Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Sweet memories. Show all posts
Showing posts with label Sweet memories. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Selamat Pagi Malaysia Slot Seni Kreatif di TV1

Salam Jumaat buat semua.. Semoga hari ini dan hari seterusnya kita sentiasa berada dalam keberkatan Yang Maha Esa.. Hari ni saya nak share bersama kengkawan  pengalaman saya ke udara dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM) slot Seni Kreatif. Actually saya mendapat jemputan utk slot ini tak sampai 24 jam sebelum saya on air. Pn. Khadijah selaku Penerbit SPM contact saya utk gantikan Puan Norana Ghazali (sifu saya) sbb Pn Norana ada hal so memandangkan Khamis saya free cm petangnya aje ada kelas painting, saya pun terima tawaran dlm teragak-agak la jugak.. Of course last minute preparation mmg agak menyeksakan hu hu.. Saya kena basecoat 3 papan yang sama dan lukis dgn segera 1 design bunga yg dah siap, satu yg separuh siap utk sy sambung demo lukis secara live dan satu papan yg dah dibasecoat tp yg belum dilukis. Of couse saya kena bawa beberapa koleksi brg2 painting saya utk display. Nasib baik pengalaman ada la skit2 semasa sy buat persediaan utk shooting d rmh saya utk slot Kerja Dari Rumah rancangan Apa Kata Wanita (Zamzarina TV1) pada tahun lepas.. Yang pastinya, saya mendapat banyak pengalaman dan sangat berbesar hati dengan jemputan Pn Khadijah. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan kawan2 and a million of thanks to my sifus, Pn. Norana Ghazali, Pn. Zaitun Ramli and Pn. Aniza Khir. Three of u are the best.. :)

Bersama Hani dan Hezri, pengacara SPM..

Ini la dia Pn. Khadijah, penerbit SPM bersama pengacara SPM, Hezri..

Ini dia hasil painting utk SPM yg saya hadiahkan pada Pn. Khadijah..

Wednesday, February 15, 2012

Winter Trip to Guilin, China

Assalam kengkawan.. dah seminggu tak update blog coz tuannya pegi bercuti hi hi.. Kali ni percutian saya ke Guilin, China. Actually, this is last minute punya plan sbb asalnya saya nak ke London atau Perth. Cadang nak ke London bln 3 tapi tak ada geng la pulak.. Pastu change to Perth, tapi skarang musim panas, rasa malas nak pegi so 2 minggu lepas, saya buka mudah.my saja2 cari then ternampak la iklan drp Crystal Travel oleh Pn Maznah(tour leader). Nasib baik dapat buat last minute visa. Scenery kat Guilin memang awesome.. sangat cantik..




Thursday, March 10, 2011

Shooting slot utk Program Apa Kata Wanita (Zamzarina)

Salam tengahari buat semua.. Kali ni giliran saya masuk TV pulak he he..  Dua minggu lepas krew TV1 utk slot kerja dari rumah bagi Program Apa Kata Wanita menghubungi saya utk shooting d rumah. Farah (krew) memaklumkan pada saya yang dia mendpt info melalui blog saya. Teringat saya pada Dak Jun (blog Jun Far Sweet Home) yang telah bersiaran bagi slot yang sama pada tahun lepas. Tak sangka plak, Farah (krew) sudi menghubungi saya. So, ni la dia gambar-gambar yang anak prm saya sempat ambil semasa shooting tu. Saya mebuat demo melukis deco painting/folk art dan juga decoupage. Insya Allah, slot saya akan bersiaran pada jam 12 tengahari  hari Sabtu,19 Mac 2011. Kalau rajin dan ada kesempatan, sama2 la kita tonton ya..  TQVM Farah dan krew yang lain coz sudi bertandang ke rumah saya he he..


Ini semasa demo buat decoupage, masa demo lukis roses dan hydrangeas, anak saya tak ter 'snap' la plak gambarnya. Saya pun sibuk bersembang dengan Farah, lupa nak minta anak saya snap gambar..

Ini dia rupa vase yg saya lukis..

Dan vase ni saya hadiahkan pada Farah..

Saturday, December 4, 2010

Percutian di London 26 Nov - 3 Dis 2010


Assalamualaikum wrt. buat semua kengkawan. Dah seminggu tak buat n3 macam dah sebulan he he.. Kali ni n3 saya lain dari yang lain sbb saya nak share dgn kengkawan gambar2 percutian saya d london bersama suami. Walaupun cuma seminggu sebab nak tinggal anak lama2 kesian gak he he.., namun amat menyeronok kan. Kami redah semua tempat2 yang boleh dilawati, utara, timur, barat dan selatan london. Memang puas hati.. Nasib baik 3 hari pertama kami sampai salji belum turun so kami dapat ambil gambar sebelum dan selepas salji turun. Tahun ni awal skit salji turun berbanding tahun2 sebelumnya, suhu pun 0 degree ke -5 degree. Baju yang saya pakai pun 3 lapis. Badan yang dah tembam lagi la nampak bulat ha ha..

Ini gambar hadapan hotel kami duduk, Berjaya Eden Park (Malaysia company punya hotel)


Sesampai kami d hotel, terus kami pergi ke Malaysia Hall (sebelah jalan je drp hotel kami), terus bersarapan nasi lemak. Sepinggan nasi harganya 6 pound (RM30). Pastu, kami terus ke flea market di Porto Bello tak jauh dr hotel kami iaitu dalam 1.5 km je. Walaupun tak pernah ke sana tp kami redah aje.. Banyaknya barang2 antik dijual di sini. Adalah juga dijual cawan2 antik macam di bawah ni.. Penat juga berjalan d Portobello ni, pasarnya sepanjang jalan dalam 2 km gak..




Sambil2 tu sempat pegi ke kedai art. Saya beli 2 tiub cat (besar la juga) dan berus dawley rowney, semua nya 17  pound. Ini la kedainya..


The next day, kami ke Bicester Village tempat2 jual barang2 berjenama mcm Polo, Clarks dll. Ada lbh kurang 130 unit kedai di perkampungan ni. Jauh gak dari central london. Kami naik train dlm 1 jam 30 min. Dlm perjalanan ke sana, cantik sungguh pemandangan kampung yg kami lihat. Teringat la masa blajar lukis scenery dgn En. Zahir he he..


Tempat2 lain yg kami lawati seperti Istana Kensington (depan hotel kami je), Big Ben, Trafalgar square, london eye, harrods dll..







Semasa di Oxford Street, kami ada la terjumpa satu kedai perfume tgh buat sale.. Mak oii murah gila harganya. Saya beli satu botol lady perfume dgn harga 20 pound (jenama carrie) dpt 4 botol free (jenama posh, lady gaga, kenzo dan satu lg dah lupa). Husband pun beli satu man's perfume, dpt free 4 btl gak. Puas hati sungguh! Ini la dia kedainya..


Ini pulak gambar kami di Hyde Park (di dalam taman ni ada Kensington Palace) waktu salji dah turun..


Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

Hari ni sememangnya hari yang amat bermakna bagi seorang ibu. Begitu juga saya.. Anak-anak saya (dan suami juga he he) begitu memahami tugas saya sebagai seorang ibu bekerja. Terima kasih atas hadiah yang amat bermakna buat umi.. and for my hubby as well, thanks dapat keluar dating makan di Nando's Restaurant semalam he he.. Kepada semua rakan juga, Happy Mother's Day..

Sunday, May 2, 2010

'Cup cakes' untuk Hari Guru

Hari ni, anak perempuan saya yang tahun 4 sibuk suruh ajar dia buat 'cup cakes' untuk cikgu dia sempena Hari Guru akan datang. Pada hal 2 minggu lagi nak sambut.. Saya bagi idea, dia yang buat sendiri. Sebenarnya, dalam bekas tu, dia letakkan surat khabar nak bagi penuh. Last skali, baru saya touch up. Bila dah siap, adik2 nya pulak terliur nak makan he he..

Sunday, April 18, 2010

Happy Birthday Jihah..

Today, ialah hari jadi anak ke 4 saya, Najihah. Dah 5 tahun dah rupanya.. Excited sangat dia nak kek hari jadi so saya tempah kek warna pink dan biasa la.. anak prm mesti ada gambar princess kan. Walaupun, birthday date dia hari ni tapi dah siap celebrate semalam sebab hari ni umi dia sibuk nak gi belajar folk art he he..



Thursday, April 8, 2010

Jalan-jalan ke Bangkok

Cuti skolah Mac lepas, saya dan kak Norlia terbang ke Bangkok selama 4 hari. Dalam dok susah hati, geng Baju Merah buat demonstrasi, kami pergi juga memandangkan tiket dah beli. Tawakal je la..Alhamdulillah tak ada halangan apa2 sebab masa tu, diorang buat demonstrasi secara aman. Tapi yang tak seronoknya, kami berdua je yang pakai tudung so terpaksa masuk la group Chinese gak. Masalah utama kami makanan la.. terpaksa ikat perut makan buah je.Barang-barang tak la murah sangat tapi yang puas hatinya dapat beli Thai Silk 2 pasang. Jadi la..

                                           Shopping kain sutera kat The Old Siam

                                              Kat airport Suvarnabhumi
Dalam merayau-rayau tu, saya tercari-cari juga kot2 ada kedai jual barang folk art tapi tak jumpa la pulak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...