Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Wednesday, February 23, 2011

Deco painting frame cermin

Salam semua.. Hari ni saya upload deco painting cermin berbingkai yang dibeli di Ikea. Cermin sepasang ini ditempah oleh anak saudara saya. Katanya hadiah untuk seseorang yang istimewa hmm... sapa lah yang bertuah tu ya he he.. So, saya telah melukis setiap satu dengan painting ros dan hydrangeas. Anyway, gambar tak berapa jelas sebab pantulan cahaya lampu.. Saya cat frame ni dengan warna mild green.



Tuesday, February 22, 2011

Deco painting vegetables

Salam semua.. Alhamdulillah dpt kita berjumpa lagi di alam maya. Hr ni saya nak share dgn kengkawan deco painting vegetables tempahan Ina pada kuali leper. Actually seksa la jugak nak bagi nampak real sayur2an ni. Yang penting shading kena ada. Saya rasa kena improve banyak lagi ni..


Saturday, February 19, 2011

Deco painting dulang (meja) tempahan Ana - Part 1

Selamat tengahari semua.. N3 saya yang lepas ramai yang bertanyakan sama ada saya spray atau cat kerusi tempahan Ina. Jawapannya saya tak spray dan cat pun kerusi tu sebab saya menerima kerusi itu drp Ina yang telah bercat putih. Tak pasti pulak sama ada Ina cat atau spray putih kerusi tu (lupa nak tanya). Berbalik pd n3 hari ni, Dulang ini kepunyaan Ana dan saya terima pun sudah bercat warna krim. Actually dulang ini mempunyai kaki dan boleh diangkat so saya consider dulang ini juga berfungsi sebagai meja. Saya lukis dulang ini sebelah sahaja atas permintaan Ana sbb katanya dia nak letak barang hiasan di atas dulang tu so no point kalau saya lukis penuh.. Satu dulang bersama kakinya belum lagi siap dilukis. Yang tu Ana minta design lain skit. Nanti dah siap, saya upload, InsyaAllah..

Ini bahagian tepi luar

Bahagian dalam

Ini rupa dulang yang diletak bersama kakinya..

Thursday, February 17, 2011

Deco painting roses kerusi (make over)

Assalamualaikum wrt. buat semua.. Semoga kengkawan sentiasa gembira dan sihat.. Sebut pasal sihat ni.. hmm dah seminggu kami sekeluarga demam bersambung2, yang abang baik demam, sambung dgn yg adik pulak. Saya pun terkena tempiasnya, dah mula sakit tekak dan lenguh2 badan. Hrp2 tak berpanjangan. Dlm dok tak sihat ni, melukis juga tp pelan2 la he he.. Berbalik pd n3 hari ni, sy upload gambar kerusi kepunyaan Ina yg baru siap dilukis. Kerusi ni ada sepasang tp baru siap satu..




Tuesday, February 15, 2011

Pink roses painting - kotak tisu dan tin

Selamat malam semua.. Kali ni n3 saya ialah painting roses saya pada kotak tisu dan tin coklat kepunyaan Intan. Kali ni saya tak ada pulak menulis title n3 saya dgn word FA (Folk art) sbb teringat ms sembang dgn Pn. Zaitun. Beliau menerangkan bahawa painting yg selalu dilukis ni dikenali sebagai Decorative Painting bukan Folk Art. Kalau kengkawan nak tau apa bezanya, carilah info dlm internet he he.. (kalau sy terangkan kat sini, panjang lebar la pulak). So, ini lah rupa baru brg2 yg Intan hantar pd saya. Ada satu lagi yg akan sy upload lps2 ni (tengah dlm proses varnish).



Terlupa pulak saya nak ambik gambar side depan kotak tisu..

Thursday, February 10, 2011

FA roses dan sayur-sayuran pada penapis

Selamat petang buat semua.. Hari ni saya nak share dgn kengkawan 2 unit penapis kepunyaan Ana yang saya lukis. Satunya roses dan satu lagi sayur. Warna roses tu saya pelbagaikan iaitu pink, maroon dan oren.


Tuesday, February 8, 2011

FA kendi dan bakul hiasan tempahan Intan

Salam buat semua kengkawan.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan FA kendi dan bakul hiasan tempahan drp Intan. Intan pos sekotak brg2 utk saya lukis. Saya upload dua barang ni yang dpt saya siapkan dulu. Of course, tuan nya dah tak sabar nak tengok he he..

 Bahagian belakang..

 Bahagian depan..

Monday, February 7, 2011

FA strawberry mangkuk tingkat tempahan Ina

Assalamualaikum wrt.. Kali ni n3 saya ialah mangkuk tingkat atau tiffin yang saya lukis strawberi. Ina tak kisah saya design mcm mana pun so so lukis penuh strawberi di bhg depan dan belakang..
Side A..

 Side B..

Saturday, February 5, 2011

Decoupage class dgn Kak Maziah dan Ros, Decoupage plus FA signage utk Kak Farah

Selamat malam buat semua rakan bloggers.. Hari ni saya didatangi dua orang tetamu iaitu Kak Maziah dan rakannya, Ros. Kak Maziah tinggal di Putrajaya dan ada juga menghantar beberapa barangan utk saya lukis. Dia minta sgt2 saya mengajarnya cara2 membuat decoupage so tak nak menghampakan permintaan beliau, saya luangkan sedikit masa utk menunjukkan cara2nya. Asalnya signage diorang ni nak letakkan wording welcome tetapi takut nanti makan masa plak so Kak Maziah dan Ros minta ajar cara menampal bunganya aje.. 


 Selepas 2 jam setengah, ini la rupa decoupage hasil kerja mereka. Cantikkan..

Ini pula dah alang2 mengecat basecoat papan mereka berdua, saya pun buat extra papan. Memang saya rancang nak buat signage welcome sebagai hadiah sempena pembukaan kedai piza kawan saya, Kak Farah di Ipoh (My Roma Pizza di Station 18, pengkalan). Kak Farah tak nak signage roses dan tema kedainya hijau, kuning dan merah. So saya gabungkan teknik decoupage (buah anggur dan border kat bawah) dengan FA daisy kuning oren..


Thursday, February 3, 2011

Periuk buah2an tempahan Ana

Salam sejahtera utk semua.. Kali ni saya nak share dgn kengkawan FA buah2an pada periuk (make over) kepunyaan Ana. Ana nak lebih buah strawberi so tak nak dlm satu warna sahaja, saya selitkan epal hijau dan lemon. Bahagian kakinya pula saya lukis kan blue berry ( bukan anggur sbb saiznya kecil) di sekelilingnya. 

 Bahagian belakang.. 
Buah epal di sblh kanan nampak agak pelik sbb permukaan periuk bercorak so nampak tak rata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...