Salam sejahtera rakan bloggers semua.. Tengahari ni saya nak share hasil painting saya pada tong ikea kepunyaan Sara. Sara minta saya lukis lemon yang nampak coutry style.. So inilah hasilnya... :-)
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah-buahan. Show all posts
Saturday, December 29, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Pengukus..
Assalam buat semua.. Pernah tak tengok pengukus bentuk cam ni? Kalau orang Pantai Timur slalunya gunakan pengukus ni utk kukus nasi dagang hi hi.. Kali ni saya dah tukar rupa pengukus ni dengan gambar buah2an. Pengukus ni kepunyaan Datin Maziah, customer tetap saya.. Lama la jugak pengukus ni dok terperap bukannya saya tak nak lukis tapi nak ambik mood lukis epal seksa gak.. Harap2 tuannya suka..
Buah blue berries di bahagian atas..
Bhg tengah strawberries, epal hijau dan lemon..
Bhg bawah buah berries di celah2 daun..
Saturday, January 7, 2012
Fruits on a tray
Salam sejahtera.. Pagi ni saya upload dulang yang telah di make over kepunyaan Kak Maziah. Dulang ni saya terima dalam keadaan yg sangat buruk. Kata Kak Maziah, mak mentua nya gunakan dulang ni utk tutup tong sampah di luar rumah hu hu.. So, bila dah di make up, dah berubah 100 percent hi hi..


Ini pula signage yg ditempah oleh anak sedara saya utk hadiah hari jadi mamanya ( kakak ipar saya)..
Ini pula signage yg ditempah oleh anak sedara saya utk hadiah hari jadi mamanya ( kakak ipar saya)..
Wednesday, November 9, 2011
Fruits on enamel pot
Assalam.. Hari ni saya upload gambar buah2an atas periuk enamel tempahan Ina. Ada 4 jenis buah yg saya lukis, lemon, epal,mulberi dan ceri..
Monday, July 18, 2011
Fruits again..
Salam petang Isnin buat semua.. Lately saya banyak menerima tempahan fruits drp customer tetap saya, Ana.. Ana sebenarnya banyak menempah drp ramai deco painter yang lain gak seperti Afeen, Salbiah, Letchumi dll.. Maybe koleksi ros dan hydrangeas dah banyak so Ana minat fruits plak hi hi.. So, hari ni saya upload periuk enamel kepunyaan Ana yang dilukis dengan ceri, mulberi, strawberi dan lemon..
Thursday, June 23, 2011
Varieties of fruits
Assalamualaikum wrt.. Petang ini saya nak share dgn kengkawan deco painting fruits pada tudung periuk/pengukus kepunyaan Ana. Ana nak macam2 jenis buah..
Wednesday, March 23, 2011
Deco painting fruits
Salam ceria di pagi rabu buat semua.. Kali ni n3 saya ialah tiffin setingkat kepunyaan Ina yang dilukis pelbagai buah iaitu ceri, anggur, kiwi dan lemon. Teknik melukis buah-buahan ni saya pelajari drp Pn. Zaitun dan pada mulanya saya praktikkan pada cerek/kendi (kepunyaan saya sendiri). InsyaAllah next n3 saya akan upload kendi tersebut pula.
Monday, February 7, 2011
FA strawberry mangkuk tingkat tempahan Ina
Assalamualaikum wrt.. Kali ni n3 saya ialah mangkuk tingkat atau tiffin yang saya lukis strawberi. Ina tak kisah saya design mcm mana pun so so lukis penuh strawberi di bhg depan dan belakang..
Side A..
Side B..
Thursday, February 3, 2011
Periuk buah2an tempahan Ana
Salam sejahtera utk semua.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan FA buah2an pada periuk (make over) kepunyaan Ana. Ana nak lebih buah strawberi so tak nak dlm satu warna sahaja, saya selitkan epal hijau dan lemon. Bahagian kakinya pula saya lukis kan blue berry ( bukan anggur sbb saiznya kecil) di sekelilingnya.
Bahagian belakang..
Buah epal di sblh kanan nampak agak pelik sbb permukaan periuk bercorak so nampak tak rata..
Thursday, January 13, 2011
Fa buluh gantung epal merah tempahan Rohaiza
Salam sejahtera semua.. Saya jarang buat n3 waktu cam ni. Anyway since selepas ni ada hal, terpaksa buka internet awal skit. Dah janji dgn tuan punya signage ni nak upload mlm ni gak.. Ini dia FA epal merah tempahan Rohaiza dr Sabak Bernam. Ini merupakan tempahan kedua Aiza dgn saya. Yang pertama ialah signage papan dua bulan yang lalu kot.. Nama Shamiza tu saya rasa gabungan nama Aiza dan suaminya. Ingat tak FA buluh gantung epal hijau tempahan Harnie? Aiza minta saya tukar kan warna epal tu ke warna merah.
Thursday, December 30, 2010
FA fruits and vegetables tempahan Kak Sharifah
Salam semua rakan2.. Kali ni saya nak share dgn kawan2 hasi; FA yang terbaru saya iaitu FA buah2an dan sayur2an pada dua dulang tembaga yang dah di make over. Asalnya dulang tembaga ni berwarna gold dan memang berat la.. Kak Sharifah (Alor Setar) minta saya make up semula. Jenuh gak pikir design yang sesuai. Since, hari tu saya dah lukis bunga dan scenery untuk Kak Pah so, kali ni saya lukis buah dan sayur plak. Saya suka sangat tengok design dulang buah ni dengan warna rustik di keliling nya..
Ni pulak sayur2an.. First time lukis sayur, nampak separuh jadi, separuh lagi tak berapa menjadi he he..
Ni pulak sayur2an.. First time lukis sayur, nampak separuh jadi, separuh lagi tak berapa menjadi he he..
Capsicum hijau tu nampak macam buah asam gelugur je he he..
Wednesday, November 24, 2010
Fa buluh gantung strawberi dan epal hijau
Salam buat semua.. Hari ni n3 saya ialah FA dua unit buluh gantung. Yang pertama merupakan FA strawberi tempahan Jida. Dia nak macam tempahan Kak Maja tapi saya modify skit dari segi design. Tulisan pun berlainan skit walaupun wording nya sama..
Ini pula FA epal hijau tempahan Harnie (Negeri Sembilan). Dia nak gantikan design strawberi dengan epal hijau since dapurnya bertemakan warna hijau. Wording pun dia minta tukar skit perkataan 'Mummy'. Ini la first time saya lukis epal hijau. Agak2 jadi ke rupa epal hijau ni yek? Sebelum ni saya cuma belajar lukis epal merah aje dgn Pn. Norana.. Harap2 Harnie suka la ya.. Oh ya.. Untuk makluman kengkawan dan customer, dalam seminggu dua ni saya tak akan buat n3 since saya akan bercuti ke London sehingga 3hb Disember. Ni nak sambut anniversary ke 17 kat sana ha ha.. So sekiranya ada pertanyaan tempahan melalui sms atau email, saya akan reply selepas 3 Disember. Until then, sayonara..
Subscribe to:
Posts (Atom)