Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Sunday, May 30, 2010

Tempahan FA

  
Hari ni saya dapat menyiapkan 5 signage sekaligus.. Wow, dengar macam cepat je buat he he.. Sebenarnya dah mula base coat papan2 tu sejak Jumaat lagi. Buat pelan2 nak dapat idea dulu.. Agak susah saya nak buat sign Allah dan Muhammad sebab first time buat. Cari wording lagi, jenuh gak serve internet.. pastu fikir nak buat frame camne.. Asalnya nak buat stripe tapi rasa mcm byk cerita pulak sbb nak buat 4 sekaligus takut tak sempat siap. Tuan empunya dah tanya sejak minggu lepas lagi dah. So, ini lah hasilnya.. Manakala signage tempahan Edayah pula, dia minta warna hitam sebab dindingnya kaler putih. So dia nak warna kontra supaya nampak. Sesiapa yang beminat nak tempah, sms saya ya..


FA roses kelas Pn. Norana

Salam hormat semua.. Semalam saya menghadiri kelas K.Norana, kebetulan jumpa Irma (Iris Cottage) pun yang baru first time datang tapi tak sempat sembang sebab semua dah khusyuk nak belajar he he.. Dan ini dia hasilnya kali ini, signage Welcome. Hari ni dah siap gantung kat depan rumah.. Next lesson, Kak Nora kata nak ajar lukis strawberry pulak. Saya siap2 beli papan tempat letak kek ngan Kak Nora, nanti datang siap bawa yang dah base coat. Jimat masa, kata K. Nora..


Thursday, May 27, 2010

Buku oh buku..


Kali ni n3 saya berbalik kepada hasil lesson saya dgn K.norana. Selepas 3 kali sesi melukis ros, ini dia hasil kerja saya dengan bantuan Kak Nora. Huh.. penatnya nak siapkan kotak buku ni. Saya belajar teknik baru iaitu slip lap untuk base nya. Kalau tengok dlm buku yg K.Nora dan kwn2 dia tu, ada ditunjukkan pelbagai teknik untuk corak base. Nampak mudah je masa baca tp bila buat, mak datuk susah jugak sebab kalau tak pandai corakkan, nampak 'sememeh' sangat. Seperti biasa la, kalau nampak teruk sangat, K.Nora akan betulkan balik he he.. Walaupun amat mencabar dan memenatkan, tetapi alhamdulillah dapat juga saya siapkan dan akan saya simpan kotak ni sebagai kenangan saya berguru dengan K.Nora..




Ini pula tempahan drp Halimaton, saiz plak/signage ni 14"x9" . Alhamdulillah, tuan punya suka, so kira orait la tu.. Sesiapa nak tempah, contact saya ye..


Wednesday, May 26, 2010

Tempahan FA house number Hasnida dan Jill

Salam kengkawan.. Hari ni saya berjaya menyiapkan dua signage house no. tempahan drp rakan saya iaitu Hasnida dan Jill. Diorang dah sibuk tanya bila la nak dapat.. Bukan tak sempat tapi saya nak dapat mood dan idea dulu.. Kalau mood tak ada, hasil kerja langsung tak memuaskan hati saya. Tapi ini tak bermakna walau ada mood pun, saya dah berpuas hati dgn FA saya.. Banyak sangat lagi saya kena improve skill dan kena selalu praktis lagi serta banyak lagi saya kena belajar dengan guru saya, Kak Nora. Lain la macam Ira (Pink Vintage), FA dia memang cantik dan saya amat kagum dengan hasil kerja tangan dia yang halus dan menarik. So, ini lah hasil FA saya kali ini..




Ini pula, alas meja buluh yang saya upload sblm ni tanpa wording. Hari ni dah siap masuk wording. Stok masih ada. Kalau ada sesiapa yang berminat, blh contact saya..

Monday, May 24, 2010

Tempahan FA hydrangeas dan FA roses

Salam petang Isnin.. Syukur, alhamdulillah dapat kita bersua lagi di alam maya ni.
Semalam saya berjaya menyiapkan tempahan hydrangeas sebanyak 6 signage oleh rakan-rakan. Saya upload 4 drpnya. Design semuanya sama saja untuk ditampal atas papan kenyataan. Dah hampir 2 minggu rakan saya menunggu. Dalam kesibukan kerja di sekolah dan sibuk juga menghadiri kelas FA dengan Kak Norana setiap minggu, at last siap la juga tempahan ni..



Ini pula FA ros yang saya lukis atas alas meja buluh, belum ditulis apa-apa wording lagi. Boleh digantung atau buat alas atas meja kecil (8" x 12"). Sesiapa berminat nak tempah, boleh email atau sms saya.

Monday, May 17, 2010

Signage ros utk Rosmawati

Signage 'fully roses' saya yang pertama ialah tempahan drp Rosmawati. Actually, dah hampir seminggu lebih dia minta saya buat signage tu tapi saya hold dulu sebab nak bagi mahir dan 'lembut' lagi jari jemari saya supaya bunga yang dihasilkan nampak comel skit ha ha.. Dan saya rasa (perasan lagi he he..) memang banyak perubahan bentuk bunga yang dihasilkan setelah banyak kali praktis. Pesan Kak Norana - always practise drawing to make the roses more beautiful..



Ini pulak, bila dah kemaruk lukis ros, mula la cari je barang-barang yang boleh dilukis he he..

Thursday, May 13, 2010

Hydrangeas utk Dora dan roses utk Hr Guru dan Hr Ibu..

Salam semua.. Kali ni saya dpt tempahan drp kawan saya Dora. Dia suka sangat hydrangaes so dia minta saya lukis 2 signage. Saya cuba buat secantik yang boleh, risau juga takut dia tak puas hati kan, almaklum la saya ni masih dalam proses belajar. Sebut pasal belajar, teringat saya tips yang Ira berikan (baca la blog dia - Pink Vintage). Banyak yang dia share cara2 untuk lukis FA yang cantik khususnya lukis roses. Saya tabik Ira ni, dia memang tak lokek ilmu.. Berbalik pada topik saya (dah lari dr topik ni), ini dia 2 signage yang telah saya lukiskan..



Ini pula masih lagi tempahan roses small signage utk Hari Guru dan Hari ibu. Rasa2nya roses tu dah ada improvement skit (perasan ni he he..)



Sunday, May 9, 2010

Tempahan sempena Hari Ibu

Ini dia tempahan sempena Hari Ibu oleh rakan-rakan anak saya.. Cuba juga buat walaupun saya agak sibuk di skolah..


Happy Mother's Day

Hari ni sememangnya hari yang amat bermakna bagi seorang ibu. Begitu juga saya.. Anak-anak saya (dan suami juga he he) begitu memahami tugas saya sebagai seorang ibu bekerja. Terima kasih atas hadiah yang amat bermakna buat umi.. and for my hubby as well, thanks dapat keluar dating makan di Nando's Restaurant semalam he he.. Kepada semua rakan juga, Happy Mother's Day..

Sunday, May 2, 2010

Signage Hydrangaes

Ini dia hydrangaes saya yang kedua. Kali ni saya buat signage 'Welcome' yang saya dah janji pada anak-anak murid utk untuk keceriaan kelas di sekolah.

'Cup cakes' untuk Hari Guru

Hari ni, anak perempuan saya yang tahun 4 sibuk suruh ajar dia buat 'cup cakes' untuk cikgu dia sempena Hari Guru akan datang. Pada hal 2 minggu lagi nak sambut.. Saya bagi idea, dia yang buat sendiri. Sebenarnya, dalam bekas tu, dia letakkan surat khabar nak bagi penuh. Last skali, baru saya touch up. Bila dah siap, adik2 nya pulak terliur nak makan he he..

Saturday, May 1, 2010

Signage untuk tampal nota

Ini signage untuk tampal nota, request drp my sis in law utk diletakkan di ofis dia. Dia nak warna cerah dan simple, so saya decide guna warna mild yellow. Utk 'frame' keliling, saya decoupage corak buah zaitun. Apabila dah siap, tuan punya kata not so bad. Kira ok la tu..



Ini pulak, my first daisy painting blajar dgn Kak Nora yang telah siap wording. Hr tu masa upload, belum masuk wording dan varnish lagi. Penatnya warnakan wording tu, punyalah panjang nya. Actually, tu idea from my hubby so, in order to appreciate it, saya buat la juga he he..

My First Hydrangaes

Seperti yang saya maklumkan, this week saya dah mula lukis hydrangaes. Ini lah dia kotak tisu bentuk rumah yang telah saya warnakan hijau gelap.


Apabila dah siap, ta tara.. begini la rupanya. Kak Nora gave the idea to use sea sponge untuk corakkan atap rumah tu. Thanks Kak Nora.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...