Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Friday, July 2, 2010

FA bekas letak barang (MDF board)

Salam semua.. Dalam dok sibuk2 menyiapkan tempahan orang, hari ni saya 'curi' sedikit masa untuk menyiapkan projek FA kepunyaan saya sendiri. Amat banyak lagi tempahan yang perlu disiapkan, tapi saya cuba lah buat setakat terdaya.. Ramai juga rakan2 blogger bertanya sekiranya saya dapat mebuat kelas FA. Saya bukan tak nak share ilmu saya dengan kengkawan (walaupun sebenarnya saya rasa ilmu saya dalam FA baru setahun jagung) tetapi masa saya amat terhad memandangkan saya terpaksa berulang-alik mengajar dr Putrajaya ke KL setiap hari (mintak tukar ke Putrajaya baru2 ni tak dapat2).. InsyaAllah jika diizinkan, saya akan buat kelas FA semasa cuti sekolah akhir tahun nanti. Berbalik kpd n3 hari ni, saya rasa sangat seronok sebab tercapai juga hasrat di hati nak lukis ros pada bekas ni. Penat juga nak habiskan projek ni sebab ada 5 bahagian yang perlu dilukis iaitu bahagian kiri dan kanan, depan dan belakang, dan bahagian pemegang. Saya beli bekas letak barang ni ( saiz lebih krg 10" H x 10"W) di Craft Haven hari Ahad lepas selepas pulang dr rumah Pn. Norana. Rumah Pn. Norana di Sg. Pencala dengan Craft Haven jaraknya tak jauh sangat. Bekas ni saya nak letak cat Americana saya he he.. Nanti InsyaAllah nak beli lagi satu nak letak cat Jo Sonja pulak.


Ini rupa sebelum dilukis daun..






 
Ini pula tag-tag yang saya dapat drp Ayu ( http://ayulittlecottage.blogspot.com/ ) (dua-dua tag). Manakala Wani (  http://wanidecorativecreations.blogspot.com/ ) juga memberi tag (top blogger 2010) pada saya.. Terima kasih sangat2 Ayu dan Wani. Walaupun saya tak sempat nak jawab soalan, tetapi I am really happy atas ingatan Ayu dan Wani pada saya. Terima kasih sekali lagi..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...