Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Tuesday, March 29, 2011

Signage Allah, Muhammad tempahan Normah, Shah Alam

Assalamualaikum wrt. buat semua rakan.. Hari ni saya upload signage Allah, Muhammad kepunyaan Normah. Dalam kesibukan yang melanda, saya cuba juga seboleh mungkin menyiapkan tempahan customer. Saya mohon maaf pada customer yang terpaksa menunggu agak lama utk siapkan tempahan mereka. Al maklum la saya melukis ni sebagai part time, waktu kurang sibuk dapat la cepat siap. Time sibuk terpaksa la slow skit.. Berbalik pada signage ni, saya harap Normah suka dan berpuas hati.. Ada satu lagi tempahan Normah yang akan saya upload, belum siap lagi he he..



Ini pula, saya selitkan skali makeover bekas surat yang saya hadiahkan kepada kakak saya di Terengganu..

Wednesday, March 23, 2011

Deco painting fruits

Salam ceria di pagi rabu buat semua.. Kali ni n3 saya ialah tiffin setingkat  kepunyaan Ina yang dilukis pelbagai buah iaitu ceri, anggur, kiwi dan lemon. Teknik melukis buah-buahan ni saya pelajari drp Pn. Zaitun dan pada mulanya saya praktikkan pada cerek/kendi (kepunyaan saya sendiri). InsyaAllah next n3 saya akan upload kendi tersebut pula.



Sunday, March 20, 2011

Signage Allah, Muhammad dan deco painting brush box

Salam buat semua.. Tengahari tadi bersiaran la saya di TV1 bagi slot Kerja dari Rumah utk Program Apa Kata Wanita. Saya ingat cuma dua, tiga minit aje siarannya tetapi rupa2nya dalam 10 minit la juga he he.. Kalau kengkawan terlepas siarannya, boleh la tengok ulangannya, tak silap saya pada pukul 2 ptg, hari Jumaat ni (25 Mac 2011). Berbalik pada n3 saya malam ni, ini la dia signage tempahan Kak Farah (kawan saya di Ipoh). Sebelum ini sy ada membuat n3 signage "Welcome" Kak Farah yang saya lukis daisy plus decoupage anggur hijau. Kalau ikutkan, signage ni ada iras2 signage Welcome yg Kak Farah punya tu. Memandangkan Kak Farah tak mau design roses, so saya lukiskan buah beri biru yang berjuntaian pada dahan dan dedaun di bahagian bawah dgn bunga daisy. Saya suka signage ni sebab bila tengok signage ni terasa macam berada di dalam taman he he.. Beri biru ni saya gunakan cotton bud, then baru buat highlight warna putih



Ini pula, brush box yang dah berkurun saya beli  drp Pn. Norana tapi tidak terlukis. Bila dtg mood rajin nak lukis barang sendiri so ini la dia rupanya.. Saja buat kelainan dgn melukis roses warna biru dan purple utk permukaan atas berus. Buah beri merah dan biru, masih gunakan cotton bud. Nampak sedikit kelainan sbb selalunya saya akan serikan dengan lavender atau lilac purple tapi kali ini dengan buah beri pulak..


Monday, March 14, 2011

Deco painting frame cermin

Assalamualaikum wrt. Malam ni ber n3 sy dr Ipoh. Dah berada di sini sejak sabtu lepas. Saja bercuti di homestay saya he he.. Esok nak ke Terengganu pulak, ikut suami outstation di sana. Dapat la balik ke kampung halaman saya sampai Jumaat ni. Saya ada mendpt sms dan email drp Pn Norana bertanya kan sama ada saya nak ikut art course beliau pada hari Sabtu ni. Tu la.. memikirkan sampai dr Terengganu Jumaat malam, so tak dpt la ikut course Kak Nora keesokkan hari nya sebab takut letih since course tu dr pagi sampai petang. Kalau kengkawan berminat nak ikut course tu, contact Kak Nora sendiri ya..(No. hdsetnya 017 2517512). Berbalik kpd n3 saya mlm ni, cermin ni dah lama saya beli dgn Kak Norana tp tak terlukis la pulak.. Last2 bila krew TV1 nak dtg, cepat pulak dpt siapnya sebab nak penuhkan dinding he he.. Background colournya saya gunakan warna Jo Sonja yang terbaru..


                                                      

Thursday, March 10, 2011

Shooting slot utk Program Apa Kata Wanita (Zamzarina)

Salam tengahari buat semua.. Kali ni giliran saya masuk TV pulak he he..  Dua minggu lepas krew TV1 utk slot kerja dari rumah bagi Program Apa Kata Wanita menghubungi saya utk shooting d rumah. Farah (krew) memaklumkan pada saya yang dia mendpt info melalui blog saya. Teringat saya pada Dak Jun (blog Jun Far Sweet Home) yang telah bersiaran bagi slot yang sama pada tahun lepas. Tak sangka plak, Farah (krew) sudi menghubungi saya. So, ni la dia gambar-gambar yang anak prm saya sempat ambil semasa shooting tu. Saya mebuat demo melukis deco painting/folk art dan juga decoupage. Insya Allah, slot saya akan bersiaran pada jam 12 tengahari  hari Sabtu,19 Mac 2011. Kalau rajin dan ada kesempatan, sama2 la kita tonton ya..  TQVM Farah dan krew yang lain coz sudi bertandang ke rumah saya he he..


Ini semasa demo buat decoupage, masa demo lukis roses dan hydrangeas, anak saya tak ter 'snap' la plak gambarnya. Saya pun sibuk bersembang dengan Farah, lupa nak minta anak saya snap gambar..

Ini dia rupa vase yg saya lukis..

Dan vase ni saya hadiahkan pada Farah..

Sunday, March 6, 2011

Lesson dgn Pn. Zaitun - Teacups on sachet box


Salam utk semua.. Malam ni sy upload hasil saya yang kedua, lesson saya bersama Pn. Zaitun iaitu teacups pada sachet box. Rasa2nya ini merupakan kelas saya yang keenam ( Setiap satu barang, selalunya 3 sesi baru siap). Dah lama gak saya nak upload sachet box ni tapi selalu tertangguh je since saya bagi laluan pada barang2 customer dulu. Bukan apa.. selalunya customer tak sabar2 nak tgk hasil lukisan brg2 mereka so sy upload dlm blog dulu supaya diorg dpt tengok. Seronok juga dpt ilmu melukis teacups ni dgn Pn. Zaitun. Skali pandang macam decouopage plak. Actually, Pn. Zaitun minta sy basecoat warna coklat gelap tapi saya 'ter' base coat warna coklat muda pulak hu hu.. Sachet box ni belum lagi saya varnish..




Thursday, March 3, 2011

Deco painting dulang (meja) tempahan Ana - Part 2

Assalamualaikum wrt.. Semoga semuanya berada dalam kerahmatan Allah.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan sambungan lukisan dulang (meja) tempahan Ana. Design pada dulang kedua berlainan drp yang sebelum ni iaitu berbentuk U sebelah kiri dan kanan.. 




Kaki meja..

Tuesday, March 1, 2011

Deco painting roses (periuk) dan epal (kendi)

Salam ceria buat kengkawan.. Dah beberapa hari tak buat n3. Macam2 program la pulak akhir2 ni. Hari ni saya upload dua barang iaitu periuk yang berlukis roses kepunyaan Ana dan kendi epal hijau kepunyaan Intan. Actually, periuk ni ada 3 beradik dan ini saiz yang paling kecil. Dua lagi, coming soon.. Belum siap lagi sebenarnya he he..


Ini pula kendi basuh tangan kepunyaan Intan. Saya lukis epal hijau berbeza skit designnya depan dan belakang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...