Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)

Sunday, July 11, 2010

FA pasu tin tempahan Rina

Salam semua.. Hari ni saya nak tunjukkan dua pasu tin tempahan Rina. Design ni sebenarnya diminta oleh Rina sendiri. Saya ikut aje apa yang customer nak.. Harap2 dapat menepati citarasa Rina ya..

Bahagian depan..


Bahagian belakang..

Friday, July 9, 2010

Make over signage

Petang ini, n3 saya ialah signage yang telah saya make over. Signage ini kepunyaan Su dan dia minta saya lukis ros dari atas ke bawah. Pasu/bekas bunga di tengah-tengah masih dikekalkan cuma rupanya saja berbeza.







Thursday, July 8, 2010

Hydrangeas oh hydrangeas..

Kali ni saya nak share dengan kengkawan dua tempahan hydrangeas. Gambar pertama dan kedua merupakan tempahan drp Susan. Dia suruh lukis hydrangeas yang berwarna terang sahaja, no wording. Senang sikit kerja saya he he..


Ini pula tempahan drp Pn. Siti atas alas buluh untuk digantung di depan bilik. Saya cuba guna warna yang terang utk bunganya supaya nampak menyerlah sebab alas buluh tu Pn. Siti nak warna natural. Ada satu lagi alas buluh wording yang sama, Pn Siti suruh lukis ros pulak, tunggu ya..


Wednesday, July 7, 2010

Signage tempahan drp Khairunisa

Salam semua.. Malam ni n3 saya ialah signage Home Sweet Home tempahan Khairunisa untuk rumah barunya. Nisa nak colourful roses. Dah lama Nisa menunggu, akhirnya dapat juga. Kena ikut turn la Nisa, sorry ya.. Ada satu lagi signage Nisa yang saya kena siapkan hu hu..

Danisyaskifli GA


1) Mesti menjadi follower sya...
    - Jangan jeles, saya dah jd follower he he..


2) Linkkan blog sya http://danisyakiffli.blogspot.com dalam blog list masing-masing
   - Dah link
3) Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog sya dalam entry tersebut
    Saya dah buat n3 ni . Blog sya ialah : ( http://danisyakiffli.blogspot.com/ )
4) Create satu ucapan untuk my anniversary dalam n3 masing-masing - semoga ucapan dan doa kalian dimakbulkan Allah s.w.t..doa yang baik-baik jer tau..:)

Happy anniversary utk Sya dan suami. Kak doakan semoga kalian bahagia hingga ke anak cucu cicit cuit, InsyaAllah..

5) Jangan lupa tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link yer..senang sya nak jejak..comment di shoutbox tidak diambil kira yer..

GA yang Sya sediakan memang menarik. Saya berkenan benar pd corak bunga kat teapot, english style gitu he he..

* Saya dah jawab semua soalan ye  Sya...

Tuesday, July 6, 2010

Sedia untuk dimakan..

N3 kali ni lain dari yang lain.. Ini lah pertama kali saya melukis telur mata lembu. Of course saya refer pada buku En. Zahir. Memang pasti tak secantik yang En. Zahir lukis, tapi kira jadi la tu hu2.. Ini merupakan tempahan drp Pn. Siti. Dia request lukis telur di bahagian dlm kuali, manakala bahagian belakangnya ditulis 'Kitchen Open'. Saya yang 'gatal tangan' menambah sekuntum bunga ros sbb tak nak nampak simple sangat. Harap2 Pn. Siti suka ya..
Bahagian dalam..


Bahagian belakang..

Monday, July 5, 2010

FA roses atas stool pink

Selamat malam. Mlm ni n3 saya masih lagi tentang stool cuma stool ni bukan tempahan tetapi sendiri punya. Dalam dok sembur cat stool tempahan orang, saya celah2 dengan stool saya skali. Saya lukis simple design aje tp masih colourful roses. Tak ada design di kaki stool. I make it very simple sebab warna stool tu pun dah pink pekat.





Sunday, July 4, 2010

FA roses pada stool tempahan drp Susan

Hari ini saya berjaya menyiapkan satu stool tempahan drp Susan. Susan nak full flowers yang colourful atas tempat duduk dan juga pada kaki stool. Mak oii.. seksa la jugak nak siapkan nya tapi demi kepuasan hati customer, saya cuba la jugak lukis.  Satu tips yang saya nak kongsi bersama kengkawan (pada sapa yang belum tau la..) Kalau kita nak lukis FA pada stool, meja atau man-mana perabot, tak perlu dicat tetapi beli cat penyembur yang byk dijual di kedai hardware (macam2 kaler ada). Harganya lebih kurang RM7 satu. Kalu stool tinggi ni, dalam satu tin penyembur kita guna. So, kerja lagi mudah dan cepat he he.. Ada tiga lagi stool yang saya kena siapkan, be patience tuan nya ya..  



Atas tempat duduk..


Saturday, July 3, 2010

FA roses bingkai cermin tempahan Rohaida

Selamat petang semua.. n3 saya kali ni ialah Fa roses bingkai cermin tempahan daripada Rohaida.  Frame ni saiznya 18" x 18 ". Cermin nya memang saya tak sediakan. Nanti tuan nya dapat, dia tempah sendiri la he he.. Pada asalnya saya hampir mengecat frame ni dengan warna hitam sebab tuannya kata, dinding rumah nya warna putih. Tapi masalahnya dia nak ala2 english gitu.. so pada saya tak sesuai warna gelap. Nak cat warna pink, tak nak nanti 'tenggelam' pulak warna bunga since bunga tu 'tema' nya pink merah ( Kalau signage nak warnakan pink utk base coat ok, walaupun bunganya tema pink merah sebab ada wording warna hitam - ini saya punya pendapat la..). At last, gini la rupanya.. dan as usual, sy cat gold  colour keliling frame ( trade mark saya la ni he he..)


Sebelum saya lukis daun, ini la rupanya..


Bingkai atas..


Friday, July 2, 2010

FA bekas letak barang (MDF board)

Salam semua.. Dalam dok sibuk2 menyiapkan tempahan orang, hari ni saya 'curi' sedikit masa untuk menyiapkan projek FA kepunyaan saya sendiri. Amat banyak lagi tempahan yang perlu disiapkan, tapi saya cuba lah buat setakat terdaya.. Ramai juga rakan2 blogger bertanya sekiranya saya dapat mebuat kelas FA. Saya bukan tak nak share ilmu saya dengan kengkawan (walaupun sebenarnya saya rasa ilmu saya dalam FA baru setahun jagung) tetapi masa saya amat terhad memandangkan saya terpaksa berulang-alik mengajar dr Putrajaya ke KL setiap hari (mintak tukar ke Putrajaya baru2 ni tak dapat2).. InsyaAllah jika diizinkan, saya akan buat kelas FA semasa cuti sekolah akhir tahun nanti. Berbalik kpd n3 hari ni, saya rasa sangat seronok sebab tercapai juga hasrat di hati nak lukis ros pada bekas ni. Penat juga nak habiskan projek ni sebab ada 5 bahagian yang perlu dilukis iaitu bahagian kiri dan kanan, depan dan belakang, dan bahagian pemegang. Saya beli bekas letak barang ni ( saiz lebih krg 10" H x 10"W) di Craft Haven hari Ahad lepas selepas pulang dr rumah Pn. Norana. Rumah Pn. Norana di Sg. Pencala dengan Craft Haven jaraknya tak jauh sangat. Bekas ni saya nak letak cat Americana saya he he.. Nanti InsyaAllah nak beli lagi satu nak letak cat Jo Sonja pulak.


Ini rupa sebelum dilukis daun..






 
Ini pula tag-tag yang saya dapat drp Ayu ( http://ayulittlecottage.blogspot.com/ ) (dua-dua tag). Manakala Wani (  http://wanidecorativecreations.blogspot.com/ ) juga memberi tag (top blogger 2010) pada saya.. Terima kasih sangat2 Ayu dan Wani. Walaupun saya tak sempat nak jawab soalan, tetapi I am really happy atas ingatan Ayu dan Wani pada saya. Terima kasih sekali lagi..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...