Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Saturday, December 4, 2010

Percutian di London 26 Nov - 3 Dis 2010


Assalamualaikum wrt. buat semua kengkawan. Dah seminggu tak buat n3 macam dah sebulan he he.. Kali ni n3 saya lain dari yang lain sbb saya nak share dgn kengkawan gambar2 percutian saya d london bersama suami. Walaupun cuma seminggu sebab nak tinggal anak lama2 kesian gak he he.., namun amat menyeronok kan. Kami redah semua tempat2 yang boleh dilawati, utara, timur, barat dan selatan london. Memang puas hati.. Nasib baik 3 hari pertama kami sampai salji belum turun so kami dapat ambil gambar sebelum dan selepas salji turun. Tahun ni awal skit salji turun berbanding tahun2 sebelumnya, suhu pun 0 degree ke -5 degree. Baju yang saya pakai pun 3 lapis. Badan yang dah tembam lagi la nampak bulat ha ha..

Ini gambar hadapan hotel kami duduk, Berjaya Eden Park (Malaysia company punya hotel)


Sesampai kami d hotel, terus kami pergi ke Malaysia Hall (sebelah jalan je drp hotel kami), terus bersarapan nasi lemak. Sepinggan nasi harganya 6 pound (RM30). Pastu, kami terus ke flea market di Porto Bello tak jauh dr hotel kami iaitu dalam 1.5 km je. Walaupun tak pernah ke sana tp kami redah aje.. Banyaknya barang2 antik dijual di sini. Adalah juga dijual cawan2 antik macam di bawah ni.. Penat juga berjalan d Portobello ni, pasarnya sepanjang jalan dalam 2 km gak..




Sambil2 tu sempat pegi ke kedai art. Saya beli 2 tiub cat (besar la juga) dan berus dawley rowney, semua nya 17  pound. Ini la kedainya..


The next day, kami ke Bicester Village tempat2 jual barang2 berjenama mcm Polo, Clarks dll. Ada lbh kurang 130 unit kedai di perkampungan ni. Jauh gak dari central london. Kami naik train dlm 1 jam 30 min. Dlm perjalanan ke sana, cantik sungguh pemandangan kampung yg kami lihat. Teringat la masa blajar lukis scenery dgn En. Zahir he he..


Tempat2 lain yg kami lawati seperti Istana Kensington (depan hotel kami je), Big Ben, Trafalgar square, london eye, harrods dll..







Semasa di Oxford Street, kami ada la terjumpa satu kedai perfume tgh buat sale.. Mak oii murah gila harganya. Saya beli satu botol lady perfume dgn harga 20 pound (jenama carrie) dpt 4 botol free (jenama posh, lady gaga, kenzo dan satu lg dah lupa). Husband pun beli satu man's perfume, dpt free 4 btl gak. Puas hati sungguh! Ini la dia kedainya..


Ini pulak gambar kami di Hyde Park (di dalam taman ni ada Kensington Palace) waktu salji dah turun..


4 comments:

  1. salam... amboi shoknya dia,insyallah kak akan kesana 15 hb ni

    ReplyDelete
  2. salam,

    seronoknya gi uk!!
    saya pun rindu uk gak...
    dulu gi ikut suami buat phD..x tau bila nk gi lagi hu hu

    ReplyDelete
  3. Salam sis, mase kt london stay kt hotel mane? brape charge per night? InsyaAllah saya akan ke sana bln Oct. Plan nak stay dkt hotel yg berhampiran dgn malaysia hall sbb senang nk makan...minta pendapat sis.

    thks ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...