Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Monday, October 31, 2011

New type of roses..

Salam sejahtera kengkawan semua..Hari ni saya upload roses baru hi hi.. Roses ni saya lukis atas piring ayan.. 3 untuk Ana dan 3 untuk Ina. Walaupun kena banyak 'touch up' utk 'hidupkan' lagi bunga ni tapi hati rasa puas hi hi.. Actually bunga ni saya blajar drp Puan Aniza Khir tapi hasil yg saya blajar dgn Pn Aniza belum siap sepenuhnya so saya tak upload lagi. InsyaAllah dah siap nanti, saya akan share dgn kengkawan.. :)


Ros merah menawan.. Saya suka sangat yang ni hi hi..

Ros maroon dgn efek rustic di keliling..

Ros kuning..

Friday, October 28, 2011

Hydrangeas tissue box

Assalam semua.. Kali ni saya upload hydrangeas tissue box kepunyaan Ana. Ana suka warna yang agak terang so dia nak warna bunga hydrangeas yg terang. Saya gunakan banyak warna biru utk combination colours purple dan biru. Begitu juga utk warna merah pink, saya lebihkan warna merah. Utk bunga kuning pula, saya lebihkan warna oren. Harap2 Ana suka..


Sunday, October 23, 2011

Penapis lagi..

Salam sejahtera buat kengkawan.. Kali ni saya upload dua lagi tempahan penapis oleh Ayek. Sebelum ni saya upload penapis pink berlukis strawberi. Kali ni saya lukis strawberi berlatarkan warna putih pula. Satu lagi penapis yang berlukis sayur2an. Terima kasih kepada Ayek yang suka dengan painting saya ;)

Friday, October 21, 2011

Roses painting on letter box

Assalam buat semua.. petang ni saya nak share dgn kengkawan painting saya atas letter box kepunyaan Azura. Dah lama gak Azura minta quotation harga letter box ni tapi saya terlupa hu hu.. Bila saya bg tau harga pada Zura, dia terus setuju.. Saya terus aje lukis atas letter box ni selepas sapu sealer (tu yang cepat sbb tak payah basecoat hi hi..). Zura bagi kebebasan pada saya utk design bunga dan saya lukis pun spontan je :)



Bahagian sisi (kiri dan kanan)..

Ni pula lesson roses Shazura dgn saya.. Zura kata susah gak nak buat roses hu hu..

Tuesday, October 18, 2011

Deco painting strawberries atas penapis

Selamat malam kengkawan semua.. Kali ni n3 saya lewat skit drp biasa. Broadband slow sangat, jenuh gak nak upload gambar. Malam ni saya upload penapis yang dilukis strawberi tempahan rakan fb iaitu Ayek dari Johor. Ada 2 lagi tempahan Ayek dalam proses.. semoaga Ayek puas hati dgn hasil tangan saya kali ni..

Friday, October 14, 2011

Make over my own brush box

Selamat malam buat semua rakan2.. Malam ni saya upload brush box saya yang telah dimake over. Dulu, saya lukis ros biru dan purple berlatarkan warna putih. Ni, saya totally tukar rupanya hi hi..


Ini hasil painting strawberries lesson Shazura dgn saya.

Dan ini sesi lukis ros dgn Shazura..

Wednesday, October 12, 2011

Welcome signage

Assalam buat semua.. Pagi ni saya upload welcome signage kepunyaan Nadli. Actually Nadli merupakan salah seorang peserta bengkel painting saya di Parit Buntar. Dia merupakan peserta pertama yg membuat bayaran penuh so ini la hadiah cenderahati yg saya berikan pada beliau. Pada awalnya saya melukis signage pink tetapi memandangkan beliau jejaka dalam kumpulan bengkel kami, rasa tak sesuai la pulak so saya lukis satu signage hitam yang baru utk beliau.

Ini pula student painting dr Presint 9, Putrajaya iaitu Nur Zyan


Ini pula regular student iaitu Shazura yg melukis strawberry selepas project daisy dan hydrangeas. Dia tak mau mulakan dgn ros lagi sbb nak lembut dan biasakan diri dengan berus dulu hi hi..

Tuesday, October 11, 2011

Roses painting on small teapot

Salam sejahtera semua rakan bloggers.. Pagi ni saya upload small teapot (metal) kepunyaan Kak Siti. Saya lukis roses kuning pada teapot ni.. Teapot ni ada lagi setnya yang dalam proses lukis. Nanti dah siap saya upload yg lain..


Monday, October 10, 2011

Bengkel Painting di Parit Buntar (8 Oktober 2011)

Assalam buat kengkawan.. kali ni saya nak share dgn kengkawan beberapa gambar bengkel painting saya di Parit Buntar pd 8 Oktober lps. seramai 7 orang peserta yg mengikuti bengkel ni. Kalau tengok gambar, semua muka letih je termasuk la cikgunya hi hi.. Tapi hati rasa sangat seronok dan puas apabila melihat hasilnya :)..

Ini Packy dan Solehah sedang khusyuk praktis lukis.. Diorang dah ada basic painting..

Ini pula tgh dok praktis load colour.. Anita (penganjur) dan kwn2nya.. Diorang tak ada basic painting so kena guide from the beginning..

Bergambar bersama penganjur, Anita (tudung coklat) bersama 3 peserta terawal yang mendpt cenderahati yg tak seberapa drp saya.. Perasan tak ada seorang jejaka di belakang (Nadli Alifah)..

Ini pula Izan, salah sorg peserta yg kena balik awal sbb anak kecik d rumah dah menangis (kesian Izan..)

Friday, October 7, 2011

Cenderahati utk mantan pengetua

Salam Jumaat buat kengkawan.. Kali ni saya upload signage background hitam lagi hi hi.. Signage ni merupakan cenderahati saya kepada Puan Norizam binti Hussin, mantan pengetua saya di SMK Jelapang Jaya, Ipoh beberapa tahun lepas. Minggu lepas, Pn. Norizam bersara drp perkhidmatannya dan Alhamdulillah, saya dapat join jamuan perpisahan beliau di Ipoh. So, ini dia cenderahati kenang kenangan daripada saya utk beliau.


Tuesday, October 4, 2011

Signage house number

Salam sejahtera buat semua.. Sebelum saya' bercerita' pasal signage house number ni, saya nak maklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan Bengkel Deco Painting Roses di Parit Buntar yang akan berlangsung pada hari Sabtu ni ialah esok iaitu Rabu (5 Oktober 2011). So, rakan2 yang berminat boleh contact saya secepat mungkin utk confirmkan penyertaan ya.. Berbalik pada signage house no. ni.. signage ni kepunyaan Farizatul Shuhana dari Tg. Malim, Perak. Dia nak no rumah ditulis dgn kaler gold. So, ini rupa signagenya.. Memang dari jauh nampak jelas no rumahnya hi hi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...