Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, April 28, 2011

Deco painting roses penapis

Selamat malam buat kengkawan semua.. Malam ni saya upload sepasang penapis yang saya lukis roses untuk Nurul, Ipoh.. 



Ini pula student decoupage saya, shiela dengan hasil decoupage beliau...

Monday, April 25, 2011

Jewellery box kepunyaan Kak Habibah

Assalamualaikum wrt wbt  buat semua kengkawan. Dalam dok sibuk dgn pelbagai aktiviti di skolah, saya cuba juga meluangkan sedikit masa utk melukis tempahan customer. Dah janji, kena la siap ikut time.. tapi kadang-kadang terlewat siap gak hi hi..Jangan marah ye sebab tak dapat dielakkan. So, today saya nak share dgn kengkawan deco painting hydrangeas jewellery box kepunyaan Kak Habibah. Kak Bib minta saya lukis di bahagian luar dan dalam kotak. Ni saya belum varnish lagi..


Friday, April 22, 2011

Rolling pin kepunyaan Ana dan Ina

Selamat petang kpd semua rakan bloggers..N3 saya hari ini ialah deco painting rolling pin kepunyaan Ana dan Ina. Sekali pandang, nampak macam sama je rupa kedua2 rolling pin ni tapi sebenarnya designnya agak lain. Cadangnya nak gantung dengan tali riben dan hias skit dgn riben tapi Ana kata tak payah, may be dia nak hias sendiri la kot..

Rolling pin Ina.. Saya lukis bunga kecil antara dedaun..

 Ana punya,saya lukis putik bunga di celah dedaun..

Thursday, April 21, 2011

Deco painting roses buluh gantung dan Pattern Packet (Pn. Zaitun)

Salam buat semua.. Kali ni saya upload alas buluh gantung tempahan Yana (Seri Kembangan). Dia nak design sebiji macam buluh gantung akak punya (ada n3 sblm ni) so saya pun lukis sebiji la cuma bentuk bunga agak beza skit. Awal2 dulu bunga lain, skarang dah berubah skit..


Ini pula pattern packet yang dihasilkan oleh Pn. Zaitun dan beliau minta saya tolong jualkan. Harganya RM10 tanpa kos pos. Kalau sesapa yang dtg blajar di rmh saya, boleh la beli utk praktis. Dlm packet ni ada cara2 buatnya. Kalau nak pos, boleh juga cuma saya tak confirm lagi kos pos dgn Pn. Zaitun..


Monday, April 18, 2011

Art lesson dengan Pn. Zaitun

Salam ceria buat semua.. Kali ni n3 saya ialah hasil lesson saya yang ke 3 dengan Pn. Zaitun iaitu painting fruits pada kendi. Saya yang request dgn Pn. Zaitun utk lukis pelbagai buah2an iaitu anggur, kiwi, ceri, beri dan epal. Saya juga belajar cara buat daun ivy (daun buah anggur), bentuknya agak berbeza dengan daun biasa. Pn. Zaitun juga mengajar saya teknik splattering iaitu menggunakan berus gigi dan cat utk effect colour coklat bertaburan pada kendi. Next project, ialah melukis rose design baru yang banyak kelopak - tak tahu la jadi ke tak hu hu..

Nampak tak, titik2 halus warna coklat pada kendi - teknik splattering..

Daun ivy (anggur)..


Ini fisrt painting student saya iaitu Mas dr Putrajaya jugak (pakej daisy).. Kelas deco painting kini dibuka..

Friday, April 15, 2011

Deco painting strawberries plus roses

Salam semua.. Malam ni saya nak share dgn kengkawan semua make over dulang/talam lama kepunyaan arwah mak mentua saya atas permintaan adik ipar saya. Of course, dulang ni meninggalkan memori yang tidak ternilai dan disimpan oleh beliau sebagai kenangan. Kalau kengkawan ingat, saya ada melukis gambar scenery dgn En. Zahir pada dulang yg sebelum ni. Juga kepunyaan arwah mak mentua yg adik ipar beri pada saya. Oh ya.. pada keliling dulang ni, saya gunakan teknik sponging since dulang ni agak besar saiznya..


Ha.. ni pulak diary/note book yang saya hadiahkan pada Kak Sharifah (Alor Setar) sebagai tanda ingatan. Hari tu, lupa nak upload skali ngan barang tempahan Kak Pah.

Thursday, April 14, 2011

Deco painting plus decoupage signage

Assalamualaikum wrt buat rakan blogger semua.. Malam ni saya upload signage hadiah untuk birthday anak saya, Najihah yang ke 6 tahun pada 18 April akan dtg. Dia teruja sungguh apabila melihat signage ni. Saya mendapat tisu decoupage anak patung bear ni drp rakan saya iaitu Kak Saniah yang saya kenali semasa belajar FA dgn Pn. Zaitun. Untuk nampak cantik lagi, saya mengggunakan teknik stippling dgn menggunakan deer foot brush utk timbulkan lukisan bear tu.



Ini pula signage yang anak dara saya, Aisyah (11 tahun) hasilkan dengan tunjuk ajar saya. Not so bad kan..

Tuesday, April 12, 2011

Kelas Decoupage bersama Rusni dan suami

Salam sejahtera semua.. Pagi ni saya nak share dgn kengkawan sesi kelas decoupage saya bersama dgn Pn. Rusni dan suaminya.. Pn. Rusni dtg dgn penuh bersemangat utk belajar decoupage dan folk art/deco painting. Tapi sayangnya saya cuma membuat kelas decoupage sahaja. InsyaAllah, mulai 1 Mei akan datang, kelas deco painting/folk art akan dibuka. Sesapa yang nak tau butiran lanjut, email saya ya..Kalau tengokkan signage kerja tangan mereka berdua, signage En. Marzuki (suami Pn. Rusni) lebih menyerlah sbb beliau sbenarnya guru Pendidikan Seni. Segan juga saya sebab guru bahasa yang mengajar guru seni, terbalik la pulak hu hu.. 


Ini signage En. Marzuki, no rumah tu beliau tulis sendiri tanpa di print.. Kalah cikgu hu hu..

Ini signage Pn. Rusni. Saya ajar cara buat shading kat keliling bunga..

Sunday, April 10, 2011

Deco Painting Strawberry

Selamat malam semua rakan blog. Malam ni saya upload 2 barang yang dilukis buah strawberi iaitu penapis santan kepunyaan Kak Pah dan alas buluh gantung kepunyaan Normah. Kak Pah bagi pada saya penapis santan saiz besar terpakai untuk di make over.


Ini pula alas buluh gantung tempahan Normah (Shah Alam)...

Thursday, April 7, 2011

Deco painting periuk dan sterika antik Kak Maziah

Salam ceria buat semua kengkawan. Hari ni saya nak share dgn kengkawan dua barang yang telah saya make over iaitu periuk dan sterika antik kepunyaan Kak Maziah (Putrajaya). Periuk lama Kak Maziah ni (katanya slalu masak kuah laksa utara he he..), saya lukis hydrangeas mengikut permintaaan tuannya.


Ini pulak, sterika antik pemberian mak mentua Kak Maziah. So saya berikan sentuhan baru, nak bagi ceria skit..

Haa.. ni pula, kawasan laman rumah Kak Maziah di Putrajaya yang tenang dan damai. Anak2 saya pun sronok bukan main bila tengok kolam ngan pondok. Saya snap foto ni masa pi hantar tiffin dan kebetulan Kak Maziah buat kenduri doa selamat. Saya sampai pun dah petang, tapi sempat lagi makan nasi lauk gulai nenas ikan masin masakan utara.. Sedapnya! Terima kasih Kak Maziah..

Tuesday, April 5, 2011

Deco painting scenery plus roses

Salam sejahtera  buat semua.. Malam ni saya nak share dgn kengkawan hasil tangan saya yang saya suka sangat2 he he.. Periuk lama ini kepunyaan Kak Sharifah (Alor Setar) yang telah saya make up semula. Sebelum ni saya ada melukis scenery pada periuk pengukus utk Kak Pah. Ada satu lagi periuk Kak Pah yang saya belum lukis, sabar ya Kak Pah hu hu..


Perasan tak ada pokok epal dan buah di bhg depan scenery?  Saya ambil idea ni di dalam salah sebuah koleksi buku deco painting saya..

Sunday, April 3, 2011

Make over Chinese Tiffin

Salam buat semua.. Petang ni saya nak share dgn kawan2, chinese tiffin kepunyaan Kak Maziah (Putrajaya) yang telah saya make up semula. Tiffin ni saiznya amat besar. First time masa Kak Maziah bawa ke rumah saya, terkejut la jugak tengok saiznya. Slalunya Chinese tiffin yg saya jumpa cute je saiznya he he..Kak Maziah minta saya kekalkan warna hitam dan merah sbb katanya tiffin ni pemberian drp rakannya so dia kata ada sentimental valuenya. Jadi, saya cat semula mengikut warna asal. Harap Kak Maziah suka dengan rupa baru tiffin ni..





 Rupa asal tiffin ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...