Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Sunday, March 20, 2011

Signage Allah, Muhammad dan deco painting brush box

Salam buat semua.. Tengahari tadi bersiaran la saya di TV1 bagi slot Kerja dari Rumah utk Program Apa Kata Wanita. Saya ingat cuma dua, tiga minit aje siarannya tetapi rupa2nya dalam 10 minit la juga he he.. Kalau kengkawan terlepas siarannya, boleh la tengok ulangannya, tak silap saya pada pukul 2 ptg, hari Jumaat ni (25 Mac 2011). Berbalik pada n3 saya malam ni, ini la dia signage tempahan Kak Farah (kawan saya di Ipoh). Sebelum ini sy ada membuat n3 signage "Welcome" Kak Farah yang saya lukis daisy plus decoupage anggur hijau. Kalau ikutkan, signage ni ada iras2 signage Welcome yg Kak Farah punya tu. Memandangkan Kak Farah tak mau design roses, so saya lukiskan buah beri biru yang berjuntaian pada dahan dan dedaun di bahagian bawah dgn bunga daisy. Saya suka signage ni sebab bila tengok signage ni terasa macam berada di dalam taman he he.. Beri biru ni saya gunakan cotton bud, then baru buat highlight warna putih



Ini pula, brush box yang dah berkurun saya beli  drp Pn. Norana tapi tidak terlukis. Bila dtg mood rajin nak lukis barang sendiri so ini la dia rupanya.. Saja buat kelainan dgn melukis roses warna biru dan purple utk permukaan atas berus. Buah beri merah dan biru, masih gunakan cotton bud. Nampak sedikit kelainan sbb selalunya saya akan serikan dengan lavender atau lilac purple tapi kali ini dengan buah beri pulak..


1 comment:

  1. Jazakumullah khair for the Allah-Muhammad s.a.w. signage. They are so beautiful, hanging on our wall at the restaurant. Two people asked about it. Next time when you visit our pizza place in Ipoh, I have to ask you to leave some name cards in case they are interested in ordering (please include your blogspot address so they can check our your art work). Abdul is still complimenting you art work. Jazakumullah khair. Farah, My Roma Pizza, Ipoh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...