Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Kuali. Show all posts
Showing posts with label Kuali. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Roses and scenery painting again..

Salam buat semua.. Kali ni saya upload painting scenery dan roses pada kuali kepunyaan Anna. Saya sangat suka lukis design cam ni hi hi.. Asalnya kuali ni sangat buruk dan berkarat tapi bila dah dimake up, sapa tau rupa asalnya yg buruk.... :-))



Monday, May 14, 2012

Kuali oh kuali..

Title n3 ni menggambarkan keluhan hati saya hi hi.. Mana taknya, mula2 tengok kuali ni terkejut sesangat sbb permukaannya dah berlekuk-lekuk. Semasa tuan punya kuali hantar pada saya di dalam plastik, tak perasan langsung rupanya hu hu.. Namun, cabaran tetap diteruskan utk menukarkan rupa kuali yg mungkin mempunyai sentimental value pada tuan punya... :)



Ini pula kelas painting student saya, Rose Diana.. Baru nak mula lukis ros..

Thursday, March 1, 2012

Scenery painting..

Selamat petang kengkawan semua.. Kali ni saya upload scenery painting atas kuali saiz yang agak besar. Saya suka sangat dengan hasilnya. Harap2 tuan punya pun suka :)




Ini pula cenderahati painting utk Pn. Ilya, rakan ofis suami yang akan bertukar ke tempat baru..

Thursday, December 29, 2011

Make over frying pan my sister

Salam buat semua.. Alhamdulillah selepas bercuti ke Kedah bersama keluarga utk beberapa hari, kini saya menyambung kembali tempahan kengkawan. Harap2 sangat agar dpt siapkan tempahan on time hu hu.. Hari ni saya upload make over frying pan kepunyaan adik saya, Rohani yang dtg dari Terengganu. Saya lukis design yg hampir sama dgn kuali Kak Maziah.



Ini pula student yg datang jauh dari Miri, Sarawak iaitu Kak Salina. Beliau dtg ke KL bercuti so at the same time, dtg blajar painting.

Saturday, January 22, 2011

FA hydrangeas bekas tepak sireh dan FA roses kuali

Salam ceria pagi Sabtu buat semua.. Hari ni saya nak share dgn kengkawan dua hasil FA saya iaitu pertamanya, FA hydrangeas pada bekas tepak sireh (make over) kepunyaan Karimah. Bekas tepak ni buatan kayu jati dan permukaannya bercorak (tak rata). Karimah request nak warna hitam. Memandangkan permukaan tak rata so agak susah jugak nak lukis di atasnya. Anyway, I try all my best and this is the outcome.. Saya gunakan teknik yang diajar oleh En. Zahir untuk timbulkan warna daun..



 Ha.. Ini pula tempahan terakhir yang saya siapkan untuk Kak Rohana, Klang. Saya agak susah hati apabila melihat permukaan kuali ini yang mempunyai garisan bulatan di tengahnya. I try all my best untuk 'timbulkan' bunga ros tersebut dan ini la hasilnya. Hope Kak Ana suka..

Monday, January 17, 2011

FA kuali tempahan Kak Rohana

Salam Isnin untuk semua.. N3 saya kali ni sambungan tempahan Kak Rohana, Klang. Kali ni saya tunjukkan Fa roses plus hydrangeas pada kuali. Asalnya nak lukis roses aje tapi nampak cam kosong je, so nak meriahkan lagi, saya tambah purple hydrangeas skit. Saya dah mula biasakan diri dengan roses teknik baru. Nak kata jadi betul2 mcm yang diajar oleh Pn. Zaitun tak la.. tapi kira tgh praktis la ni.. 


Wednesday, August 25, 2010

FA kuali leper tempahan Anim

Alhamdulillah, semalam saya dapat menyiapkan tempahan Anim yang dah lama ditunggu-tunggu iaitu 2 buah kuali leper. Maaf la Anim, kena ikut giliran he he.. Saya rasa kali ni ada sedikit perubahan pada beberapa kuntum bunga, kelopaknya dah bertambah skit.



  

     

   

Saturday, August 14, 2010

FA kuali leper tempahan Jerina

Assalamualaikum wrt..Salam pagi sabtu untuk kawan2. Dah masuk Ramadhan ni, n3 pun slow skit la. Ya la.. tanggungjawab kita orang pompuan ni banyak, apatah lagi yang bekerja, terkejar sana-sini. So, saya pun termasuk sebahagian drp group tu jugak he he.. Tapi dalam dok sibuk tu, tempahan FA yang dah janji sebelum Raya kena la disiapkan jugak, Insya Allah.. Oh ya.. dah sembang2 ni lupa plak n3 saya pagi ni, FA kuali leper ni merupakan tempahan Jerina. Blognya http://ishaenglishome.blogspot.com/ . Jerina ni pun bisnes gak. Kalau rajin, jenguk lah blog dia. Jerina tempah dua kuali leper ni drp saya. Gambar ni saya snap kat luar rumah jap tadi so nampak berbalam skit sebab kena cahaya matahari.




Wednesday, July 28, 2010

FA roses atas kuali leper tempahan Pn. Siti

Kali ni, saya nak tunjukkan tempahan kuali leper Pn. Siti yang ketiga. Tempahan yang sebelum ni katanya untuk saudara di Kedah, so ini dia punya.. Ada satu lagi yang saya kena siapkan hu hu..




Tuesday, July 6, 2010

Sedia untuk dimakan..

N3 kali ni lain dari yang lain.. Ini lah pertama kali saya melukis telur mata lembu. Of course saya refer pada buku En. Zahir. Memang pasti tak secantik yang En. Zahir lukis, tapi kira jadi la tu hu2.. Ini merupakan tempahan drp Pn. Siti. Dia request lukis telur di bahagian dlm kuali, manakala bahagian belakangnya ditulis 'Kitchen Open'. Saya yang 'gatal tangan' menambah sekuntum bunga ros sbb tak nak nampak simple sangat. Harap2 Pn. Siti suka ya..
Bahagian dalam..


Bahagian belakang..

Monday, June 28, 2010

FA kuali leper Pn. Siti yang kedua

Hari ni, saya dah dapat siapkan kuali leper tempahan Pn Siti yang kedua. Kali ni dia minta 3 sahaja utk bunga warna ros iaitu purple (dlm gambar ni nampak mcm warna biru), merah dan pink tua. Kelililing kuali saya cat warna merah supaya nampak agak 'timbul'. Base coat nya pulak warna mild yellow (dlm gambar tak brape nampak). Lepas ni, dua kuali lagi Pn. Siti request spy lukis hydrangeas, sabar ye puan he he..


Saturday, June 26, 2010

FA di atas kuali leper tempahan Anna

 Salam semua.. Tadi saya baru menyiapkan tempahan FA atas kuali leper kepunyaan Anna. Sekali pandang, rupanya sama spt FA kuali leper kepunyaan Pn. Siti tetapi sebenarnya saiz ni agak kecil. So, nampak ruang nya penuh dan saya lukis lebih banyak daun supaya nampak agak rimbun.. Ni saya belum varnish lagi.



Tuesday, June 22, 2010

FA ros atas kuali leper tempahan Pn. Siti

Salam semua.. Dalam dok sibuk dengan kerja d sekolah, almaklumlah baru habis cuti kan, dapat juga saya menyiapkan tempahan drp Puan Siti atas kuali leper ni. Kuali ini dibawa oleh Pn. Siti sendiri ke rumah saya dan jumlahnya bukan satu tetapi empat! Dan pada mulanya saya agak terkejut gak sebab saya pun ada satu kuali macam ni untuk goreng burger kat dapur. Tak terpikir pulak saya utk lukis FA atas kuali ni sebab kuali ni agak berat he he.. Ini juga kali pertama saya buat teknik rustik kat tepi kuali tu.. Thanks pada Ira tolong bagi tips camne nak lukis.. walaupun nampak senang tapi pada mulanya saya tak berapa confident gak nak 'conteng' kat tepi tu takut nampak 'sememeh' sangat. Harap Pn. Siti suka dan kuali2 yg lain tu, sabar dulu ya, saya cuba sedaya upaya siapkannya secepat mungkin..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...