Selamat pagi semua kengkawan.. Pagi ni saya upload dua order drp Kak Aziyah.. Harap2 Kak Aziyah suka... :)
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Showing posts with label Jawi. Show all posts
Showing posts with label Jawi. Show all posts
Wednesday, June 13, 2012
Wednesday, March 7, 2012
Signage Allah, Muhammad
Friday, October 7, 2011
Cenderahati utk mantan pengetua
Salam Jumaat buat kengkawan.. Kali ni saya upload signage background hitam lagi hi hi.. Signage ni merupakan cenderahati saya kepada Puan Norizam binti Hussin, mantan pengetua saya di SMK Jelapang Jaya, Ipoh beberapa tahun lepas. Minggu lepas, Pn. Norizam bersara drp perkhidmatannya dan Alhamdulillah, saya dapat join jamuan perpisahan beliau di Ipoh. So, ini dia cenderahati kenang kenangan daripada saya utk beliau.
Tuesday, September 20, 2011
Signage Bismillah dan roses photo frame
Assalam buat semua.. Cuti 3 hari yang lepas penat betul dgn kenduri anak saudara saya di Kuantan tapi hati seronok dapat berkumpul skali lagi selepas raya. Seperti biasa tugas saya sebelum kenduri ialah menyediakan tempat makan beradap pengantin dan masak lauk pengantin. Tema kenduri anak kakak saya kali ni warna hijau lumut.. sejuk mata memandang hi hi.. OK la .. hari ni saya upload dua gambar berbeza iaitu signage Bismillah tempahan Ahmad Mustaqim dan photo frame yang saya lukis pink roses.
Photo frame ni pemberian pertukaran hadiah rakan guru semasa program team building last year.. hu hu dah lama.. Yang kelakar tu, dah asyik melukis, bila dah siap letak pada frame, baru perasan gambar sebahagian ros tu dah tertutup dek frame.. frustnya.. tapi tak pe la sendiri punya hu hu..
Monday, September 5, 2011
Signage Assalamualaikum
Salam buat semua.. Seperti biasa, tiba Hari Raya kita dapat berkumpul bersama sanak sedara. Time ni la paling seronok.. Bila time nak balik pulak yang paling sedih hu hu.. Al maklum la, panjang umur tahun depan baru dapat berkumpul semula. Ok la.. berbalik kepada n3 saya pagi ni, signage ni kepunyaan anak saudara saya, Mustakim. Dia tempah masa bulan puasa lepas. Nasib baik dapat siap 2 hari sebelum raya.. tu pun saya lukis signage ni di Ipoh, then bawa balik kepada tuannya di Terengganu.
Tuesday, August 23, 2011
Signage Allah, Muhammad tempahan Rohaiza
Assalamualaikum wrt.. Pagi ni saya upload signage Allah, Muhammad tempahan Rohaiza. Signage ni nampak sweet sebab saya gunakan warna pink lembut seperti apa yang tuan punya signage request.
Monday, August 22, 2011
Strawberry signage
Selamat pagi buat semua.. Hari ni saya upload signage strawberry Bismillah kepunyaan Puteri Azani. Ni first time saya buat signage Bismillah motif strawberries.. Ok gak kan..
Saturday, August 20, 2011
Signage Allah, Muhammad
Salam buat semua.. Kali ni saya upload gambar signage Allah, Muhammad tempahan Syahidariza (sebelum ni saya ada buat n3 tempahan pertama Syahida - sepasang penapis). Signage ni baru siap semalam. Saya lukis ros yang yang agak besar saiznya since papan ni pun agak besar. Rupa ros pun lain skit, saja nak kelainan. Harap2 tuan punya suka hasilnya..
Tuesday, August 2, 2011
Signage Bismillah
Salam sejahtera buat semua.. Hari ni saya upload signage kepunyaan Nurulhafezah. Ini merupakan signage kedua tempahan Fezah dengan saya. Terima kasih banyak2 ya, Fizah..
Tuesday, May 3, 2011
Signage Allah, Muhammad
Assalamualaikum wrt wbt. Kali ni saya nak share dgn kengkawan signage Allah, Muhammad tempahan drp Aida, Melaka..
Tuesday, March 29, 2011
Signage Allah, Muhammad tempahan Normah, Shah Alam
Assalamualaikum wrt. buat semua rakan.. Hari ni saya upload signage Allah, Muhammad kepunyaan Normah. Dalam kesibukan yang melanda, saya cuba juga seboleh mungkin menyiapkan tempahan customer. Saya mohon maaf pada customer yang terpaksa menunggu agak lama utk siapkan tempahan mereka. Al maklum la saya melukis ni sebagai part time, waktu kurang sibuk dapat la cepat siap. Time sibuk terpaksa la slow skit.. Berbalik pada signage ni, saya harap Normah suka dan berpuas hati.. Ada satu lagi tempahan Normah yang akan saya upload, belum siap lagi he he..
Ini pula, saya selitkan skali makeover bekas surat yang saya hadiahkan kepada kakak saya di Terengganu..
Sunday, March 20, 2011
Signage Allah, Muhammad dan deco painting brush box
Salam buat semua.. Tengahari tadi bersiaran la saya di TV1 bagi slot Kerja dari Rumah utk Program Apa Kata Wanita. Saya ingat cuma dua, tiga minit aje siarannya tetapi rupa2nya dalam 10 minit la juga he he.. Kalau kengkawan terlepas siarannya, boleh la tengok ulangannya, tak silap saya pada pukul 2 ptg, hari Jumaat ni (25 Mac 2011). Berbalik pada n3 saya malam ni, ini la dia signage tempahan Kak Farah (kawan saya di Ipoh). Sebelum ini sy ada membuat n3 signage "Welcome" Kak Farah yang saya lukis daisy plus decoupage anggur hijau. Kalau ikutkan, signage ni ada iras2 signage Welcome yg Kak Farah punya tu. Memandangkan Kak Farah tak mau design roses, so saya lukiskan buah beri biru yang berjuntaian pada dahan dan dedaun di bahagian bawah dgn bunga daisy. Saya suka signage ni sebab bila tengok signage ni terasa macam berada di dalam taman he he.. Beri biru ni saya gunakan cotton bud, then baru buat highlight warna putih
Ini pula, brush box yang dah berkurun saya beli drp Pn. Norana tapi tidak terlukis. Bila dtg mood rajin nak lukis barang sendiri so ini la dia rupanya.. Saja buat kelainan dgn melukis roses warna biru dan purple utk permukaan atas berus. Buah beri merah dan biru, masih gunakan cotton bud. Nampak sedikit kelainan sbb selalunya saya akan serikan dengan lavender atau lilac purple tapi kali ini dengan buah beri pulak..
Sunday, December 19, 2010
FA Allah, Muhammad tempahan Sue (Perak)
Salam hari minggu untuk semua kengkawan.. Semenjak dua menjak ni, n3 saya banyak pink color signage la pulak.. Tapi dah customer berkenan colour ni, saya lukis aje. Actually saya pun berkenan jugak pink colour ni, anak saya pun dah bertanya bila la saya nak lukis signage pink colour ni untuk hiasan rumah sendiri. My answer is "Nanti la dulu, orang punya pun tak siap2.." So sabar la (ni pujuk diri sendiri ni he he..). Ok la.. berbalik pada FA kali ni, masih lagi FA Allah, Muhammad berwarna pink plus putih cuma bezanya bentuk empat segi. Ini merupakan tempahan drp Sue (Gerik, Perak). Harap2 Sue suka la ya..
Thursday, December 16, 2010
FA Allah, Muhammad tempahan Farhana (Puchong)
Assalamualaikum wrt buat semua... Malam ni n3 saya ialah FA Allah dan Muhammad tempahan drp Farhana. Farhana minta saya lukis FA ni pada papan scallop sepasang. Ini la first time saya lukis FA Allah, Muhammad pada papan scallop. Sebelum ni customer tempah yang papan bentuk segiempat aje.. Actually papan ni saiz nya agak besar drp papan scallop yang saya biasa lukis. Since papan scallop yang sebelum ni dah out of stock, so saya lukis pada papan ini selepas persetujuan Farhana. Wording ni pulak saya minta pada Ira (Pink Vintage) thru email since wording lama dah hilang (sedihnya..) Anyway, terima kasih byk2 Ira. Jasamu dikenang..
Monday, November 8, 2010
FA Bismillah hadiah birthday hubby
Salam ceria di pagi Isnin hu hu.. Walaupun letih balik kampung belum hilang tapi kerja tetap kerja.. Rasa2nya dah banyak hari gak tak buat n3 sebab sibuk sesangat dengan kenduri anak saudara di Kuantan hari Sabtu lepas. Tanpa dirancang, tiba2 je kena hiaskan bilik pengantin, pelamin (simple je untuk bergambar), tempat makan pengantin dan paling bestnya kena jadi tukang masak lauk pengantin, siap dengan hiasan skali he he.. Sabtu petang pulak bergegas ke Terengganu pulak sebab Ahad pagi, hubby ada court case plak kat sana. Last2 sampai ke Putrajaya pukul 11 malam tadi. Penat tapi puas hati kerana dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan tenaga saya untuk kenduri anak kakak saya tuh. Oh ya..Berbalik n3 saya hari ni.. Ini la dia signage sebagai hadiah birthday utk hubby saya. Nak tau date nya bila.. 25 Julai yang lepas ha ha.. baru dapat siap singnage ni minggu lepas. Tak pe la, janji siap..
Subscribe to:
Posts (Atom)