Selamat malam kengkawan.. Tadi saya baru saja menyiapkan signage tempahan Wati yang kedua untuk puteri kesayangan nya. Asalnya saya nak lukis bunga kaler maroon je tapi saya cuba variasi kan kaler yang hampir sama iaitu gabungan warna merah, pink dan maroon . Oh ya.. n3 saya sebelum ni yang tempahan periuk pengukus tu bukan tempahan Pn Norana ya.. takut2 silap faham. Itu Pn. Nora customer saya bukan sifu saya he he..
Kelas Decoupage /Deco painting/Clay roses di Putrajaya:
1. Basic decoupage - membuat signage, design mnggunakan napkin/tissue
2. Intermediate decoupage - menggunakan pelbagai teknik spt sponging, doily, distressing, antiquing - barang2 spt papan utk signage, beg kanvas, kotak, tin dll
3. Basic deco painting class - daisy dan roses
4. Intermediate deco painting class
5. Clay roses
## Appointmen 3 hari sebelum kelas. Kelas weekend shj. Cuti sekolah, boleh request kelas utk weekdays. Sebarang pertanyaan, blh wassap ke no 019-4120749 (Gee)
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
FA periuk pengukus tempahan Pn. Nora
Kali ni saya nak tunjukkan FA yang saya lukis pada periuk pengukus. Teruja sungguh saya untuk melukis FA pada periuk ini yang dibawa oleh Pn. Nora pada saya. Tak tau la kenapa saya suka sangat.. may b kerana dapat mencuba sesuatu yang baru. Pn. Nora minta saya lukis full flowers dari atas periuk turun sampai ke bawah dan biasa la semenjak dua menjak ni roses saya dah colourful he he.. Ini la rupa nya sebelum di varnish. Harap2 Pn. Nora suka ye..
Monday, June 28, 2010
FA kuali leper Pn. Siti yang kedua
Hari ni, saya dah dapat siapkan kuali leper tempahan Pn Siti yang kedua. Kali ni dia minta 3 sahaja utk bunga warna ros iaitu purple (dlm gambar ni nampak mcm warna biru), merah dan pink tua. Kelililing kuali saya cat warna merah supaya nampak agak 'timbul'. Base coat nya pulak warna mild yellow (dlm gambar tak brape nampak). Lepas ni, dua kuali lagi Pn. Siti request spy lukis hydrangeas, sabar ye puan he he..
Signage tempahan Suzana
N3 saya pada kali ini ialah signage Assalamualaikum tempahan Suzana. Selalunya base kaler saya buat warna putih ngan pink aje utk signage tp kali ni warnanya hijau lembut (mcm signage Allah dan Muhammad). Actually, mild green is my one of my favourite colour he he..
Ni pula saya nak tunjukkan barang-barang tempahan daripada sifu saya iaitu Pn Norana yang saya baru ambik pagi tadi. Barang-barang ini adalah hadiah sempena persaraan Penolong Kanan HEM sekolah saya tapi maaf lah kurang terang sikit gambarnya.. Hadiah ditempah mengikut Bidang iaitu Bahasa, Sains Kemanusiaan, Sains dan Matematik, dan satu lagi Teknik dan Vokasional. Saya ni menjadi wakil membuat tempahan aje he he.. Harga kesemuanya lebih RM600 tapi berbaloi la sebab hasil 'tangan' Pn. Norana memang halus dan cantik. Saya pun terpegun apabila melihatnya..
Ni pula saya nak tunjukkan barang-barang tempahan daripada sifu saya iaitu Pn Norana yang saya baru ambik pagi tadi. Barang-barang ini adalah hadiah sempena persaraan Penolong Kanan HEM sekolah saya tapi maaf lah kurang terang sikit gambarnya.. Hadiah ditempah mengikut Bidang iaitu Bahasa, Sains Kemanusiaan, Sains dan Matematik, dan satu lagi Teknik dan Vokasional. Saya ni menjadi wakil membuat tempahan aje he he.. Harga kesemuanya lebih RM600 tapi berbaloi la sebab hasil 'tangan' Pn. Norana memang halus dan cantik. Saya pun terpegun apabila melihatnya..
Saturday, June 26, 2010
FA di atas kuali leper tempahan Anna
Salam semua.. Tadi saya baru menyiapkan tempahan FA atas kuali leper kepunyaan Anna. Sekali pandang, rupanya sama spt FA kuali leper kepunyaan Pn. Siti tetapi sebenarnya saiz ni agak kecil. So, nampak ruang nya penuh dan saya lukis lebih banyak daun supaya nampak agak rimbun.. Ni saya belum varnish lagi.
Buku FA beli drp En. Zahir
Selamat petang.. Kali ni saya nak share dgn kawan2 dua buku yang baru saya beli drp En. Zahir di dlm blognya. Harganya pun tak mahal iaitu RM50 sebuah termasuk harga pos. Buku 'Decorative Furniture' oleh Donna Dewberry amat menarik. Pelbagai design bunga terdapat di dlm buku ni. Tak semestinya design tu untuk dilukis pada perabot aje.. Kita boleh juga lukis pd barang-barang lain..
Dan ini pula buku yang bertajuk 'Lush and lively Flowers' drp Sharon Hamilton. Saya beli buku ni sebab nak belajar lukis tulip he he..Nanti tak tau la jadi ke tidak, belum cuba belum tau kan..
Dan ini pula buku yang bertajuk 'Lush and lively Flowers' drp Sharon Hamilton. Saya beli buku ni sebab nak belajar lukis tulip he he..Nanti tak tau la jadi ke tidak, belum cuba belum tau kan..
Thursday, June 24, 2010
FA bekas tin tempahan Rina
Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tempahan Fa bekas tin kepunyaan Rina. Actually, hari ni saya memang tak plan nak melukis pun since petang tadi ada mesyuarat d sekolah dan balik rumah pun dah pukul 5.30 ptg. Tapi, lepas maghrib tadi rasa 'gatal' pulak tangan ni nak memegang berus. Jadi, dapat le saya siapkan tempahan ni. Anyway, ada beberapa lagi bekas tin yang belum saya siapkan. Slow2 la saya siapkan ya.. Saya lukis bunga di bahagian depan dan juga belakang bekas tin ni..
Bahagian depan..
Bahagian belakang..
Wednesday, June 23, 2010
FA alas buluh tempahan drp Anna
Selamat malam semua.. skarang ni waktu malam je yang sempat upload dan mengadap komputer. Dan semenjak dua menjak ni, FA saya dah colourful la pulak.. Yang saya upload kali adalah tempahan drp Anna. Ros yang warna kelabu tu sebenarnya warna purple tapi bila snap gambar, macam tu pulak kaler nya..
Tuesday, June 22, 2010
FA ros atas kuali leper tempahan Pn. Siti
Salam semua.. Dalam dok sibuk dengan kerja d sekolah, almaklumlah baru habis cuti kan, dapat juga saya menyiapkan tempahan drp Puan Siti atas kuali leper ni. Kuali ini dibawa oleh Pn. Siti sendiri ke rumah saya dan jumlahnya bukan satu tetapi empat! Dan pada mulanya saya agak terkejut gak sebab saya pun ada satu kuali macam ni untuk goreng burger kat dapur. Tak terpikir pulak saya utk lukis FA atas kuali ni sebab kuali ni agak berat he he.. Ini juga kali pertama saya buat teknik rustik kat tepi kuali tu.. Thanks pada Ira tolong bagi tips camne nak lukis.. walaupun nampak senang tapi pada mulanya saya tak berapa confident gak nak 'conteng' kat tepi tu takut nampak 'sememeh' sangat. Harap Pn. Siti suka dan kuali2 yg lain tu, sabar dulu ya, saya cuba sedaya upaya siapkannya secepat mungkin..
Monday, June 21, 2010
FA hydrangeas bekas tisu bulat
Salam kawan2.. Hari ni saya dapat menyiapkan FA hydrangeas bekas tisu bulat. Dalam dok siap tempahan orang, sendiri punya pun kena buat juga he he.. Saya sebenarnya tak nak lupa dengan ilmu yang saya belajar ngan Kak Norana lukis bunga hydrangeas ni so saya 'paksa' juga diri saya untuk lukis pada bekas tisu ni walaupun pada mulanya saya cadang nak lukis ros. Sesiapa yang berminat dengan hydrangeas saya yang tak seberapa ni, boleh sms untuk tempahan dan harga..
Subscribe to:
Posts (Atom)