Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Alas meja buluh. Show all posts
Showing posts with label Alas meja buluh. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Pink signage buluh gantung

Assalam buat semua.. Hari ni ni saya upload signage buluh gantung kepunyaan Nurul dari ipoh. Nurul nak base warna pink so saya cuba make it pink sweet color. Daunnya ada kelainan skit drp signage buluh gantung yg sebelum ni. Harap2 Nurul suka..


Sebelum masuk wording..

Thursday, September 15, 2011

My sister's signage

Salam buat semua.. Hari ni saya upload 2 signage tempahan adik saya, Rohani. Dia minta saya lukis buah peach utk kitchen's signage sbb katanya dapurnya tema kaler krim dan peach.

Ni signage nama dia.. Sweet pink gitu hi hi..

Wednesday, July 27, 2011

Alas buluh gantung strawberries

Selamat pagi kengkawan.. Hari ni saya upload signage buluh gantung kepunyaan Azura. Dia dah tak sabar nak tengok signage ni.. Saya pun teruja nak upload sbb bila customer suka, kita pun seronok.. Painting ni sebenarnya memang depends pada mood kita sebab pada saya, saya akan lukis dengan hati yang seronok, baru la hasilnya pun menyeronokkan..



Ini pula signage hydrangeas yang kawan saya minta lukiskan. Dia kata dah lama tak pegang berus, dah rasa agak kekok.. Signage ni kecik aje saiznya.. wordingnya tuan punya akan tuliskan sendiri..

Thursday, July 7, 2011

Signage alas buluh gantung

Salam semua .. Hari ni saya upload signage alas buluh gantung berwarna pink tempahan Aya untuk salonnya..

Thursday, May 5, 2011

Signage strawberries tempahan Murni

Selamat malam semua.. Malam ni saya upload deco painting strawberries pada alas buluh gantung kepunyaan Murni. Murni minta basecoatnya warna krim. Saya rasa basecoat krim lebih menyerlah berbanding warna putih tapi depends pada taste customer la kan..


Thursday, April 21, 2011

Deco painting roses buluh gantung dan Pattern Packet (Pn. Zaitun)

Salam buat semua.. Kali ni saya upload alas buluh gantung tempahan Yana (Seri Kembangan). Dia nak design sebiji macam buluh gantung akak punya (ada n3 sblm ni) so saya pun lukis sebiji la cuma bentuk bunga agak beza skit. Awal2 dulu bunga lain, skarang dah berubah skit..


Ini pula pattern packet yang dihasilkan oleh Pn. Zaitun dan beliau minta saya tolong jualkan. Harganya RM10 tanpa kos pos. Kalau sesapa yang dtg blajar di rmh saya, boleh la beli utk praktis. Dlm packet ni ada cara2 buatnya. Kalau nak pos, boleh juga cuma saya tak confirm lagi kos pos dgn Pn. Zaitun..


Thursday, January 13, 2011

Fa buluh gantung epal merah tempahan Rohaiza


Salam sejahtera semua.. Saya jarang buat n3 waktu cam ni. Anyway since selepas ni ada hal, terpaksa buka internet awal skit. Dah janji dgn tuan punya signage ni nak upload mlm ni gak.. Ini dia FA epal merah tempahan Rohaiza dr Sabak Bernam. Ini merupakan tempahan kedua Aiza dgn saya. Yang pertama ialah signage papan dua bulan yang lalu kot.. Nama Shamiza tu saya rasa gabungan nama Aiza dan suaminya. Ingat tak FA buluh gantung epal hijau tempahan Harnie? Aiza minta saya tukar kan warna epal tu ke warna merah.



Wednesday, December 8, 2010

FA Kotak tisu bulat dan buluh gantung


Apa kabar semua rakan2 bloggers.. Hari ni saya nak tunjukkan dua hasil FA saya iaitu pertamanya FA hydrangeas pada kotak tisu bulat. Kotak tisu ni saya cadang nak hadiahkan kepada isteri rakan suami saya tapi cenderahati ni masih ada lagi dgn saya, tak berkesempatan lagi nak bagi. Kepada kengkawan yang berminat nak menempah atau membeli kotak tisu seperti ini, harganya ialah RM35 skali dengan poslaju. Saya ada 3 unit aje kotak tisu ni. Sapa yang cepat tempah, dia la yg dapat he he..



 
Ha.. ini pula buluh gantung hadiah kepada Kak Ani, kakak ipar saya di Dungun, Terengganu. Dia suka sangat dengan hasil FA saya dan kdg2 ada kelapangan, akan membuka blog saya. TQ Kak Ani. Walaupun jarang2 berjumpa tapi engkau tetap di hatiku..



Wednesday, November 24, 2010

Fa buluh gantung strawberi dan epal hijau

Salam buat semua.. Hari ni n3 saya ialah FA dua unit buluh gantung. Yang pertama merupakan FA strawberi tempahan Jida. Dia nak macam tempahan Kak Maja tapi saya modify skit dari segi design. Tulisan pun berlainan skit walaupun wording nya sama..




Ini pula FA epal hijau tempahan Harnie (Negeri Sembilan). Dia nak gantikan design strawberi dengan epal hijau since dapurnya bertemakan warna hijau. Wording pun dia minta tukar skit perkataan 'Mummy'. Ini la first time saya lukis epal hijau. Agak2 jadi ke rupa epal hijau ni yek? Sebelum ni saya cuma belajar lukis epal merah aje dgn Pn. Norana.. Harap2 Harnie suka la ya.. Oh ya.. Untuk makluman kengkawan dan customer, dalam seminggu dua ni saya tak akan buat n3 since saya akan bercuti ke London sehingga 3hb Disember. Ni nak sambut anniversary ke 17 kat sana ha ha.. So sekiranya ada pertanyaan tempahan melalui sms atau email, saya akan reply selepas 3 Disember. Until then, sayonara..



Wednesday, November 10, 2010

FA buluh gantung tempahan Lina dan Fairuz

Salam kengkawan.. Hari ni n3 saya ialah dua unit buluh gantung tempahan drp 2 orang individu berlainan iaitu satunya drp kawan saya di Ipoh iaitu Lina. Dah lama jugak saya lukis buluh gantung ni tapi saya terlupa nak buat n3 psl ni. Sorry ya Lina..



Ini pula tempahan drp anak saudara saya iaitu Fairuz. Dia pun dah mula nak mendeko rumahnya ala2 Inggeris. Skarang ni dok sibuk blajar buat decoupage. Lepas ni agaknya continue dgn lukis folk art pulak. Sapa lagi cikgunya, kalau tak saya he he.. Oh ya, saya lukis buluh ni lebih kurang sama dengan buluh gantung yang saya hadiahkan pada abang saya masa bulan Puasa hari tu.



Friday, October 22, 2010

FA signage dan buluh gantung tempahan Hayati

Minggu lepas, saya telah dapat menyiapkan tempahan Hayati dari Johor Bharu. Kalau kengkawan ada masa, ziarah la blog dia : http://ytelife.blogspot.com/ .Yati tempah 1 signage mdf board, satu signage buluh gantung. Yang buluh gantung, Yati request tulis huruf jawi. Since saya tak ada perisian jawi, so Yati send email nama dia dan suami dalam huruf jawi.



Monday, October 18, 2010

FA buluh gantung strawberi dan ros tempahan Kak Maja

  Assalamualaikum wrt.. Semoga semuanya sihat di pagi Isnin. N3 saya pagi ini ialah FA buluh gantung strawberi dan ros tempahan Kak Madziyah (Kak Maja) dari Putra Perdana. Ofis Kak Maja d Putrajaya aje so dia dtg rumah saya ambik tempahan. Walaupun tak pernah kenal Kak Maja, tapi first time jumpa rasa macam dah kenal lama je he he.. Dah nak balik baru la tau yang Kak Maja rupanya senior saya masa belajar di UIA cuma course je berbeza. Kecik nya dunia ni he he..





Tuesday, September 28, 2010

FA Alas buluh gantung tempahan Wati

Selamat malam semua.. Dah lama saya tak buat n3 waktu malam sebab tak berkesempatan nak buka blog. Malam ni tetiba je rajin he he.. Kali ni n3 saya ialah FA alas buluh gantung. Ada dua signage alas buluh gantung yang ditempah oleh Wati. Design hampir sama dgn yang sebelum2 ni gak. Dah customer suka, saya lukis aje..

  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...