dah asyik melukis, bila dah siap letak pada frame, baru perasan gambar sebahagian ros tu dah tertutup dek frame.. frustnya.. tapi tak pe la sendiri punya hu hu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...