Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Thursday, August 12, 2010

FA alas buluh tempahan Puteri

Salam kawan2 semua.. Kali ni saya nak tunjukkan FA atas alas buluh tempahan Puteri  ( http://puteriazanideco.blogspot.com/ ). Harap2 puteri suka ya..



Wednesday, August 11, 2010

Makeover bekas tisu

Salam hari pertama Ramadhan buat kawan-kawan.. Kali ini saya nak share dengan kawan2, FA saya pada bekas tisu yang telah di 'make up' semula. Bekas tisu ini kepunyaan Karimah. Memandangkan bekas tisu ni ada kerawang, saya tak nak lukis bunga yang banyak sangat, takut nampak serabut.. Ada satu lagi bekas tisu seperti ini tetapi berwarna hitam yang Karimah minta saya make up semula.. Sabarrrr ya karimah he he..




Tuesday, August 10, 2010

FA almari hiasan Kak Siti

Salam pengakhir Syaaban buat rakan2 blogger. Esok, InsyaAllah semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.. N3 saya kali ni ialah FA roses almari hiasan kepunyaan Pn. Siti. Sebelum ni saya pernah n3 kan FA roses yang saya lukis pada laci nya dulu. Semalam baru berkesempatan melukis bahagian kirinya, sebelah kanan to be continued he he.. Almari ni tingginya lebih kurang 3 kaki lebih, lebarnya 1 kaki lebih kurang la (tak measure betul2 pun, kira agak je ni).. Harap2 Kak Siti suka la.. Kalau nak tambah apa2, Kak Siti calling2 la ya..








Sunday, August 8, 2010

FA roses signage

 Assalamualaikum kawan2.. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini akan mendekatkan lagi kita dengan Yang Maha Esa, InsyaAllah.. N3 saya malam ini ialah signage kepunyaan saya sendiri untuk rumah saya di Meru Hills, Ipoh yang akan saya jadikan homestay. Cadangnya nak mula sewakan rumah tu sebagai homestay, selepas Raya nanti, Insya Allah.. sekarang dah mula buka untuk tempahan sewa. Nanti saya akan link kan blog homestay saya dalam blog ni. Kawan2 blogger yang bercadang untuk bercuti di Ipoh, boleh la saya bagi special diskaun (promote la ni he he..)




Friday, August 6, 2010

FA roses Watering Can

Salam Jumaat semua.. Minggu ni dalam dok sibuk semak kertas exam trial PMR, sempat juga saya menyiapkan beberapa order. Kadang2 kawan saya bertanya, sempat ke buat FA dalam sibuk2 ni? Tak stress ke? My answer is very simple, apabila saya melukis FA saya akan hilang segala stress he he.. Berbalik kepada n3 hari ni., FA roses pada watering can with fully roses. Watering can ni kepunyaan Rina. Penat jugak nak dapat idea, dan saya lukis w.can ni dalam masa 2 hari. Selalunya target saya, satu order untuk satu hari. Memandangkan watering can ni besar so tak dapat siapkan juga dalam satu hari..

Bahagian depan..




Bahagian atas tengah..

     

Bahagian belakang..

  

     

Hujungnya..

   

     
     

Thursday, August 5, 2010

FA roses pasu tin

 N3 saya hari ini ialah FA roses pasu tin kepunyaan Susan. Kali ini roses saya satu kaler je iaitu maroon dihiasi sedikit hydrangeas purple dan merah. Pasu ni belum varnish lagi. Rasanya kena touch up skit dgn daun2 kat hydrangeas tu..
Bahagian depan..




Bahagian belakang..

Wednesday, August 4, 2010

FA signage Allah & Muhammad tempahan Suhaila (Singapura)

Salam semua.. Kali ni n3 saya tempahan signage drp orang seberang tambak iaitu Suhaila di Singapura. Dah lama gak saya tak lukis signage ni. Suhaila nak ros nya ada ton kaler so saya combine 3 jenis kaler merah dan maroon..

 



Tuesday, August 3, 2010

FA roses pada pasu tin

Assalamualaikum pembuka bicara di alam maya.. Kali ni saya nak share dengan kengkawan FA roses yang saya lukis pada pasu tin kepunyaan Pn. Siti. Pn. Siti suka kaler purple so dia minta saya lukis roses warna purple. Tak nak bagi nampak 'dull' sangat, saya lukis roses biru dan pink pada bahagian atas pasu tin ni. Bahagian depan dan belakang, saya lukis sama je design bunganya..



Monday, August 2, 2010

FA lesson dengan Pn. Norana - Lukis epal!

Salam Isnin semua.. Permulaan hari yang sibuk he he.. N3 saya hari ni ialah FA lesson dengan Pn. Norana pagi semalam. Cadangnya semalam nak belajar lukis buah-buahan. Banyak juga la jenis buah-buahan yang saya berangan nak belajar kali ni. Bila saya beritahu Pn. Norana, dia macam terkejut je.. Pelik la jugak saya.. Rupa2nya, Pn. Norana kata kalau nak belajar lukis epal saja, paling kurang dua sesi! Mak oi.. susah bebeno ke nak lukis buah nih.. So sesi lukis epal bermula. Bila dah lukis 3,4 biji baru la tau.. nak lukis mudah tapi nak bagi real bentuknya amat amat susah he he.. So lepas ni, di rumah kena praktis lukis epal satu bakul aduhai..,
Ini lakaran dan ep.l yang Kak Nora lukis..


Ini empat biji epal yang saya lukis, Kak Nora kata masih belum betul2 real hu hu..



Sunday, August 1, 2010

Sama tapi tak serupa - FA roses watering can

Salam semua.. n3 saya pada malam ni ialah watering can tempahan Susan. Sebelum ni saya ada n3 kan watering can ini yang baru saya siapkan satu. Semalam, saya dapat siapkan lagi dua. Corak semua watering can ni sama cuma bunga2 yang menjalar tu saya tukarkan warnanya..

Bahagian depan..


Bahagian belakang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...