Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Kotak tisu. Show all posts
Showing posts with label Kotak tisu. Show all posts
Monday, February 6, 2012
My 'Little House' - Hasil lesson dgn Pn. Aniza
Salam buat semua.. Kali ni saya upload hasil painting lesson dgn Pn. Aniza iaitu tissue box yg dah berubah menjadi rumah hi hi.. banyak teknik painting yg saya pelajari apabila melukis tissue box ni contohnya cara nak buat topiari, teknik nak timbulkan small bushes, cara lukis tulip dan daffodil yg kecil, cara lukis atap dll..



Friday, October 28, 2011
Hydrangeas tissue box
Assalam semua.. Kali ni saya upload hydrangeas tissue box kepunyaan Ana. Ana suka warna yang agak terang so dia nak warna bunga hydrangeas yg terang. Saya gunakan banyak warna biru utk combination colours purple dan biru. Begitu juga utk warna merah pink, saya lebihkan warna merah. Utk bunga kuning pula, saya lebihkan warna oren. Harap2 Ana suka..
Tuesday, July 12, 2011
Hydrangeas tissue box
Selamat malam semua.. Malam ni saya upload tissue box yang telah dimake over daripada putih kpd warna hitam. Asalnya ditampal decal sahaja, then Ina, tuan punya tissue box ni minta saya lukis hydrangeas. So, macam ni la rupa baru nya..
Tuesday, February 15, 2011
Pink roses painting - kotak tisu dan tin
Selamat malam semua.. Kali ni n3 saya ialah painting roses saya pada kotak tisu dan tin coklat kepunyaan Intan. Kali ni saya tak ada pulak menulis title n3 saya dgn word FA (Folk art) sbb teringat ms sembang dgn Pn. Zaitun. Beliau menerangkan bahawa painting yg selalu dilukis ni dikenali sebagai Decorative Painting bukan Folk Art. Kalau kengkawan nak tau apa bezanya, carilah info dlm internet he he.. (kalau sy terangkan kat sini, panjang lebar la pulak). So, ini lah rupa baru brg2 yg Intan hantar pd saya. Ada satu lagi yg akan sy upload lps2 ni (tengah dlm proses varnish).
Terlupa pulak saya nak ambik gambar side depan kotak tisu..
Wednesday, December 8, 2010
FA Kotak tisu bulat dan buluh gantung
Apa kabar semua rakan2 bloggers.. Hari ni saya nak tunjukkan dua hasil FA saya iaitu pertamanya FA hydrangeas pada kotak tisu bulat. Kotak tisu ni saya cadang nak hadiahkan kepada isteri rakan suami saya tapi cenderahati ni masih ada lagi dgn saya, tak berkesempatan lagi nak bagi. Kepada kengkawan yang berminat nak menempah atau membeli kotak tisu seperti ini, harganya ialah RM35 skali dengan poslaju. Saya ada 3 unit aje kotak tisu ni. Sapa yang cepat tempah, dia la yg dapat he he..
Ha.. ini pula buluh gantung hadiah kepada Kak Ani, kakak ipar saya di Dungun, Terengganu. Dia suka sangat dengan hasil FA saya dan kdg2 ada kelapangan, akan membuka blog saya. TQ Kak Ani. Walaupun jarang2 berjumpa tapi engkau tetap di hatiku..
Monday, October 25, 2010
FA lesson dgn En. Zahir dan FA tissue box kepunyaan Karimah (make over)
Salam pagi Isnin buat semua rakan blogger. Hari Sabtu beberapa minggu yang lepas, sekali lagi saya berpeluang utk mengikuti FA lesson dgn En. Zahir. Saya request nak belajar lukis hydrangeas mengikut teknik En. Zahir pula walaupun saya dah ada blajar dgn Pn. Norana sebelum ni. Ini la dia signage yang saya dapat siapkan tetapi wordingnya belum tulis2 lagi. Cadangnya nak tulis 'Life is a gift', wording kesukaan Kak Norana he he..
Ini pula tissue box yang telah saya make over kepunyaan Karimah. Hari tu saya dah lukis ros pd tissue box yang pertama (base coat putih). Kali ni Karimah request warna hitam bunga hydrangeas pulak.. Memandangkan tissue box ni berkerawang so saya boleh lukis di tempat2 tertentu sahaja.
Ini pula tissue box yang telah saya make over kepunyaan Karimah. Hari tu saya dah lukis ros pd tissue box yang pertama (base coat putih). Kali ni Karimah request warna hitam bunga hydrangeas pulak.. Memandangkan tissue box ni berkerawang so saya boleh lukis di tempat2 tertentu sahaja.
Bahagian tepinya saya lukis bunga lavender sebab ruangnya terhad..
Wednesday, August 11, 2010
Makeover bekas tisu
Salam hari pertama Ramadhan buat kawan-kawan.. Kali ini saya nak share dengan kawan2, FA saya pada bekas tisu yang telah di 'make up' semula. Bekas tisu ini kepunyaan Karimah. Memandangkan bekas tisu ni ada kerawang, saya tak nak lukis bunga yang banyak sangat, takut nampak serabut.. Ada satu lagi bekas tisu seperti ini tetapi berwarna hitam yang Karimah minta saya make up semula.. Sabarrrr ya karimah he he..
Wednesday, July 21, 2010
FA roses bekas kotak tisu tempahan Kak Sharifah (Alor Setar)
Alhamdulillah.. tempahan Kak Sharifah dari Alor Setar yang ketiga dapat saya siapkan malam tadi. Lega sangat2 rasanya. Ini merupakan pertama kali saya lukis ros pada bekas kotak tisu, tak tau la bagaimana respon tuannya.. Bekas tisu ni belum lagi saya varnish sebab nak touch up sikit lagi. Mayb saya nak lukis hydrangeas purple sebagai penambah seri. Saya sengaja tak banyakkan daunnya supaya sweet roses tu menyerlah..
Subscribe to:
Posts (Atom)